Episod 15

33 5 0
                                    

Masuk hari ini, sudah seminggu berlalu iaitu pada hari Isnin. Kayla pun sudah bekerja semula di TidH ( The Im's Dream Holding ) sejak hari Isnin yang lepas. Permulaan hari Kayla pada hari tersebut sangat baik. Menjadi rutin disapa Cik Nisa dan berjumpa dengan majikannya di pejabat untuk memberikan tugasannya. Sekali lagi Imran meminta maaf kepada Kayla atas salahnya.

Pada cerita hari ini pula, Kayla masih menjalani rutinnya seperti biasa. Dia lebih fokus melakukan kerjanya di bilik sendiri. Pada waktu selepas zohor, dia perlu menghadiri mesyuarat bersama Imran, Faiq dan beberapa badan organisasi penting. Tujuannya untuk membincangkan lagi berkenaan proses pembangunan homestay Pak Haji.

Mesyuarat dijalankan selama empat jam. Kematu punggung mereka dibuatnya akibat terlalu lama duduk di dalam bilik mesyuarat. Namun, penghawa dingin yang dipasangkan menyejukkan sedikit jiwa mereka. Separuh lagi panas kerana otak mereka kerah mengeluarkan idea.

Tepat pada pukul enam, masing-masing bersurai lalu pergi ke surau dulu untuk menunaikan solat asar. Manakala ada sebilangan lagi pergi ke tempat mereka sendiri kerana datang bulan. Salah satunya ialah Kayla. Dia terus sahaja ke bilik kerjanya untuk meneruskan pekerjaan.

Di kala Kayla yang lagi khusyuk menaip sesuatu, tiba-tiba ada deretan bunyi notifikasi daripada telefonnya. Segera telefon yang berjenama Oppah diambil olehnya. Berkerut dahinya menerima beberapa mesej dari nombor yang tidak dikenali.

UNKNOWN NUMBER

Hi Kayla, finally I got your number !

So I can chat with you !

My question is, why you always avoid from me ?

We need to talk about that, Kayla. I'll explain everthing

That's not my fault okay. It's Belinda request ! She like me !

"Makhluk mana ni ? Siapa Belinda ? ", tanya Kayla dengan diri sendiri. Mindanya ligat berpusing untuk mengingati segala memori yang tersembunyi di celah-celah otak. Apabila dia mengingati, kedua-dua matanya terjegil.

"Oh no... apa jantan tu nak lagi ! Dah tinggalkan aku tiba-tiba datang balik. Kenapalah eh ? Time nak move onlah benda macam ni selalu jadi ! ", marah Kayla sendirian.

Tanpa berasa ragu, dia terus menekan block pada nombor tersebut.

"Kalau dia cari aku lagi, aku tendang dia punya celah kangkang ! Biar hilang peranakan terus !!! ".

🕰 ♦ 🕰 ♦ 🕰

Selepas menunaikan solat asar, Imran masuk ke dalam pejabatnya. Dia kini memfokuskan mindanya supaya beralih kepada pekerjaan. Bukan pada aduan Pak Afi yang mempunyai masalah sembelit pagi tadi. Mujur anak pertama Pak Afi dapat menyelesaikan masalah tersebut.

Imran kini lebih menumpukan pada skrin komputer ribanya. Lagi sibuk menaip itu dan ini untuk projek syarikatnya dengan teliti tanpa beralih sedikit pun pemikirannya itu. Malah, kesejukan penghawa dingin pada 10°c langsung tidak dipedulinya.

Imran melangsungkan perbuatannya sehingga azan Maghrib berkumandang daripada masjid yang hanya jauh beberapa meter dari bangunan kerjanya. Dia pun menghentikan kerjanya lalu pergi ke masjid tersebut.

Pada waktu ini, Imran lagi suka solat berjemaah di masjid. Dia juga akan mengajak semua pekerja lelaki muslim menunaikan solat berjemaah di sana. Paling seronok apabila mereka berjalan sama-sama. Bagi mereka itu tidak menjadikan mereka semakin penat malah berasa teruja. Teruja untuk membina pahala bersama-sama.

Kira-kira pada pukul 7.50 malam, barulah mereka sampai semula ke tempat kerja. Masing-masing akan buat kerja mereka sehinggalah waktu balik mereka iaitu pada pukul sembilan. Imran menetapkan waktu itu untuk balik supaya pekerjanya dapat menunaikan solat isyak, meluangkan masa bersama keluarga dan rehat pada awal waktu.

550 TahunWhere stories live. Discover now