Episod 24 - H

30 3 0
                                    

Indra keluar dari rumah untuk mencari keberadaan Mawar. Dia melilau sekeliling namun tidak ada. Apabila dia telah menyarung capal lalu mengorak langkah ke halaman rumah, baru dia perasaan bahawa dari jauh, dia ternampak seseorang yang sedang duduk di atas batu di tepi laut.

Orang itu tak lain tak bukan Mawar Kasuma. Adinda tercintanya.

Indra tersenyum sendiri lalu menuju ke tepi laut tersebut. Jarak antara rumah Mawar dengan pantai tidak begitu jauh dan tidak begitu dekat. Mawar yang dilihat Indra sebentar tadi pun kelihatan kecil sahaja dari jauh. Mujurlah Indra dapat mengenalinya dengan kelubung merah yang dipakai di kepala Mawar.

Langkah demi langkah Indra mendekatinya, dia terlihat Mawar bermain dengan sesuatu di tangannya. Dia pun mengambil tempat di sebelah Mawar. Iaitu juga dia atas batu, namun lebih rendah daripada kedudukan Mawar.

" Hai adinda ", sapa Indra seraya bersila di atas batu yang sederhana besar itu.

" Hai abang ", balas Mawar yang sedang bermain dengan sekuntum bunga mawar yang berwarna putih.

" Adinda buat apa di pantai ni? Siap bermain bunga lagi ".

" Adinda suka dengan pemandangan laut ini. Dan ini.. ", Mawar menunjukkan bunga itu kepada Indra.

" Bunga mawar ini adinda terjumpa di tepi pantai. Entah siapalah gerangan yang membuang ini. Jadi, adinda pun mengutipnya untuk dibelai ", katanya lagi seraya menyentuh lembut kelopak bunga mawar itu.

Indra tersenyum lagi. Kali ini lebih lebar dari yang sebelumnya. Dia pun pandang ke hadapan melihat laut malam yang begitu tenang dan damai. Dari jauh Indra terlihat seorang nelayan yang sedang mencari rezeki di tengah lautan.

" Indah kan purnama pada malam ini? ", tanya Mawar secara tiba-tiba.

Tersentak Indra ditanya begitu. Dia berfikir sejenak sebelum memberi jawapan.

" Ya, indah. Sungguh indah dan bersinar. Seperti wajah adinda ", jawapnya tanpa berasa walang.

Tergelak Mawar dibuatnya. Pipinya juga mula kemerah-merahan kerana malu. Lalu, dia pun cuba menahan perasaan.

" Purnama inilah menjadi saksi pengakuan abang tempoh hari ".

Betapa kuatnya jantung Indra berdetak mendengar kata-kata Mawar. Lantas dia pun berfikir mencari kata-kata untuk dibalas.

" Purnama ini jugalah menjadi saksi tanda rapatnya kita tempoh hari ".

Betapa longgarnya paru-paru Mawar saat ini. Dalam hati dia menyesal kerana berkata begitu pada malam itu. Sepatutnya dia perlu berkata pada siang hari. Lantas, 'tanda rapat mereka' dikeluarkan dari pakaiannya.

" Maksud abang ukiran kayu ini? ", Mawar menunjukkan kayu buatan Indra.

Terbeliak mata Indra melihat kayu tersebut

" Adinda membawa kayu itu? ".

" Ya, sudah tentulah aku bawa ".

" Mengapa? ".

" Pertama, kayu ini terlalu cantik. Kedua, dengan adanya kayu ini, aku tidak berasa kesunyian lagi ".

Dahi Indra berkerut kerana berasa aneh.

" Abang mahu tahu apa maksud jawapan adinda? ".

Dengan teragak-agak Indra mengangguk.

" Sebab, kayu ini aku andaikan ini adalah diri kau ".

Berderau darah Indra. Sesekali angin laut bertiup lembut ke arah mereka berdua. Dapat Indra rasakan bahawa dinginnya angin malam ini.

Kelubung merah Mawar terlucut ke bawah. Oleh itu, kelihatanlah rambut ikal mayangnya yang menari-nari mengikut arah angin.

550 TahunWhere stories live. Discover now