Episod 47

30 3 0
                                    

Bintang-bintang bersinar di malam hari. Mereka berkumpul di malam hari untuk bersatu membentuk buruj. Gagasan bintang itu kelihatan cantik di mata seorang gadis.

Bulan juga turut hadir menghiasi pandangan. Menerima pantulan cahaya dari matahari untuk memancarkan sinaran pada malam hari. Buat menggantikan tugas matahari.

Bulan dan bintang tidak pernah hilang di malam hari. Bersama air mata yang bercucuran di pipi, Kayla menatap langit malam di beranda rumah. Dia duduk di atas tangga dengan kepala dilentokkan pada pemegang tangga berkayu.

Sudah enam tahun sejak peristiwa ini berlalu. Bayangan ayahnya yang berlumuran darah masih menerjah di minda. Hari merupakan hari ulang tahun kematian ayahnya, pada malam raya ini.

Pada malam ini, takbir raya sudah mula berkumandang. Kayla tersenyum pahit mendengarkannya. Melly pula baru muncul dari ruang tamu setelah makan.

Kucing itu pun mendekati Kayla lalu menggesekkan tubuhnya. Kayla mengusap lembut kepala Melly sebagai tanda menyahut. Sesekali loceng kecil di rantai Melly dimain. Buat hiburan diri. Kayla sememangnya sukakan bunyi loceng rantai kucing.

Sudah tujuh tahun Melly bersamanya. Kucing ini sangat memahami perasaan tuannya. Kucing ini tahu bahawa tuannya sedang bersedih hati. Dalam hati, Kayla sangat berterima kasih kepada ayahnya kerana menghadiahkan Melly pada suatu ketika dahulu.

Tidak dapat Kayla bayangkan, apakah dia mampu menanggung kehilangan Melly andai mereka ditakdirkan untuk berpisah. Dia cuma berharap kepada Allah supaya satu hari nanti dapat dipertemukan kembali di syurga nanti.

Dalam diam, Kayla sebenarnya mengharapkan dapat berjumpa dengan teman sejati sebagai peneman hidup. Di malam raya ini, dia berharap doa-doanya termakbul.

🕰 ♦ 🕰 ♦ 🕰

Empat jam sebelum, Melaka.

Tatkala senja masih ada, seperti biasa Imran akan selalu ke sana untuk menikmati panaroma yang begitu menenangkan. Memandangkan pantai ini bukan tempat awam yang sentiasa dikunjungi orang, dia begitu senang kerana pantai ini tidak akan kotor daripada kedatangan orang-orang yang tidak bertanggungjawab.

Kehadiran Imran di situ bukan seorang. Edward dan Edmond turut hadir kerana mereka juga menggemari pemandangan matahari terbenam.

" Tuan memang sukakan pantai ke ? Asal datang sini, mesti singgah kat sini ", soal Edmond yang ingin tahu.

Imran tersenyum nipis.

" Kalau korang nak tahu, pantai ni lah tempat aku spend time dengan Mawar. Kadang-kadang, Udin dan Fannani pun join sekali ".

Ternganga kembar itu. Seriuslah ?

" Keadaan pantai ni, sama macam 550 tahun yang lalu. Tak pernah berubah. Cuma, pantai ni dah jadi sunyi. Dah tak jadi tarikan orang. Sebab, belakang kita ni hutan. Dan hutan ini hutan larangan atas nama aku. Jadi, takkan ada siapa yang berani pergi. Cukuplah pantai ni je yang mampu merawat rindu aku ke zaman tu. Kalau aku biarkan pantai ni jadi kunjungan orang, confirm banyak benda yang akan berubah. Lagipun,ni jelah harta istimewa yang aku ada " Imran tersenyum pahit.

Automatik sayu hati kembar itu. Mereka sangat faham akan kesedihan Imran.

" Tuan, tak nak sambung cerita ke pasal kisah cinta Tuan dengan Mawar ? ", pinta Edward.

" Kenapa, korang suka ke dengar cerita tu ? ", Imran berkerut dahi. Ingatkan orang-orang tua je yang minat.

" Suka. Kami suka sangat dengan cerita tuan. Cerita tu menarik ", sampuk Edmond pula.

550 TahunWhere stories live. Discover now