Episod 68 - H

14 0 0
                                    

"MENGAPALAH dalam banyak-banyak tempat, di Pahang juga kalian harus pergi " omel Udin kepada Indra dan Mawar.

"Hendak dibuat bagaimana lagi, Din? Pak imam kata di situlah adanya pawang yang boleh rawat Mawar " balas Indra seraya mengangkut segala barangan ke dalam perahu.

Tatkala fajar mula menyingsing, Indra dan Mawar sudah ke tebing sungai untuk bertolak. Udin selaku sahabat baik telah memberi pinjam sebuah perahu besar kepada mereka. Lengkap dengan kurung bumbung curam. Bolehlah mereka berteduh ketika hujan.

"Haihhh, kalaulah kita dapat tahu pawang lain di Melaka ini... " keluh Udin. Seperti dia yang terkena sihir.

"Aduh kau ni, Udin. Kita ni bukan ahli nujum yang boleh teka di mana pawang berada. Dapat tahu yang ini pun sudah ku bersyukur. Kalau cari lama-lama, aku khuatir jika jin itu kembali kuat ".

"Sudahlah Udin. Kalau kau khuatir akan kami lebih baik kau ikut serta" celah Mawar pula.

Udin pun tersengih.

"Kalau ikutkan, aku mahu ikut. Tapi, minggu ini aku banyak kerja yang perlu dibuat ".

"Tahu pun ! " kata Indra dan Mawar serentak.

Udin pun tergelak besar.

"Oh ya, kira-kira berapa lama perjalanan kau ke Pahang? ".

"Hmm, pak imam kata dalam beberapa hari. Mungkin enam hari atau tujuh ".

Udin pun mengangguk. Memang lama perjalanan.

"Aku khuatir hujan lebat bakal melanda. Apa kata kalian bermalam dahulu di rumah Safura malam ini? " cadang Udin.

"Safura, adik kau? Dia tinggal di mana? " soal Mawar pula.

"Sebuah perkampungan di Muar. Kalian sampai sahaja di Sungai Muar, akan ada sebuah rumah kecil. Itulah kampung yang aku maksudkan. Nanti, kalian tanya sahaja di mana rumah Safura. In sha Allah, dia akan tunjuk jalan ".

Mawar dan Indra saling berpandangan.

"Erm, sejak bila pula Safura sudah berpindah ke sana? " tanya Indra pula.

"Sudah lama sebenarnya. Semenjak dia bersemenda dengan pemuda di Muar, dia sudah berpindah".

"Wah, bagaimana adik kau yang berusia 17 tahun itu sudah langkah bendul? " soal Mawar pula.

"Eh, banyak soal pula ! Nah, ini ukiran bunga matahari. Kau beri ini kepadanya sebagai bukti bahawa aku yang menyuruh kalian bermalam di sana. Nah, ambil " ujar Udin untuk menukar tajuk.

Indra pun mengambil sekeping kayu yang berukir itu.

"Sampaikan salamku kepadanya".

"In sha Allah ".

"Bilang kepadanya yang Udin nak kahwin esok" kata Udin lagi.

Mereka pun tergelak kecil.

"Kau ni kalau hendak mengelak bilang sajalah " perli Mawar seraya tersenyum.

"Kau tu hah yang banyak soal ".

"Eh? " Mawar mengerutkan kening.

"Sudah, sudah. Marilah dinda.. Segala barangan pun sudah dibawa masuk. Ayuh, kita naik perahu " celah Indra yang ingin menamatkan pertelingkahan kecil.

"Baik kanda " balas Mawar seraya menoleh ke Udin sebentar.

Udin pun mencebik.

Setelah Mawar naik perahu, Indra pun bersalaman dengan Udin.

"Terima kasih Din kerana sudi memberi pinjam perahu ini ".

"Ahh, perahu buruk sahaja. Esok-esok karamlah " gurau Udin.

550 TahunWhere stories live. Discover now