Episod 66 - H

18 1 0
                                    

USAI sahaja menunaikan solat maghrib, Indra dan Udin pun diarahkan Tok Wan supaya mencari keberadaan Mawar. Mujurlah Tok Wan hadir ke surau semasa mereka berdua duduk di pangkin. Setelah itu, mereka membawa Tok Wan ke rumah Indra sementara mereka mencari Mawar.

Akhirnya, mereka pun terjumpa Mawar yang rupa-rupanya berada di dahan pokok. Berdekatan dengan tempat Indra terhenti petang tadi.

Secara jujur, Udin hampir tergelak melihat gelagat Mawar yang sedang bertenggek di dahan pokok. Namun, apabila melihat raut wajah Indra yang merayu-rayu kepada Mawar supaya turun, dia berasa simpati.

Bukan kepalang Mawar bersuara garau. Sah yang dia dirasuk. Indra dan Udin pun terpaksa menariknya turun ke bawah. Sebelum sempat melarikan diri, Indra dengan cekap mendukung Mawar.

"WARGHHHHHH, LEPASKAN AKU !!!!! " jerit Mawar dengan suara yang garau. Betul-betul berdekatan dengan telinga Indra.

"Aduh sahabat, tidakkah telinga kau berasa bingit? " soal Udin seraya menutup telinga. Indra di sebelah kekal tenang.

"Baca ayatul kursi, Udin " ujar Indra.

"Hmm baiklah" balas Udin meskipun dia ragu-ragu. Khuatir sekiranya jeritan Mawar semakin nyaring.

Udin membaca separa kuat. Memang benar sangkaannya. Mawar semakin terjerit-jerit.

"DIAMM ! DIAMM !!!!!! AKU BENCI AYAT NI ! KAU DIAMMMM !!!!!!!!!! ARGGHHHHHH !!!! ".

"Astaghfirullah, bini kau ni bidadari syurga ke ahli neraka, Indra? ".

"Baca lagi, Udin ! " tegas Indra menegur.

Udin pun terpaksa akur. Habis sahaja bacaan, mereka pun sampai. Di dalam rumah, Tok Wan setia menanti dengan limau purut, lada hitam, daun bidara, garam dan air.

"Baringkannya di sini. Biar Tok yang uruskan. Kamu berdua, pegang tangannya dengan erat" arah Tok Wan.

"Udin, gunakan kain ini untuk memegang istriku ".

"Baik ! " balas seraya menyambut kain itu.

Mawar pun semakin meronta-ronta untuk dilepaskan.

"Bismillahirrahmanirrahim " ucap Tok Wan.

⏳ 🔸 ⏳ 🔸 ⏳

"UHUK uhuk ! " Mawar termuntah darah.

"Ya Allah, dinda ! " Indra sudah gelisah. Apatah lagi muntahnya itu keluar bersama paku.

"Astaghfirullah, begitu tegar sekali orang yang menganiaya kalian " kata Udin pula.

"Nampaknya kamu terkena sihir pemisah " celah Tok Wan.

"Apa ?! " terkejut mereka bertiga.

"Tok rasa ada seseorang yang tanam sesuatu di halaman rumah kamu. Lebih baik kalian cari di mana keberadaannya. Jika tidak, gangguan akan terus berlaku ".

"Habis itu, Tok. Sekarang apa yang perlu dibuat untuk merawat isteri saya? ".

"Mawar perlu bermandi bersama daun bidara selama tujuh hari tujuh malam. Biar rasa panasnya hilang. Kelak, jika tiada sembuhnya lagi, jumpalah tok semula di rumah ".

"Baiklah Tok Wan " ujar Indra.

"Terima kasih, Tok Wan. Kerana membantu saya" ujar Mawar pula.

"Tidak mengapa, cu. Yang penting, lekaslah kalian mencari bungkusan sihir itu ".

"Tapi Tok, bagaimanakah rupa bungkusan itu? " soal Udin pula.

"Hmmm, tok rasa mungkin bungkusan itu berwarna kuning ataupun hitam. Biasanya ditanam di tepi pokok ".

"Aduh kanda, sudahlah tanaman kita banyak" rungut Mawar.

"Tak mengapa, dinda. Biarlah kanda akan minta pertolongan. Oh ya, Tok. Gerai saya pula? ".

"Itu esok hari tok akan uruskan ".

"Baik tok, terima kasih ".

Indra pun dengan senyap memasukkan beberapa keping syiling emas ke dalam beg Tok Wan. Sebagai tanda penghargaan. Tidak lama kemudian, Tok Wan pun meminta diri dan beredar bersama Udin.

"Udin, terima kasih juga kerana membantu aku".

"Sama-sama sahabat. Nanti belikan aku kuih itu lagi ya? ".

"Cis ".

⏳ 🔸 ⏳ 🔸 ⏳

SETELAH seminggu bermandikan daun bidara, akhirnya Mawar sudah tidak kepanasan. Bermaksud sihirnya semakin kurang. Namun, langkah berjaga-jaga perlu dicakna dek gangguan masih ada di sekitar.

Perniagaan Indra juga kembali untung setelah semakin ramai orang yang datang ke gerainya semenjak peristiwa itu. Ada juga yang datang sekadar meminta Indra untuk menceritakan kisah gerainya yang disihir.

Rupa-rupanya ada juga balutan kuning di dalam gerainya. Namun di rumahnya pula masih tidak dijumpai.

"Kanda sudah mencari di merata-rata tempat. Namun sekecil kuman pun belum ditemui " keluh Indra tatkala mereka sedang makan malam.

"Sabarlah kanda. Buat masa sekarang, kita doa sahaja banyak-banyak ".

"Kanda cuma khuatir sekiranya makhkuk itu sudah mula kuat. Yang Tok Wan tolong itu hanyalah untuk melemahkan jin. Hakikatnya, jin itu terlalu kuat ".

"Adakah ia pelesit? " Mawar membuat andaian.

"Boleh jadi begitu, dinda. Tetapi setakat ini, kanda belum pernah lihat lagi belalang yang bergentayangan di rumah kita ".

"Tetapi, pelesit tidak semestinya dihantar melalui belalang ".

"Ya, tetapi Tok Wan sudah bilang. Katanya tiada mana-mana gigitan pada dinda. Ini cuma lebih kepada balutan kuning yang kita harus cari ".

Mawar terdiam. Kemudian dia pun menghirup kuah asam pedas dengan rakus. Lalu meletakkan semula mangkuk apabila sudah selesai.

"Dinda rasa, tentu balutan itu sudah ghaib".

"Mengapa pula dinda berkata demikian? ".

"Sebab sampai sekarang kanda masih tidak jumpa ".

Indra pun tersenyum kecil.

"Ada-ada saja dinda ni. Nanti esok kanda carilah lagi. Di reban ayam mungkin terletaknya balutan itu. Kanda belum lagi lihat di situ ".

"Tidak usahlah kanda mencarinya lagi ".

Indra berkerut dahi.

"Kenapa? ".

"SEBAB AKU YANG PEGANG BALUTAN ITU ! " ujar Mawar dengan suara yang garau.

Indra segera berdiri menjauhi Mawar.

"Ya Allah, dinda ! ".

*
*
*
*

An-Nisa' 4:48

إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِۦ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَن يَشَآءُۚ وَمَن يُشْرِكْ بِٱللَّهِ فَقَدِ ٱفْتَرَىٰٓ إِثْمًا عَظِيمًا

Malay - Abdullah Muhammad Basmeih

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.

550 TahunWhere stories live. Discover now