Episod 61 - H

19 2 0
                                    

Indra segera bergegas ke istana apabila utusan sultan memberitahu bahawa ramai orang yang jatuh sakit di sana. Tetapi, sebelum meninggalkan Mawar dia sempat berkata.

"Dinda, kanda minta maaf. Mungkin kanda tidak akan pulang malam ini".

"Mengapa pula? " soal Mawar yang begitu terkejut.

"Kata baginda penyakit itu sepertinya berat dan mengambil masa untuk rawat. Paling sekejap pun, larut malam kanda akan pulang".

Mawar pun akur dengan hati yang juga terasa berat. Sudahlah pagi-pagi buta lagi Indra harus bekerja. Semakin lama, masanya bersama Indra semakin singkat.

"Baiklah kanda. Dinda faham" balas Mawar seraya tersenyum pahit.

Maka muncullah riak wajah Indra yang juga terasa berat untuk meninggalkan isteri bersendiri di rumah. Lantas bahu isteri dipegang erat.

"Tak usahlah dinda khuatir. Nanti jangan lupa kunci pintu depan dan belakang. Keris dinda juga harus berada di sisi dinda pada setiap masa. Jangan sesekali meletakkan di suatu tempat. Kanda khuatir jika dinda tidak sempat mengambil tatkala diancam bahaya " pesan Indra satu-persatu.

Mawar pun mengangguk faham.

"Oh ya, jangan lupa juga berlatih silat lagi. Dinda perlu membiasakan diri dengan berlawan. Ingat, jangan sesekali terleka. Faham sayang? ".

Mawar pun mengangguk lagi seraya tersenyum kecil.

"Kanda pun sama. Hati-hati berada di istana. Jangan sampai Hazril menganiaya kanda lagi".

"Baik dinda. Kanda sudah tahu apa yang dibuat sekiranya terjadi lagi" ujar Indra seraya tersenyum.

Setelah mereka bersalaman, Indra pun meninggalkan Mawar yang setia berdiri di anjung rumah. Apabila bayang Indra sudah hilang dari pandangan, barulah Mawar masuk ke dalam rumah lalu mengunci.

⏳ 🔸 ⏳ 🔸 ⏳

Di dalam salah satu bilik di dalam istana, Indra telahpun merawat orang-orang yang sakit pada perut. Kesemuanya menghidapi perkara yang sama.

Indra memandang lima orang pengawal dan tiga orang dayang bersilih ganti. Kemudian dia bercekak pinggang.

"Sebenarnya, apa yang terjadi kepada kalian sampai sakit begini? Kalian semua ada tersalah makan? " soal Indra kepada mereka berlapan.

Salah seorang pengawal itu pun menjawab.

"Kami tak buat apa-apa pun, tabib. Tiba-tiba, sebelum subuh lagi kami sudah mengadu sakit di perut. Kami rasa perut kami seperti dibakar ! Walhal, tiada apa pun yang berlaku di luaran".

Kening Indra sedikit ternaik.

"Sekarang, macam mana ? Masihkah ada rasa terbakar? ".

Salah seorang daripada dayang itu pula yang membalas.

"Minyak gamat yang disapu tadi langsung tidak memberi kesan. Kami masih sakit ! ".

Ketujuh-tujuh pesakit itu pun menyokong. Hal ini membuatkan Indra termati akal dan ketandusan idea. Dia pun bingung setelah berjam-jam dia berusaha menggunakan segala ubat. Dan dia juga sudah kepenatan setelah berikhtiar sebanyak mungkin.

"Tidak mengapa, kita cuba sekali lagi".

Indra pun menyapu sekali lagi minyak gamat kepada salah satu pengawal tadi. Tetapi, sebelum itu dia membaca basmallah dan beberapa ayat suci al-Quran. Setelah menyapu, dia pun memandang pengawal itu.

"Bagaimana, masihkah rasa sisanya? ".

Pengawal itu pun kehairanan seraya memegang perutnya.

"Nampaknya, sakit ini beransur hilang ! ".

550 TahunNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ