Episod 40

39 5 0
                                    

Kayla pun terkejut dengan kehadiran Imran. Wajah Imran merah padam, malah lebih teruk daripada dia dimaki tadi.

" KAU JANGAN SUKA-SUKA NAK SENTUH PEKERJA AKU ! " jerkah Imran dengan suara yang naik satu oktaf.

Dengan rasa pedih pun, Hazarol mengangkat kepala. Panas hatinya melihat siapa pengacaunya. Terus dia berdiri berhadapan Imran.

" KAU SIAPA NAK HALANG AKU ? ", bentak Hazarol sambil melayangkan penumbuk juga kepada Imran.

Namun, Imran pantas mengelak. Dia pun menendang perut Hazarol sampai badannya terhempas ke kereta.

" AKU NI KETUA KAWASAN NI ! So, segala apa yang terjadi, ini urusan aku ! ".

Buatnya, makin berapilah Hazarol.

" KAU NI ! ", Hazarol bangkit lalu ingin menyerang Imran lagi.

Sepantas kilat, Imran berpusing 360 darjah sebelum mengangkat kaki kanannya dituju ke sisi kanan kepala Hazarol. Berpinar kepala Hazarol sebelum dia rebah ke jalan tar. Dia memegang kepala. Ada darah yang mengalir.

Selepas itu, dengan kuatnya Imran mencengkam kolar baju Hazarol lalu menariknya ke atas. Sampaikan, kaki Hazarol tidak menjejak jalan. Hanya dalam dua sentimeter. Nasiblah Imran lebih tinggi.

Sungguh Hazarol terkejut dengan kekuatan Imran.

" Sekali lagi kau kacau dia, aku campak kau kat penjara ! Or, somewhere else that you'll not seeing this world again ! ", walaupun perlahan suara garau Imran memberi amaran, namun nadanya sangat keras dan menakutkan.

Setelah memberi amaran keras, Imran terus menjatuhkan Hazarol. Hampir hilang keseimbangan lelaki durjana itu.

" Now, go away from here ".

Hazarol memandang Imran dengan tidak puas hati. Ikutkan hati, mahu sahaja dia menembak kepala Imran. Tapi, rasanya ini bukan masa yang sesuai. Kemudian, dia menoleh ke Kayla.

" Kau tunggu, Kayla " tajam mata Hazarol merenung Kayla.

Kayla pun terteguk liur. Seram dengan Hazarol.

" PERGILAH, KAU TUNGGU APA LAGI ?! ", jerkah Imran lagi.

Buatnya, ternaik bahu Hazarol. Kayla yang berada di belakang Imran pun turut terkesan dengan Imran.

Setapak demi setapak, Hazarol melangkah masuk ke dalam kereta. Sebelum dia masuk, pandangan dendam dipanahnya kepada Imran. Nampaknya dendam pun sudah bermula. Akan tetapi, Imran yang sudah tahu akan air muka Hazarol pun tidak peduli.

Setelah Hazarol menghidupkan enjin dan berlalu pergi, Imran pun berpaling ke Kayla dengan pandangan lembut.

" Kayla, apa lagi yang dia buat selain cengkam tangan awak ? ", perlahan dia bertanya.

Buatnya, Kayla tersentak. Kalau tadi, bukan main garangnya semasa memakinya. Tetapi, kini sebaik malaikat. Bezanya tiada sayap putih di belakang.

" Ermm , yang itu aje ".

Imran pun menghela nafas lega.

" I'm so sorry for offended you ", ujar Imran perlahan. Diberinya sebuah keikhlasan hati untuk meminta maaf kepada Kayla.

Kayla pun terkebil-kebil. Dia benar-benar keliru dengan situasi ini.

" Saya tahu awak confuse dengan diri saya, Kayla. Maafkan saya buat awak macam tu. Because sometimes, it's very hard to control my feelings to you. Saya dah cuba untuk anggap awak ni orang lain. Tapi, lain pula yang jadi. Saya tak sedar, selama saya layan awak sejak hari tu, saya sakitkan hati awak. I'm so selfish ".

550 TahunWhere stories live. Discover now