Episod 57 - H

23 2 0
                                    

"Macam mana ni, kalian? Macam mana kita hendak carikan bukti ? " soal Mawar seraya bermundar-mandir di hadapan tiga jejaka itu.

"Sabar, Mawar. Fannani sedang mencari jalan penyelesaian ni " balas Udin.

"Kau pun tolonglah fikirkan juga ! " tempelak Mawar pula.

Udin pun mengetap bibir. Mawar ni kalau sudah rasa gelisah yang teramat, bernafas pun dikira kesalahan.

Tidak lama kemudian, Fannani pun memetik jari. Menandakan dia sudah mendapat ilham.

"Apa dia, Fannani ? ", tanya Mawar yang mendahagakan penyelesaian.

Fannani pun membuat isyarat tangan.

'Aku-rasa-kita-perlu-meminta-Badrul-untuk-menyiasat-hal-ini-daripada-Hazril. Mungkin-dialah-yang-merancang-perbuatan-ini '.

Badrul yang sememangnya tidak memahami apa dimaksudkan Fannani itu bertanya kepada Mawar dan Udin.

"Maksud Fannani, dia minta kau mencari kebenaran di sebalik hal ini daripada Hazril. Kerana kami menyesyaki itu semua perbuatannya. Dia sengaja menganiaya sahabat kami ! " terang Udin panjang lebar.

Badrul pun mengerutkan dahi.

"Eh, jangan tuduh sembarangan ! Hazril merupakan Orang Kaya, oranf kepercayaan sultan. Mana mungkin dia melakukan perbuatan itu. Apatah lagi Hazril tu dah lima hari berada di Johor. Katanya pulang ke kampung isterinya ! ".

Tiga sahabat itu pun lagilah berkerut dahi. Nampaknya mereka semua termakan dengan penipuan Hazril. Lantas, serta-merta Hazril diketepikan dari tajuk perbualan.

"Habistu, bagaimana nak cari bukti lain? " tanya Mawar lagi.

Mereka berempat pun terdiam lagi. Sehinggalah beberapa minit kemudian, Badrul bersuara.

"Beginilah, aku percaya yang ada orang yang menganiaya rakan kamu. Dan kami akan mencari jalan untuk mengetahui siapakah dalangnya. Tidak mengapa, serahkan sahaja kepadaku. In Sha Allah, akanku dapat jawapannya ".

Barulah tiga sahabat itu sedikit berasa lega.

"Terima kasih, Badrul. Semoga usahamu membuahkan hasil " ucap Mawar.

"Terima kasih juga Badrul. Habis sahaja masalah ini, aku janji akan menjemputmu ke bacaan doa selamat di rumah Fannani " ucap Udin pula.

Manakala Fannani mengangguk tanda bersetuju lalu memberikan senyuman kepada Badrul.

"Sama-sama, semoga kalian juga dirahmati Allah".

⏳ 🔸 ⏳ 🔸 ⏳

Selepas Indra selesai menunaikan solat Isyak di dalam penjara, dia didatangi oleh seorang pengawal penjara istana. Pengawal tersebut dengan wajah yang serba salah menghadap Indra yang sepatutnya tidak layak digelar banduan.

"Indra Sujiwa bin Ismanto Sujana, kamu akan dihukum pancung pada esok hari atas kesalahan membunuh permaisuri ".

Lutut Indra terasa lembik mendengar hal ini. Tidak sangka hidupnya bakal berakhir begitu sahaja. Namun, jalan penyelesaian harus dicari. Dia pun berdiri.

"Tuan, hamba memang tidak bersalah. Hamba tidak berniat jahat pun untuk membunuh permaisuri. Tolonglah beritahu hal ini kepada sultan " rayu Indra di hadapan pengawal itu.

"Maaf Indra, hamba tidak dapat berbuat apa-apa. Raja berkuasa mutlak. Pangkat kami yang kerdil ini tidak mampu mengubah keputusan sultan ".

"Ah, tentu ada jalan lain ! " Indra cuba berikhtiar.

Lantas, satu ilham muncul di mindanya.

"Begini, bagaimana kalau kau minta sultan memasukkan madu ke dalam mulut permaisuri. Madu itu istimewa ! Aku yakin yang permaisuri tidak mangkat lagi. Tolonglah aku wahai pengawal... " pinta Indra.

550 TahunWhere stories live. Discover now