Episod 37

25 4 0
                                    

Di dalam sebuah bilik yang malap, kelihatan enam orang lelaki yang duduk dalam sekelompok meja. Mereka di situ sedang membincangkan mengenai isu yang begitu serius. Di hujung kanan, terdapat lagi seorang lelaki yang berpakaian hitam dan berkulit, merangkap ketua di situ.

Mereka adalah MartineZ. Sebuah pasukan polis rahsia yang ditubuhkan hanya untuk menghapuskan jejak komunis yang masih tersisa di Malaysia. Kini, berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada ketuanya, strategi mereka untuk mencapai misi perlahan-lahan berjalan.

" Sir, berdasarkan CCTV kat balai polis tu, saya dah tahu apa yang terjadi ", kata Hadi, yang merupakan seorang penggodam .

" Apa yang berlaku ? ".

" Lelaki yang lepaskan Hazarol tu atau nama sebenarnya Jay, telah meniupkan sesuatu kepada semua anggota polis sebaik sahaja dia masuk dalam balai. Lepastu, saya perasan yang mereka macam terpukau, and then bebaskan Hazarol macam tu je ".

Automatik semua orang di situ terkejut.

" Pukau ? Ada lagi ke orang main sihir ni ? ", soal Zarif.

" Iya, ada lagi. Agaknya tak takut dosa besar rasanya orang tu ", celah pula Nik.

Tiba-tiba, Karl pula yang mencelah.

" Aku rasa Jay tu ketinggalan zaman. Hish, tapi bila fikir balik, macam licik pun ada. Entah siapalah yang aja--- ".

TAP ! TAP!

Meja itu diketuk kuat oleh ketua sehingga menyebabkan enam orang jejaka itu tersentak.

" Jangan mencelah kalau aku tengah bercakap ! ", tegas amaran yang ketua itu berikan.

Mereka pun kembali senyap semula.

" Adi ".

" Yes sir ? ", berdebar jantung si empunya badan.

" Kau dah siasat pasal serbuk tu ? ".

" Dah, sir. Serbuk tu sama dengan serbuk yang pak guard bagi kat Tuan Imran. Dan saya syak, Jay ni pandai main sihir. Berdasarkan kepada siasatan anak buah saya, atuk Jay seorang bomoh. Mungkin dari situ,dia belajar pasal sihir ".

" Ah, I see .. Lagi ? ".

" Lepas habis SPM, dia join Black Devil atau BD. BD ni pulak salah satu daripada legasi komunis, sasaran kita jugalah. Mereka ni rapist, smuggler dan torturer. Gudang yang kat hutan tu tempat utama diorang. Dan nampaknya,tak sangka tekaan sir memang tepat. Tak sia-sia sir rancang semua tugas kami bulan lepas ".

" And, pasal Hazarol ? " soal pula ketua itu.

" Dia join BD since he's 14 years old. Asalnya dia dipelihara di Rumah Anak Yatim Mustaqim selama empat tahun. Kemudian, dia hilang. Khabarnya ada seorang lelaki yang culik dia ".

" Wait, jadinya budak lelaki yang hilang kat rumah anak yatim 13 tahun lepas Hazarollah orangnya ? ".

" Yes, sir ", jawab Adi.

Tergamam ketua itu.

" Berapa anggaran konco-konco BD ? ".

" Dalam 150 orang ".

'Oh, tak ramai pun'.

" Zarif ".

" Yes, sir ? ", berombak kencang dada Zarif saat nama diseru.

" Dalam gudang tu dah berapa ramai orang yang dah jadi mangsa ? ".

" Lebih daripada 50 orang. 10 orang lelaki dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Selebihnya perempuan dalam kalangan kanak-kanak, remaja dan dewasa ".

550 TahunWhere stories live. Discover now