Episod 81 - H

25 0 0
                                    

"AMPUN tuanku, beribu-ribu ampun. Sembah patik haraplah diampun. Lelaki di sebelah patik ini bukan sahaja membunuh, malah dia juga telah mencabul kehormatan seorang wanita " ucap Hazril dengan berani.

Kesemua pembesar mengiyakan pernyataan Hazril berkenaan peristiwa semalam.

Fannani sudah menggeletar. Dia hanya menekur ke lantai seraya berdoa. Dia sangat mengharapkan bantuan. Dia melutut manakala Hazril di sebelahnya sedang berdiri.

"Apa benar kata-kata ini? " soal Sultan kepada Hazril. Dia mahukan bukti yang kukuh untuk kepastian.

"Benar, tuanku. Patik akan memanggil pengawal untuk membawa mayat itu ".

Setelah itu, muncullah dua orang pengawal yang masuk ke balairong dengan sekujur tubuh yang diusung. Tubuh itu masih ditutup kain putih. Mayat itu pun diletakkan di hadapan baginda.

Fannani berasa hairan. Di manakah bau busuk itu? Bukankah mayat itu berbau? Adakah dia diperdaya?

Hazril pun maju ke hadapan dan membuka kain itu. Maka, terserlahlah jasad itu yang hanya menampakkan kepala dan leher.

"Lihat pada leher gadis ini, tuanku. Adanya kesan tangan. Patik yakin lelaki ini telah mencekik gadis ini sehingga mati. Malah dia juga tak berpakaian. Jadi, semakin kukuhlah kata-kata patik yang mana gadis ini telah diperkosa ".

Sultan pun merapatkan diri ke hadapan untuk melihat dengan jelas. Memang benar apa yang dikatakan Hazril. Kesan tangan itu masih merah menyala walau ditinggalkan semalaman.

"Datuk bendahara, apa pula pendapat engkau? " soal Sultan kepada bendahara pula.

"Patik rasa memang benarlah semua ini, tuanku. Kami sendiri melihat yang mana lelaki ini bersama gadis itu di tengah-tengah malam. Apatah lagi dalam keadaan gelap dan sunyi. Malah jalan itu juga jarang dilalui orang. Menjadi satu peluang bagi mana-mana lelaki yang ingin menodai seorang wanita ".

Fannani menggeleng-geleng. Tidak, semua orang salah faham ! Pasti ini rancangan Hazril.

Dalam diam Hazril mengukirkan senyuman sinis. Dia tidak sabar untuk menyaksikan tragedi ini.

"Tuanku, apakah hukuman yang sesuai bagi seseorang yang telah memperkosa dan membunuh? Adakah berat hukumannya, tuanku? " soal Hazril.

Fannani tertelan liur. Dia mesti membela diri !

"Seseorang yang membunuh seharusnya dihukum mati ! Dia patut ditikam ! " titah sultan.

"Ampun tuanku, tetapi jika dilakukan dengan menodai anak gadis bagaimana pula, tuanku? " soal Datuk bendahara pula.

"Hukuman itu akan menjadi dua kali ganda ! Kamu, Ahmad Fannani bin Ahmad Dahlan akan dihukum pancung di khalayak ramai ! Biar semua orang tahu dan ambil iktibar ! " titah sultan lalu jari telunjuknya dihalakan kepada Fannani.

Fannani menggeleng lagi dengan laju. Kedua-dua tangan melimbai tanda menafikan.

'Tuanku, patik-tak-bersalah'.

Belum sempat tangannya dihalakan kepada Hazril, Hazril sempat memotong

"Bilakah hukuman ini akan dilaksanakan? ".

"Hari ini! Siapkan segala kelengkapan untuk hukuman. Hebahkan kepada seluruh rakyat jelata di Melaka ! ".

Bersama linangan air mata, Fannani menggeleng buat kali ke berapa kalinya. Dia cuba bersuara namun hampa. Suaranya antara dengar atau tidak kerana balairong itu bingit dengan suara tapak kaki manusia yang berjalan.

"Haz.. ill (Hazril) un.. ca.. nya.. (puncanya) ".

Itulah suara sayu yang dapat dilontarkan. Malangnya semua manusia berpihak kepada Hazril. Entah kuasa yang dipakai Hazril sehingga mereka mempercayainya.

550 TahunWhere stories live. Discover now