Episod 65 - H

12 1 0
                                    

HARI ini lain pula yang terjadi.

Indra berasa resah dan gelisah. Dari terbit fajar, sehingga matahari tegak di kepala, seorang manusia pun tidak berkunjung di gerainya. Indra hanya setia menunggu sehinggalah kepenatan.

"Aduh, mana mungkin tiada orang yang sakit hari ini. Paling tidak pun, 10 orang. Tetapi hari ini, seorang pun tidak singgah? " keluhnya sendiri.

Jangankan singgah, menjeling pun tidak. Indra merasakan seolah-olah gerainya ghaib.

Tiba-tiba, Pak Mat lalu di hadapan gerainya. Pak Mat kelihatan mencari-cari sesuatu. Dia pun memanggil.

"Pak Mat, cari apa tu? Tidak mahu datangkah? ".

Namun, Pak Mat tidak membalas. Dia sekadar melilau kiri kanan. Betul-betul berada di hadapan gerai. Setelah puas mencari, dia pun berlalu pergi.

"Eh, geraiku yang sebesar gajah ini pun tidak nampakkah? " soal Indra seraya menggaru kepala.

Kemudian, Fannani pun tiba. Tepat-tepat di hadapan juga. Namun, perbuatannya sama seperti Pak Mat. Dia pun memanggilnya seraya bertepuk tangan.

"Eh Fannani, aku di sinilah ! Kau cari apa tu? " tegur Indra sekuat hati.

Indra malah berdiri di hadapan Fannani seraya melambai-lambai tangan di hadapannya. Itu pun Fannani masih tercari-cari.

"Dia mencari akukah? Kalau begitu kenapa aku, dia tidak melihat? ".

Fannani pun berlalu pergi.

Indra mula keanehan. Rasanya dia sudah mengagak apa yang terjadi.

"Ini tak lain tak bukan aku disihir. Jika tidak, masakan orang tiada nampak ! ".

Indra pun dengan rasa sebal yang teramat, dia mengemas segala barangan lalu pergi meninggalkan gerai. Tidak ada gunanya berada di situ sampai larut malam.

⏳ 🔸 ⏳ 🔸 ⏳

INDRA pulang dengan seribu kekecewaan. Peristiwa kemarin belum selesai. Sudah tiga hari dia bertekak dengan Mawar. Ada sahaja perkara yang hendak ditengking meskipun hal yang remeh-temeh.

Indra bukan tidak mencuba. Dia sudah membacakan ayat ruqyah kepada Mawar. Malah, dia semakin menjadi-jadi. Indra malah hampir melafazkan cerai talak satu kepadanya. Mujurlah dia sempat beristighfar.

Mawar pula yang mencabar kesabarannya. Dia sengaja meminta Indra untuk menceraikannya. Namun, saat itulah nama Allah yang Indra menyeru. Dia kini perlukan bantuan.

Sampai sahaja di rumah, Indra hanya tercegat di situ bersama kudanya di sebelah. Bukan tidak berani, tetapi ingin mencari kekuatan. Dia berfikir sejenak untuk menyedarkan Mawar.

"Duhai sang Adiwarna, bagaimanalah aku mahu berdepan dengan isteriku itu? Sikapnya saban hari memakan jiwaku. Aku tidak tahulah hendak berbuat apa lagi" rintih Indra kepada kudanya.

Kudanya tidak membalas, sekadar meringkik perlahan. Barangkali dia juga khuatir kalau Mawar sudah tahu kepulangan Indra. Pastinya dia menjerkah lagi.

Indra pantas menggeleng kepala. Lalu, dia pun membawa kudanya untuk ditambat di belakang rumah. Setibanya di depan semula, dia pun menaiki tangga.

"Assalamualaikum, kanda sudah pulang".

Kelihatan Mawar sedang melipat kain. Dia langsung tidak menjawab salam malah dia juga membelakangi Indra. Indra pun mendekati Mawar yang sedang duduk di hadapan jendela.

"Dinda.. Mengapa tidak menjawab salam? " soal Indra seraya menyentuh bahu Mawar.

Pantas sahaja Mawar menepis.

550 TahunWhere stories live. Discover now