Episod 77 - H

17 0 0
                                    

SEWAKTU matahari tegak di atas awan, Mawar mengambil kesempatan untuk bersantai di atas pangkin di bawah pokok.

Tiba-tiba, kehadiran seorang gadis yang lemah-longlai sangat mengejutkan Mawar. Apatah lagi raut wajahnya yang pucat semacam. Dia hampir rebah di hadapan Mawar.

"Ya Allah, Indah ! Apa sudah jadi kepadamu? " soal Mawar seraya memapah Indah supaya duduk di atas pangkin.

Indah pula kelihatan tercungap-cungap. Mawar pun memberinya minum.

"Sa.. saya minta maaf kak.. Mawar".

"Kenapa pula minta maaf? ".

"Saya minta maaf atas segala kesalahan saya kepada kak dan Indra.. Ha.. halalkan ubat yang kalian beri yya? ".

Mawar pun menggaru-garu kepala.

"Indah, cuba cerita pada kakak.. Apa sudah jadi sampai perlu bermohon maaf? ".

Indah menarik nafas sebelum menyambung perbicaraan. Sesekali dia terbatuk-batuk.

"Se.. sebenarnya, saya menghidap penyakit barah. Hidup saya takkan lama. Mungkin inilah kafarah.. Saya pernah berniat jahat dengan kalian" Indah menangis tersedu-sedan.

"Ba.. barah? " Mawar menekup mulut.

"Tak mengapa, Indah. Suami saya boleh bantu. Dia boleh sembuhkan penyakit barah ini.. ".

Pantas Indah menggeleng. Mawar pula kehairanan.

"Tidak kak, saya rasa nyawa saya sudah dihujung tanduk. Ajal saya bila-bila masa sahaja boleh menjemput. Saya tidak mahu susahkan kalian kerana saya tetap akan mati juga.. ".

"Allahuakbar ! ".

"Dengan hidup yang masih tersisa ini, saya mohonkan kemaafan.. Sumpah, saya menyesal kerana pernah berniat jahat. Saya janji saya takkan mengganggu kalian lagi ".

"Jadi, sebab Indah sakit, Indah sudah tidak menjadi dayang lagi? ".

Indah pun mengangguk.

Patutlah Indra pernah memberitahunya berkenaan ketiadaan Indah selama dua minggu di istana. Rupanya gadis ini sedang berperang dalam kesakitan. Mawar sangat bersimpati dengan wajah Indah yang hilang seri. Matanya kuyu, muka pun cengkung, bibir pula pucat. Dirinya seakan-akan mayat hidup.

"Saya minta diri ya kak. Mungkin inilah kali terakhir kita bertemu.. Saya minta maaf sekali lagi ya? Kirimkan juga maaf ini kepada suami kakak".

Indah pun meninggalkan Mawar dengan air mata yang bercucuran membasahi pipi.

⏳ 🔸 ⏳ 🔸 ⏳

HARI ini, Indra mahu menutup gerainya lebih awal. Semuanya demi membeli makanan enak sebagai juadah berbuka puasa. Dia sudah berjanji untuk membelikan makanan tradisi Cina yang diidamkan Mawar. Indra malah ingin memberinya kejutan iaitu memberinya teh hijau kesukaan Mawar.

Setelah mengangkut segala barangan, dia pun mengorak langkah untuk ke bangsal di mana terletak kudanya.

Baru sahaja sampai, dirinya didatangi oleh seorang budah lelaki yang berbadan gempal dan comel. Indra begitu hairan mengapa anak lelaki itu termengah-mengah.

"Hai anak kecil, apa yang membuatmu ke mari di sini? ".

Budak itu mengambil nafas sebelum berkata.

"Abang kena tolong saya !!! " katanya dengan nada yang cemas.

"Tolong apa adik? ".

"Ka.. kakak saya ! " .

"Siapa kakakmu, dik? ".

550 TahunWhere stories live. Discover now