Prolog - H

225 14 0
                                    

Tahun 1472

Hutan tanpa nama, Melaka

  Di kala cuaca mulai mendung , langit bertukar gelap dan angin mula bertiup kencang , di tengah hutan kelihatan seorang lelaki yang berjalan dalam keadaan terhuyung-hayang dan terkelam-kabut . Hari hendak hujan , jadi dia harus mencari tempat perlindungan untuk berteduh buat seketika.

  Akhirnya , setelah beberapa lama mencari dia pun terjumpalah sebuah gua yang agak kecil dan masuk ke tempat tersebut dengan berhati-hati dek cenuram yang licin akibat kehujanan dari luar.

  Sebaik sahaja dua tiga langkah melepasi batu yang menjadi cenuram itu , tiba-tiba kakinya tergelincir lalu tersungkur ke bawah. Paling pedih apabila badannya terhempas ke tanah dengan kuat. Tambahan pula dia tercedera. Sangat memenatkan dan menyakitkan!

  Dari celah dinding gua itu, tiba-tiba seorang lelaki muncul dan dia mula menyapa, “Assamualaikum, anak ini siapa?", dengan nada suara yang agak garau.

  Alangkah terkejutnya lelaki yang cedera tersebut. Tapi dia bernasib baik tidak terkena serangan jantung. Dia pun menjawab, dengan perlahan,“Waalaikumussalam,hamba Indra. Pak cik ini siapa pula?"

  “Ohh.. Indra, Panggil sahaja Tuan Masdur. Hamba memang tinggal di gua ini". Indra mengangguk lemah. Tiba-tiba dia menjerit, “Aarghhh badanku! Pedihhh!!!

  Kini giliran Tuan Masdur pula yang terkejut ,“Eh, kau cedera! Sebentar, biar aku ambilkan penawar! "kata Tuan Masdur lalu segera berlari ke dalam celah dinding gua atau kita boleh kata, biliknya.

10 saat kemudian

  “Minumlah penawar ini " pelawa Tuan Masdur. Dia menyandarkan badan Indra ke dinding dan menolong Indra dengan memegang bekas minuman tersebut memandangkan tangan Indra juga tercedera.

  Beberapa saat kemudian, segala luka yang ada pada Indra pun beransur hilang menandakan dia sudah sembuh sepenuhnya. Kemudian, dengan perlahan dia duduk bersila dan memulakan perbualan.

  “Izinkan hamba bertanya, dari manakah Tuan mendapat penawar ini ? Ajaib sungguh sampai luka-luka hamba pun hilang sepenuhnya...," kata Indra dengan sopan, tapi dalam hati berasa teruja.

  “Penawar itu datangnya dari kuasa hamba," jawab Tuan Masdur dengan selamba. Dahi Indra berkerut. “Tuan Masdur ada kuasa ? Siapa Tuan ini sebenarnya ?," tanya Indra lagi.

  “Jikalau aku beritahu, adakah kau akan percaya ?," tanya Tuan Masdur pula dengan nada serius. Kemudian giliran Indra pula yang menjawab, “ Hmm.. terpulang kepada cerita Tuan".

  “Aku sebenarnya jin, jin yang bersemayam di gua. JIN GUA,"jawab Tuan Masdur. Perkataan 'jin' ditekankan."JIN!!!," terjerit kecil  si Indra apabila deria mendengarnya menangkap perkataan 'jin'. Mana mungkin manusia yang berbaju melayu, bersamping, bertengkolok dan berambut panjang dikatakan jin !

  Tuan Masdur ketawa kecil dan berkata, “Janganlah kau takut wahai si Indra. Aku bukan jin jahat, tapi jin yang baik-baik,". Kini, perkataan baik-baik itu pula dilembut-lembutkan.

  “Sudah berapa lama Tuan hidup di sini ?," tanya Indra setelah lega sedikit. “Hmm.. hamba rasa baru dalam 250 tahun. Aku di sini memang hidup abadi sehingga hari kiamat," jawab Tuan Masdur.

  Tiga saat kemudian, Indra bertanya lagi, “Berapa lama orang yang sudah Tuan jumpa ? ". “Ohh.. tidak begitu ramai. Jikalau dikira termasuk kau bilangannya dalam 50 orang sahaja. Lagipun, tempat ini terpencil. Jarang sekali dijumpai orang".

  Indra mengangguk faham. Oleh kerana keinginannya untuk mengetahui lagi, dia pun bertanya lagi beberapa soalan, “Apa tujuan Tuan tinggal di sini ? ". Tuan Masdur yang sedari dirinya selalu disoal hanya mengangguk lemah. Nasib baik dia bukannya jin yang jahat.

550 TahunWhere stories live. Discover now