Episod 83 - H

16 0 0
                                    

HARI raya sudahpun menjelma. Ramai orang bersuka ria, menyambut hari lebaran yang penuh makna.

Tetapi tidak kepada tiga sekawan. Mereka masih bersedih hati dengan kehilangan seorang sahabat yang budiman. Hari kebesaran itu tidak bermakna tanpa Fannani di sisi.

Udin masih bersedih hati di pagi hari. Keluarganya hampir berputus asa untuk memujuk Udin supaya berubah. Tapi, tiada apa yang boleh dibuat kalau Udin berkurung di bilik sentiasa.

Sementara Indra pula pergi menziarahi kubur-kubur orang tersayangnya selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri. Pusara pertama yang dia pergi tentunya arwah bapaknya yang sudah lama meninggalkan Indra.

Kemudian, Indra menziarahi kubur ibu bapa mertuanya. Bermacam-macam luahan yang dilontarkan di hadapan pusara itu. Indra malah sudah memaafkan segala salah silap mereka. Bacaan ayat suci al-Quran turut diberikan.

Pusara terakhir adalah sahabat baiknya sendiri, Fannani. Pada hari ini dia diberi kesempatan memandangkan tiada sesiapa yang menziarahinya. Langkah kaki pun diatur ke arah kubur Fannani.

Indra tersenyum tatkala melihat taburan bunga kemboja di atas tanah kuburnya. Pokok bunga kemboja itu hanyalah berdekatan dengan tempatnya berdiri.

Angin sepoi-sepoi bahasa perlahan menampar pipinya. Tamparan itu sangat lembut sehingga membuatkan dirinya hampir dibuai lena. Cepat-cepat dia sedarkan diri.

Indra pun menghamparkan tikar mengkuang yang kecil sebagai tempatnya duduk. Dia bersila di hadapan pusara Fannani yang begitu elok. Entah kenapa hatinya tenang menatap pusara itu.

"Barangkali kau sedang berada di taman syurga, Fannani. " tutur Indra perlahan.

"Tapi hati ini masih gundah memikirkan dosaku. Engkau seharusnya diberi kehidupan yang panjang. Maruahmu harus dijulang. Bukannya mati di tangan orang ".

Suasana masih sepi. Hanya kedengaran deruan angin bertiup lembut. Indra menganggap Fannnani sedang membalas kata-katanya.

Indra cuba menahan sebak.

"Kau mahu tahu, Udin sudah lain sekarang. Dia sudah tidak seperti dahulu. Dia lebih suka bermenung sendirian di rumah. Dia sudah tidak rapar denganku. Dia juga sudah jarang makan sejak kau pergi. Apa yang perlu ku lakukan, wahai Fannani? ".

Rambut Indra yang hitam berkilat perlahan-lahan menari mengikut gerakan arah angin. Tiupan angin entah kenapa semakin kencang. Indra melilau sekeliling.

"Fannani, apa kau ada di sini? " soal Indra sendiri.

Namun, jawapannya hanya senyap.

"Fannani, aku minta ampun. Aku paling bersalah.. Aku tidak patut melibatkan kau dalam kemelut ini.. Maafkan aku, Fannani.. " air mata Indra mula bertakung di tubir mata.

Perasaan bersalahnya mula menebal di dada. Walaupun Fannani sudah kata itu bukan salah Indra, tetapi dia masih berpendirian begitu.

"Engkau sepatutnya beristeri.. Bukankah kau ingin mencari jodoh? Mengapa ajal mendahului? Ya Allah, aku berdosa.. Aku minta maaf, Fannani. Seharusnya aku yang perlu berada di sini. Bukan engkau duhai sahabat.. ".

Indra memejamkan matanya. Maka, mengalirlah setitik air mata itu.

"Aku bertuah kerana berkawan dengan kau.. Kau banyak membantuku.. Kau telah mengajarku melukis, berpuisi, malah kau mengajarku erti sahabat. Engkau sahabat terbaik.. Kau ada di kala aku susah, kau sangat ikhlas. Moga Allah merahmati kau, Fannani.. ".

Indra menatap pula pada batu nisan yang masih elok. Dia mengusap perlahan batu itu.

"Aku pergi dulu, sahabat. Aku akan menziarahimu di kemudian hari".

550 TahunWhere stories live. Discover now