Episod 36

39 6 0
                                    

Pada waktu malam yang berhiaskan gugusan bintang di langit, ada seorang pemuda yang berpakaian baju Melayu berwarna biru, seperti warna malam dan berkain pelikat. Dia baru sahaja selasai menunaikan solat, jadi dia ke halaman rumah untuk mengambil angin.

Namun ternyata dia bukan sekadar mengambil angin, apatah lagi membuangnya. Dan dia ialah Imran Zulkifli.

Dia kini menyandarkan sisi badan ke tiang gazebo di hadapan kolam air pancut di halaman rumah. Dia merenung setiap titisan air jernih yang terpancar di bawah sinaran bulan. Pancaran dari lampu-lampu mini berbentuk burung hantu yang tergantung di setiap pokok juga mengindahkan suasana.

Dalam renungan, dia sebenarnya sedang menghayati setiap bait bicara akan teguran Kayla pada tengahari tadi.

" Ermm, tapikan Imran. Maaflah kalau awak terasa, sebab saya nak tegur something. Saya sebenarnya kadang-kadang pelik sikit dengan awak. Walaupun saya baru tahu saya ni serupa dengan dia, tapi awak tak boleh layan saya macam dia. Because I'm your employee, not your late wife. The ways you treats me, makes me feel suspen.. ".

" Aii Bang Imran, termenung jauh nampak ", sergah Pak Afi tiba-tiba dari arah belakang.

Imran yang sudah terbiasa dengan sergahan Hanafi hanya buat tak endah. Masih khusyuk melayan perasaan.

Pak Afi sekadar menggeleng kepala. Sudah masak dengan sifat Imran. Dia pun melabuhkan punggung di sebelah Imran.

" Kau ni macam orang baru lepas putus cinta je aku tengok ".

Senyap, tiada jawapan. Hanya tiupan angin yang dingin sahaja yang menyahut teguran Pak Afi.

" Kau ni, kuat betullah pendam. Ceritalah masalah kau tu, Imran. Kita ni bukan yang macam enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Kita ni kan aur dengan tebing, bagai isi dengan kuku.. ".

" Senyaplah kau orang tua ", balas Imran tanpa menoleh ke arah Pak Afi.

Buatnya, Pak Afi terbungkam.

" Kau yang lagi tua dari aku. Dahlah suruh layan kau macam kawan, lepastu kera sumbang ".

Dengan perlahan Imran menjeling tajam ke arah rakannya.

" Amboi... kasarnya kau, Hanafi ".

Pak Afi pun mengangkat kedua-dua kening lebatnya, sebagai tanda bangga. Kemudian, dia pun kembali tenang.

" Aku bukan apa, sejak anak sulung aku dah balik, rumah ni dah sunyi. Lepas tu kau pulak selalu krik krik je. Aku rasalah kan, macam tinggal berdua je dengan Zainab kat rumah ni. Kau tu pulak, macam roh yang berkeliaran ".

Imran menjeling tajam lagi. Kali ini setajam mata pedang.

Pak Afi pula tidak berasa takut malah sikapnya selamba badak. Dalam hati, dia cuba memujuk Imran untuk meluahkan perasaannya kepadanya.

" Aku tahu kau ada masalah. Dan, masalah kau takkan selesai kalau pendam macam tu. Kalau kau boleh settlekan, aku tak heranlah. Tapi, tengok kau ni macam ada seberat kapal jong je masalah tu. Apa kata kau citer sikit ", pujuk Pak Afi dengan hati yang ikhlas.

Imran pun membetulkan posisi dengan memeluk kedua-dua lututnya dan kepalanya terteleng ke sisi tiang.

" Bukan masalah kau, Hanafi ", balas Imran dengan perlahan.

Pak Afi pun mengeluh.

" Tapi kita ni kawan dari masa aku kecil dulu. Aku ni ikhlas nak tolong kau. Paling tidak pun, dengar cerita kau pun kira membantu juga ".

Perasaan Imran kini bagai telah lenyap. Sungguh, dia tiada keinginan untuk meluahkan perasaannya termasuklah kepada rakan sejatinya.

" Beritahu jelah Imran. Aku ni kan sekarang dah jadi 'ayah' kau. Lepasni nak jadi 'atuk ' pulak.. ", pujuk Pak Afi lagi.

550 TahunWhere stories live. Discover now