Episod 4

81 9 0
                                    

Di waktu malam,
Bulan mengambang~
Sunyi damai~
Damai sekelilingku~
Terdengar nan sayup~
Bintang seribu~
Membujuk rayu,
Kerna merindu,
Lagu~ yang dulu~

Di waktu malam,
Bulan purnama~
Angin laut~
Meniup-niup tenang~
Menyatakan sayang~
Berlagu merdu~
Memadah sayu,
Lemah~ mendayu~
Nak dara rindu~

"Amboi bang Imran, sayu betul suasana malam-malam ni ", tiba-tiba Pak Afi datang menegur Imran. Kebetulan, dia yang baru sahaja selesai makan malam singgalah di luar sebentar untuk merasai kedinginan malam.

Lagu Nak Dara Rindu yang dimainkan di aplikasi Spotify ditutup oleh Imran setelah kedatangan Pak Afi. Ini menandakan bahawa akan ada perbualan panjang antara dia dan Pak Afi. Imran yang sedang duduk di kerusi batu yang di hadapannya ada meja batu dan di sebelahnya pula terdapat lagi tiga buah kerusi batu, segera menyuruh Pak Afi duduk.

Pak Afi pun duduk perlahan sambil melepaskan nafasnya. Orang tualah katakan. Lalu, dia mulakan perbualan, "Khusyuk betul kau ni Imran ". Kali ini Pak Afi lebih rasa sesuai untuk melayan Imran seperti sahabatnya bagi situasi ini.

Imran yang ditegur hanya terus merenung ke arah taman bunga mini di hadapannya sambil tangan bersilang di dada. Mukanya mendatar. Entah apalah yang direnungkan itu.

Pak Afi yang sedia menanti jawapan dari Imran hanya bersabar apabila bunyi cengkerik sahaja yang tolong jawapkan. Lalu, dia berkata lagi, "Apa yang berlaku waktu siang tadi sampai kau macam ni waktu malam ".

"Bukan ke setiap hari aku memang macam ni ? ", baru si Imran balas.

"Itu aku tahu. Tapi aku yakin mesti ada sesuatu yang buat kau begini. Kali ni lain macam, sebab tulah aku tanya. Lagipun, aku ni dah berpuluh-puluh hidup dengan kau. Bukannya baru kenal ", jawab Pak Afi dengan nada lembut.

Imran berdiam diri lagi dan menggerakkan anak matanya ke arah Pak Afi yang duduk di sebelah kanannya. Akhirnya, dengan perlahan dia memberitahu, "Permata yang pergi sudah kembali semula ".

"Permata ? Apa maksud kau ?", minda Pak Afi cuba memahami dan mengingati apa maksud ayat Imran. Gear pada otaknya ligat berpusing-pusing dengan semakin laju. Akan tetapi, malangnya tidak kesampaian juga.

Manakala Imran hanya mengeluh. Tangan masih bersilang di dada, matanya kembali memandang ke arah taman bunga mini lagi. Berharap agar Pak Afi faham sesuatu.

Pak Afi yang dari tadinya berfikir dan berfikir, cuba mengingati dan mengingati, masih tak dapat lagi. Dia kemudian memandang ke arah mata Imran. Dia pun memandang ke tempat Imran memandang. Ada taman bunga mini.

Kerana sifat bijaknya, dia tahu apa yang dimaksudkan oleh Imran sebentar tadi. Alhamdulilah, dia faham. Tetapi........

"Takkan kau nak kata si dia tu hidup lagi ?", walaupun Pak Afi sudah faham, dia masih buntu apa yang dikatakan Imran. Orang yang dah mati mana boleh hidup lagi. Kalau hidup lagi tu jangan-jangan.....

"Kalau kau nak kata dia tu hantu, kaki pun aku dah tengok ", balas Imran dengan muka yang masih mendatar.

Dahi Pak Afi semakin berkerut, "Kau intai kaki perempuan ke Imran ! Astaghfirullahallazim, bertaubatlah nak, OOII !!".

PANG !!!!

Satu tepukan kuat hinggap di belakang badan Pak Afi. Imran yang elok duduk kini berdiri macam orang nak mengamuk. Marah si Imran apabila Pak Afi bersangka begitu padanya.

"KEPALA LUTUT KAMU ! Dia pakai kasut wahai Pak Afi. Warna pink ! Kau fikir dalam pejabat aku ada ke orang berkaki ayam !", marah Imran sambil kedua-dua tangannya bercekak pinggang.

Pak Afi yang diperlakukan sedemikian hanya mampu mengucap. 'Nasiblah kau ni jauh lebih tua dari aku. Kalau tidak memang aku piat telinga kau !' marah Pak Afi pula tetapi, hanya mampu dalam hati.

"Kau tak cakap kau jumpa dengan dia kat mana. Manalah aku tahu ", kata Pak Afi dengan nada seperti mak nyah dalam ketakutan.

"Dah kau tak tanya ! ", Imran pula yang membalas.

Suasana menjadi sunyi buat seketika. Bunyi cengkerik juga semakin perlahan. Digantikkan pula dengan suara katak menguak. Apa semua cengekerik dah kena telan dengan katak ke apa.

Pak Afi dan Imran masih berdiam diri. Terasa janggal pula di antara mereka seperti baru kenal. Lantas, tanpa membuang masa, Pak Afi pun memujuk Imran.

"Sudah-sudahlah Imran, aku bergurau je tadi. Dah, duduklah semula. Kita sambung borak. Meh-meh duduk ", kata Pak Afi sambil menarik lengan kanan Imran supaya duduk. Imran pula hanya menahan sabar.

"Betul ke apa yang kau nampak tu Mawar ? Kau jangan terus kata macam tu Imran ".

"Aku pun masih tak yakin yang dia tu Mawar ".

"Dia kenal kau tak ? ".

"Dari air muka dia, aku rasa dia tak kenal aku. Mungkin dia tak ingatlah kot kisah hidupnya yang sebelum ni ".

Pak Afi hanya menggeleng kepala. Kuat betul firasat Imran sampai dia fikir yang dia tu betul-betul Mawar.

"Kau ni Imran, HUSNUZONlah sikit. Mungkin muka aje yang serupa. Takkan kau tak tahu dalam dunia ni, ada tujuh orang yang mukanya sama dengan kita. Manalah tahu dia tu salah satu copy and paste dari Mawar ke ? Tak gitu ? ".

"Hurmmmmm..... ", Imran hanya mengeluh panjang. Selama dia wujud di dunia ni, takde pun orang yang sebiji muka dengannya. Yang lebih kurang adalah sikit tapi yang Mawar tu memang betul-betul dia !!

Perbualan mereka terjeda kembali. Pak Afi merenung Imran, Imran merenung taman bunga mini, manakala taman bunga mini merenung mereka. Dari jauh, ada sepasang mata yang merenung mereka pula.

"Habistu, apa yang kau nak buat ? ", tanya Pak Afi setelah dua minit tidak bersuara.

Imran yang masih lagi merenung taman tersebut berfikir sejenak. Sejak kematian Mawar, dia tidak pernah berkahwin lagi. Jangan kata kahwin, suka pun tidak. Kerana seperti mana yang kita tahu, kesetian dia terhadap Mawar masih tersimpan dalam minda dan hatinya.

Kini, Mawar sudah kembali. Tetapi sayangnya, Mawar langsung tidak mengenalinya dan tidak ada langsung tanda-tanda Mawar mengingati memorinya dahulu. Apa yang patut Imran buat ?

"Aku akan cuba rapat dengannya ", kata Imran buat sekian lamanya.

Pak Afi mengangkat kening dan membalas, "Lepas dah rapat nak buat apa pulak ? ".

"Berkawanlah apa lagi ! Takkan terus ajak kahwin Pak Afi oooiiiiii ", penat Imran melayan si Pak Afi ni. Umur dah 60 tapi dia punya soalan macam baru 6 tahun. Dasar Pak Afi !

"Nak kahwin dengan siapa tu Tuan Imran OOOIIIII !!! ", tiba-tiba datang satu suara yang mengacau mereka berbual.

Alangkah terkejutnya mereka berdua apabila mendapati suara yang menerjah mereka itu memakai telekung berwarna putih. Sekali nampak memang rupa saling tak tumpah macam pocong !

"ASTAGHFIRULLAH AWAK NI ZAINAB !!!! ", marah Pak Afi sambil memegang dadanya akibat sakit jantung kerana terkejut.

"Ya Allah, Mak Nab kenapa Mak Nab ! Nasib baik saya tak ada serangan jantung ! ", kini giliran Imran pula yang marah sambil mengurut dadanya lalu beristighfar.

Kedua-dua lelaki ini masih lagi dalam proses menenangkan diri. Manakala Zainab atau lebih mesra dipanggil Mak Nab hanya ketawa kecil melihat gelagat mereka. Situasi ini tidak ubah seperti suasana keluarga yang bahagia pada waktu malam dengan bertemankan bunyi cengkerik, katak dan nyamuk. Sangat meriah !













550 TahunWhere stories live. Discover now