Episod 79 - H

19 0 0
                                    

"Mawar, maafkanlah dosa Indra. Sedangkan Allah ampunkan dosa kita, inikan kita pula sesama hamba. Allah lebih suka kamu memaafkan" pujuk Mak Temah.

Fannani yang berdiri muka pintu pun melimbai.

'Indra-tak-bersalah. Kembalilah-ke-pangkuannya. Hidupnya-sukar-tanpamu-disisi'.

Mawar sangat memahami apa yang dimaksudkan Fannani. Namun, sejauh mana ungkapan itu benar?

Hari ini, Indra datang memujuk lagi. Tetapi bersama Fannani sebagai pendamai. Dia percaya Fannani boleh meyakinkan Mawar.

Dan Indra kini sedang menunggu di beranda. Dia berdoa agar hajatnya diperkenankan.

"Baiklah Mak Temah, Fannani.. Saya maafkan.. Tapi bukan sepenuhnya.. " tutur Mawar perlahan.

Mak Temah dan Fannani saling berpandangan.

Mereka bertiga pun keluar dari bilik. Mawar berterima kasih kepada Mak Temah kerana meminjamkan pakaiannya dan memberinya makan dan minum serta tempat tidur.

Mawar akhirnya mengikut Indra pulang walau hati tak rela. Hatinya masih sakit. Jiwanya seakan disiat-siat setiap kali melihat wajah Indra yang menghulurkan simpati.

"Kanda tahu dinda masih kecewa.. " ujar Indra perlahan.

Mawar senyap. Dia berpaling ke arah lain. Mak Temah dan Fannani hanya memerhati.

"Kanda takkan bawa dinda pulang ke rumah kita. Tetapi, di rumah dinda sendiri. Hari itu, kanda pernah berjanji untuk beraya di sana kan? ".

Mawar terdiam. Dia memandang Indra apabila Indra ingin bawanya pulang ke rumah orang tuanya.

"Jadi kita ke sana ya? Lagipula, syawal semakin menjelma dalam masa terdekat. Dinda pun sudah lama tidak bertemu dengan mereka. Sudah tentu dinda rindu.. " Indra tersenyum nipis.

Mawar menghela nafas.

"Kanda juga ke sana? " soal Mawar.

Indra berfikir sejenak sebelum menjawab.

"In sha Allah, kanda ikut.. Kanda akan memberi masa dinda untuk bersama mereka. Dinda boleh tentukan sampai bila berada di sana ".

"Kanda kan kerja di istana? ".

Indra tersenyum lagi.

"Kanda boleh ke sana sendiri. Setidaknya dinda tidak kesunyian... ".

Mawar sedikit terharu dengan sikap Indra yang masih prihatin. Indra memang akan tunaikan janji walau apa yang terjadi.

Mawar pun mengangguk tanda setuju.

"Kanda juga.. akan berikan masa untuk kita berdamai " .

Mawar hanya diam menatap anak mata Indra.

Tidak lama itu, Indra memandang Fannani dan Mak Temah.

"Mak Temah... Fannani.... Terima kasih kerana tolong saya.. Jasa kalian hanya Allah yang dapat balas".

"Tak usahlah bersopan. Kau selalu menolong Mak Temah juga. Sebab herba kaulah Mak Temah sihat.. Jaga Mawar baik-baik ya, Indra? Mawar pula usahlah bermasam muka lagi. Benda lepas usah dikenang".

Indra dan Mawar pun mengangguk seraya tersenyum.

'Jaga-diri-kalian-sebaik-mungkin'.

"Baiklah Fannani.. ".

Mereka pun bersurai. Fannani pulang ke rumahnya manakala Indra dan Mawar pulang ke rumah Abdullah dan Nila dengan menaiki kuda.

Indra sangat berharap keluarga mertuanya dapat menerima kehadirannya. Dia berharap mereka tidak tahu lantaran berlainan kampung.

550 TahunWo Geschichten leben. Entdecke jetzt