Episod 7

45 4 0
                                    

Keesokan harinya, Kayla pun datang awal ke tempat kerjanya tepat pada pukul 8.15 pagi. Lambat 15 minit. Memandangkan hari ini dia terawal yang datang, sungguh banyak tempat parking kosong yang disediakan.

Sebenarnya ruang parking itu berada di seberang jalan di hadapan bangunan The Im's Dream Holding. Jadi, selepas Kayla berjalan keluar dari kereta, dia pun melintas jalan berhati-hati.

Sedang melintas, dia pun ternampak sebuah kereta Honda yang berwarna kelabu diparkir luar kawasan di sebelah kiri laluan masuk ke kawasan tempat kerjanya. Kayla pasti itu kepunyaan Tuan Imran. Lalu dia pun meluru masuk ke dalam.

Sesampainya di dalam, benda yang selalu dilihatnya ialah meja kaunter. Bersama seorang penjaga yang bernama Nisa. Ya, dialah satu-satunya petugas kaunter yang telah berkhidmat selama lima tahun. Maklumat ini pun Kayla dapat tahu sejak hari pertama dia bekerja lagi.

Seperti biasa Nisa yang terlebih dahulu bersuara, "Assalamualaikum cik....? ".

Kayla memotong ayat Nisa, "Waalaikumusalam, panggil Kayla je..". Kayla faham dirinya adalah pekerja baharu. Jadi, Nisa masih dalam proses untuk mengingati namanya. Lagipun, ini memang tugas Nisa untuk mengingati setiap nama pekerja di syarikat ini.

"Ahhh ye ke... baiklah Kayla. Lagipun, umur kita pun lebih kurang... " balas Nisa dengan nada yang ceria.

"Oh ya... saya naik atas dulu ya... Selamat bekerja ya Cik Nisa !", kata Kayla dengan nada yang ceria juga sambil melambai tangannya kepada Nisa. Lalu dia pun pergi ke arah kiri kaunter yang merupakan arah untuk ke pejabat Imran.

Nisa tersenyum manis melihat Kayla sedemikian.

🕰 ♦ 🕰 ♦ 🕰

Setelah lif yang dinaiki Kayla telah sampai ke tingkat dua puluh, benda utama yang dilihat ialah sebuah pintu. Dia pun mengetuk pintu terlebih dahulu dan terus sahaja masuk setelah disahut oleh majikannya.

"Kayla, awak lambat 20 minit !", tiba-tiba suara Imran bergema.

TUP !!

Pintu pejabat Imran tertutup kuat. Itu membuatkan Kayla bertambah terkejut. Di hadapannya Imran yang sedikit duduk pada bucu meja depan dengan tangan bersilang di dada. Kepalanya pula memandang ke arah Kayla dengan muka mendatar.

"Ermm... Tuan... Maafkan saya, Tuan. Saya terlewat sikit tadi. Itu pun terpaksa skip sarapan pagi ", balas Kayla dengan perasaan takut. Dia pernah berhadapan dengan situasi begini. Oleh sebab itu, dia fobia.

Imran masih lagi dalam keadaan sebegitu. Lalu dia berdiri semula dan berpusing belakang untuk mengambil sesuatu di atas meja.

Pada pandangan Kayla itu mungkin senarai dokumen untuk maklumat projek baru nanti. Pada ketika itu juga Imran telah menyimpan segala helaian kertas ke dalam beg dokumennya. Kemudian dia menghadap Kayla semula di hadapan.

"Dah, jom pergi ", kata Imran masih lagi mendatar mukanya.

Dahi Kayla berkerut, "Pergi mana Tuan ?".

Langkah Imran terhenti lalu, dia berkata, "Ke mana lagi ? Kampung Baru la... Takkan awak lupa kenapa awak datang awal hari ni ?".

Ekspresi muka Kayla seakan menyedari sesuatu dan menjawab, "Ohh ye lupa. Maaf Tuan Imran. Tapi, naik kereta sendiri ke ? ".

"Tak, naik kereta aku. Kang tak pasal-pasal kau tak dapat catch up pulak nak follow aku. Pastu sesat ! ".

ZUP !

Hati Kayla seperti tercucuk jarum. 'Dah kenapa pula dengan boss aku ni. Sebelum ni baik je aku tengok. Kenapa hari ni badmood. Dia datang period jugak kah ?'

550 TahunWhere stories live. Discover now