Episod 71 - H

18 1 0
                                    

PADA suatu petang yang mendamaikan, diiringi dengan deruan angklung buluh yang tergantung di serambi, Indra senang bersahaja di situ. Yang lagi menyandarkan badan ke kerusi, meninjau suasana di halaman rumah. Sungguh tersergam indah.

Sedang tersenyum sendiri, isterinya datang membawa hidangan petang.

" Amboi, bukan main senyuman kanda... ".

Indra tersenyum lagi. Kali ini sehingga menampakkan beberapa barisan gigi.

" Makanan kita istimewa petang ini. Mawar ada buatkan Kuih Buah Melaka dan teh bunga kekwa. Nah, makanlah ".

" Terima kasih dinda.. Biar kanda yang tuangkan teh. Dinda duduklah ".

Mawar pun duduk bersebelahan dengan suaminya. Dengan cermat teh dituang Indra.

" Mmmmm... Harumnya aroma air tangan dinda.... ".

Mawar tergelak kecil. Ada-ada saja ayat baharu yang dipujinya.

Dengan bismillah, Indra pun menyuap kuih Buah Melaka ke dalam mulut. Kemudian, dia mengeluarkan semula.

" Ahhhhhhh, panas ! Panas ! ", lidah Indra terjelir. Pastinya terasa seperti melecur.

" Kanda, tunggulah sejuk sikit dahulu ! ".

Indra mengibaskan lidahnya berkali-kali seraya tersengih-sengih.

" Tiadalah kesabaran kanda tatkala mata menangkap sajian enak dinda..... ".

Mawar mencebik seraya menepuk bahu suaminya.

" Kanda, kalau beginilah dinda dipuji, kembang sebesanlah hidung dibuatnya.... ".

Indra tergelak kecil.

" Tak usah khuatir, dinda. Hidung kembang sebesar ikan Buntal pun kanda tetap sayang ".

" Siapa kata dinda khuatirkan rasa sayang kanda terhadap dinda ? Kanda ni kalau merepek bukan main ! ".

" Manalah tahu...
Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama dengan si belang;
Dua tiga dinda yang dicari,
Mana nak sama dengan lain orang ", balas Indra seraya menyuap kuih ke dalam mulut yang sedikit sejuk. Sedikit dia bangga kerana dapat mencipta pantun secara spontan. Bukan dapat dari mana-mana.

" Makanlah dinda, nanti kuih ni terlebih sejuk, tidak enak pula ".

Mawar pun menjuihkan bibir lalu menyuap kuih tersebut.

" Mengapalah suami dinda ni terlalu manis. Mengalahkan kuih ni dengan madu lebah ! ".

" Kerana isteri kanda ni terlalu jelita. Mengalahkan bunga kekwa dalam teh ini ! ".

Mereka bersama-sama tergelak kecil.

"Haih... Akhirnya kehidupan kita kembali bahagia seperti sediakala " ujar Indra seraya tersenyum lebar.

Mawar pun mengangguk seraya tersenyum.

"Walaupun sudah seminggu, dinda tetap rasa masa ini amat panjang. Untuk itu, dinda tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya kita masih dapat bernafas ".

"Benar dinda, tapi kanda masih khuatirkan apa lagi yang bakal Hazril lakukan " Indra tersenyum kelat.

"Usahlah berfikir lagi, kita serahkan sahaja kepada Allah. Sesungguhnya Allah akan membantu kita " balas Mawar seraya menyuap kuih itu lagi.

"Kalau itulah yang akan terjadi, dinda sudi untuk mengharunginya lagi? ".

Mawar terdiam lalu memandang Indra. Entah kenapa kuihnya terasa liat untuk dikunyah. Setelah menelan, dia pun menjawab.

550 TahunWhere stories live. Discover now