Episod 46

29 4 0
                                    

Tahun 2016

"Assalamualaikum ! ".

Kayla yang sedang menyusun balang kuih raya itu terjeda. Lantas dia tersenyum. Bukan main laju lelaki itu datang. Kaki pun diatur menuju ke anjung rumah.

" Waalaikumsalam.. siapa yang datang tu ? Nak meminang saya ke ? ", jawab Kayla dengan manja.

Di luar rumah, kelihatan seorang lelaki yang tingginya 175 cm bersama kereta mewahnya berwarna hitam. Lelaki itu mencebik lalu tersenyum. Ada-ada saja Kayla ni.

"Eeeei perasannya. Kita ni nak datang beraya je.. ".

" Ini baru malam rayalah awaknya Hazarol... Nak raya esok ! ".

Mereka pun sama-sama ketawa.

"Eh ni, meh lah masuk dalam. Tengah gelap kat luar tu. Karang ada yang teman pulak. Jomlah, ayah saya dah tunggu awak ", Kayla tersenyum.

" Wau, tunggu saya ? Mesti dah tak sabar kan tengok muka bakal menantu dia ? ".

Kayla mencebik.

" Eleh, muka tu tak payah tunjuk banggalah! Jomlah masuk ".

Hazarol pun masuklah ke dalam rumah Kayla dengan senyuman yang nakal.

Sebenarnya tujuan Hazarol datang ke rumahnya adalah kerana dia ingin mengambil folio assignment mereka. Kayla sudah menyiapkan separuh, kini giliran Hazarol pula. Dan assignment mereka dilakukan dalam berpasangan.

Setibanya Hazarol di ruang tamu, kelihatan Encik Mahmud yang sedang duduk di atas kerusi kayu. Lelaki yang berumur antara lingkungan 40-an itu tersenyum sebaik sahaja melihat seorang jejaka yang tinggi dan kacak bergaya walaupun hanya berpakaian kasual.

" Assalamualaikum pak cik ", sapa Hazarol dengan lembut lalu mereka bersalaman.

" Waalaikumsalam. Ini ke kumbang yang singgah ke bunga pak cik ? " usik Encik Mahmud.

"Eh pak cik ni" Hazarol tersengih sambil menggaru kepala.

"Haa, duduklah Hazarol. Takkan nak diri ? " sergah Kayla tiba-tiba.

Hazarol pun terkebil-kebil untuk duduk.

"Hazarol, betul ke umur kamu ni 21 tahun ? Maaflah tanya, kamu lambat masuk universiti ke ? " soal Encik Mahmud dengan berhati-hati.

"Tak apa pak cik tanya macam tu. Betullah umur saya tu. Sebelum ni saya ambil STPM dua tahun. Tahun ni baru terus ambil Degree dalam arkitek ", Hazarol tersenyum lebar.

Encik Mahmud pun mengangguk faham.

" Eh ni, kenapa baru ambil sekarang folionya ? Susah-susah je datang sini malam-malam. Malam raya pula tu ".

" Eh pak cik ni. Tak susah pun. Rumah saya tak jauh pun dari kampung pak cik. Lagipun, assignment tu lecturer kitorang nak bila naik cuti raya nih. Saya takut tak sempat siap, jadi saya ambil hari ini ".

" Ohhh ".

Kayla pun datang menatang dulang yang berisi jug air sirap.

"Hazarol, makanlah kuih-kuih atas meja tu. Ni, air sirap pun minumlah jugak. Buat basahkan tekak ".

Terbeliak mata Hazarol.

" Awak ni, Kayla. Saya datang nak ambil assignment je. Bukan nak beraya ".

"Susah apanya. Nanti nak raya call dulu tau ! Saya nak masak banyak-banyak", Kayla tersengih.

" Goreng telur pun jadi batu " perli ayahnya.

550 TahunWhere stories live. Discover now