Episod 74 - H

18 0 0
                                    

Dari arah kiri, terlepas.

Dari kanan, terpelanting.

Tangkap dari atas, jatuh terjelepuk.

Dari hadapan, ayam itu berpatah balik pula lari ke belakang.

Sudah lima kali Indra membuat pusingan tawaf di sekeliling rumah. Semuanya gara-gara ingin mengejar ayam ternaknya. Buat dimakan.

Mawar di beranda rumah kekal bersorak untuk memberikan sokongan kepada Indra. Walhal itu adalah satu perbuatan yang menyusahkan suaminya.

"Ayuh kanda ! Ayam itu sedang menanti kanda! Teruskan mengejar! " katanya seraya bertepuk tangan.

Sedikitpun Mawar tidak perasan bahawa Indra sedang bermandi peluh. Malah, disuruh menangkap ayam itu.

Demi Mawar Kesuma, Indra pun teruskan mengejar. Tiba-tiba dia mempunyai ilham. Dia pun melompat ke atas suatu batu yang besar dan menerpa ke atas ayam tersebut. Maka, selamatlah ayam itu dalam dakapan Indra.

Apatah lagi kejadian itu tepat-tepat di hadapan Mawar yang sedari tadi di atas tangga. Dia pun bangun dan melompat-lompat kerana terlalu gembira.

"Selepas ini kita makan ayam !!!! ".

"Dinda, jangan melompat ! Nanti gugur anak dalam perut ! ".

Begitulah antara kesukaran yang terjadi setiap kali Mawar mengidam. Indra memang tidak menyangka selera wanita itu bukan kepalang ragamnya. Dengan itu, cukuplah anak seorang.

"Selepas kita makan ayam, dinda nak minum air dari paya bakau, bolehkan kanda? ".

"Eh, tak usah ! Nanti kanda buatkan teh halia ".

"Kanda ni... Dinda merajuklah ! ".

Dan semenjak Mawar berbadan dua, Indra perlu menjaga pemakanan Mawar. Biarlah dia merajuk, asalkan dirinya dan bayi menjadi sihat.

"Kanda, kalau anak kita lelaki, apa nama yang kanda nak beri? ".

"Kanda rasa, kanda mahu namakannya Arjuna ".

"Arjuna sahajakah? ".

"Hmm, kanda mahu namakan dia Arjuna Ilyasa ".

"Kalau perempuan? ".

"Namanya Ardina Indriani. Bagaimana,elok atau tidak? ".

Kendatipun tiada nama Mawar, Mawar tidak kisah kerana yang paling penting nama itu luar biasa dan tidak pernah diguna oleh mana-mana orang.

"Wah, namanya kedengaran seperti jawa ! Dinda sangat suka ! ".

Indra pun tersenyum seraya tergelak kecil. Sayangnya akan bakal anaknya sehingga nama pun diberi terlalu awal. Sama ada lelaki atau perempuan, Indra pasti akan menjaganya bagai menatang minyak yang penuh.

⏳ 🔸 ⏳ 🔸 ⏳

Di hadapan sebuah rumah kayu yang mewah, kelihatan dua orang pemuda sedang bergebang di atas pangkin. Mereka bersantai-santai di situ di bawah teduhan pokok mangga. Mereka berdua kelihatan mesra dan gembira.

" Aduh, berbual kosong pada waktu petang sebegini, buat banyak dosa sahaja mengata orang. Aku khuatir juga kalau pahala kita dipindahkan kepada mereka ", ujar Udin seraya mengunyah potongan mangga.

Walhal dia yang paling banyak berkata. Sedang rakannya di sebelah, mendiamkan diri. Kerana dia ialah Fannani.

" Hah, bagaimana kalau kita berpantun ? ".

Fannani yang sedari tadi tersengguk-sengguk mendengar segala macam sok-sek daripada Udin, akhirnya matanya bersinar.

" Wah, wah, wah, dengar perkataan 'pantun', membulat terus mata kau ya ! Tadi, semacam tidur-tidur ayam dengar aku bergebang sendirian ".

550 TahunWhere stories live. Discover now