Episod 27

23 4 0
                                    

Hari ini Kayla perlu menguatkan dirinya untuk ke kerja. Setibanya dia di bangunan TidH, dia menghembus nafas lega kerana tiada Hazarol. Bukan main jantungnya hendak meletup memikirkan situasi itu.

Seperti biasa, selepas bertegur sapa dengan Nisa, dia pun naik ke tingkat 20. Sewaktu dia melalui hadapan pejabat Imran, dia berasa hairan kerana pintu pejabatnya berkunci. Bukankah Imran selalu datang awal ?

Kebetulan, seorang perempuan berhijab berumur 30 tahun berjalan dan ternampak Kayla.

" Eh Kayla. Kalau kamu nak cari boss, dia tak datang hari ini. Ada urusan penting. Cari Faiq aje. Sebab dia tu pengganti boss ", tegur perempuan itu dengan lembut.

" Oh yeke ? Hehe. Kalau macam tu saya masuk bilik dulu. Thanks Kak Ju ! ", dengan sopan santunnya Kayla menunduk lalu berlalu pergi.

" Ye, sama-sama ", balas Kak Ju sambil tersenyum.

Setelah Kayla masuk ke dalam bilik dan telahpun duduk, dia menerima mesej lagi. Dia pun melihat apa kandungan mesej itu.

Unknown

Nanti jumpa I kat Restoran Mahligai Kita. Jangan tak datang pulak. Kalau tak, tomorrow you stand by dimalukan rakan sekerja you 🤭😆

Nah, location📍

Oh ya, I nak you pakai dress cantik ii. No white and black

" Cis, babun punya jantan ! ", Kayla menolak telefonnya ke tepi.

" Kau tunggu aku balas balik ", katanya lagi dengan amaran yang mendalam lalu memulakan kerjayanya.

🕰 ♦ 🕰 ♦ 🕰

Di suatu ruang yang gelap, kelihatan dua orang lelaki yang sedang menatap sebuah skrin komputer. Skrin itu memaparkan maklumat yang mereka perlu tahu.

" Ish, susah betul nak cari information pasal lelaki ni ! ", mengeluh seorang lelaki yang sedang duduk mengetik monitor komputer. Diketik itu ini, malah satu pun tidak dapat.

" Cuba korek lagi ", balas seorang lagi lelaki yang berdiri di belakang lelaki tadi.

Lelaki itu mengangguk dan mencari lagi. Satu persatu dia mencari maklumat lelaki yang dimaksudkan. Namun, hasilnya sama. Masih tidak ada.

Lelaki yang berdiri itu berfikir sejenak. Lalu mentol dalam otaknya tiba-tiba menyala.

" Cuba kau check rakaman CCTV dekat tempat yang dia pergi ".

" Hmm, baik ! ", lelaki itu pun menggodam CCTV yang mana lelaki itu berada. Dia pun menyemak dengan teliti. Dicarinya setiap rakaman di mana lelaki itu berada.

Semasa dia memeriksa rakaman berdekatan dengan sebuah gudang, bukan kepalang dia terkejut.

" Eh, tempat ni ! ".

" Tempat apa itu ? ", lelaki yang berdiri kehairanan.

" Kalau tak silap, gudang ni tersembunyi. Tak tahulah kenapa hati tergerak nak tengok kat kawasan ini. Gudang terbiar ni sebenarnya tempat simpan mangsa-mangsa perempuan yang dieksploitasikan. Contohnya pelacur. Tapi ada juga yang kena tipu. Kononnya bercinta, tapi rupa-rupanya lelaki tu nak gunakan perempuan. Dan mangsa-mangsa tu akan dijual ke negara lain. Tak silap lagi, Thailand dengan China paling ramai pembelinya ", jelas lelaki yang duduk satu persatu biar faham.

" Seriously ? ", lelaki yang berdiri tidak percaya akan hal itu.

" Ye, ini memang benar. Ingat tak kes remaja perempuan yang kena culik lima tahun lepas? Lepas kes tu berlaku, kitorang dah berpakat nak pasang CCTV kat gudang tersembunyi tu. CCTV kitorang ni special sikit. Macam halimunan. Budak yang kena culik tu kata dia kena tahan di situ. Kesian saya tengok dia. Dah lah gudang tu kat tengah-tengah hutan ! ".

550 TahunWhere stories live. Discover now