Episod 11

39 5 0
                                    

Sebelum masuk, Indra sempat berdiri tegak menatap rekaan rumah itu. Walaupun sederhana, tetapi rumah kayu itu sangatlah cantik dan unik. Ada beberapa ukiran kecil yang kemas. Selain itu, halaman rumah itu juga sangat bersih. Ada juga tanaman pokok di setiap hadapan tiang rumah.

"Indra, kenapa masih tercegat di sana ? Marilah masuk ! Panas di luar ini ", tegur Abdullah.

"Biar betul, macam ini ke rekaan rumah yang Pak Haji nak ? ", tanya Imran kepada Pak Haji iaitu klien baharunya itu.

"Biar betul, macam ini ke rekaan rumah yang Pak Haji nak ? ", tanya Imran kepada Pak Haji iaitu klien baharunya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Imran masih lagi menatap sebuah gambar bersaiz A4. Gambar rumah yang dilihat sangat serupa seperti rumah Mawar. Rumahnya berkonsepkan melayu dan tepatnya sekali seolah seperti reka bentuk pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Imran sangat kagum dengan impian Pak Haji untuk membina rumah sedemikian.

"Iye nak, homestay itukan di kampung, mestilah temanya ada kena mengena dengan kampung. Barulah cantik ! ", kata Pak Haji sambil menunjukkan isyarat tangan thumbs up. Imran pula tersenyum.

Pada waktu ini, terdapat sebuah kereta Honda berwarna kelabu diparkir di bahu jalan. Di sana juga ada Imran, Pak Haji dan juga Kayla. Mereka sedang berdiri di hadapan sebuah kawasan yang lapang dan luas. Rumput-rumput hijau juga segar dipandang mata.

Di sebelah kawasan itu di bahagian kanan mereka ialah sebuah rumah kampung yang sederhana saiznya. Itulah rumah Pak Haji. Dia ingin membangunkan sebuah rumah tumpangan ataupun homestay untuk pendatang orang di sini. Oleh sebab itu dia sangat memerlukan perkhidmatan dari syarikat Imran.

Sedang Imran sibuk berbincang dengan Pak Haji, Kayla pula mula meramal anggaran besar mana rumah itu nanti. Dengan menggunakan kedua-dua mata dan ilmu, sekelip mata sahaja dia sudah membuat anggarannya.

'Luas betullah kawasan ni. Pandai Pak Haji pilih '.

Kayla meneliti sekali lagi pemandangan kawasan rumput hijau yang berlatar belakang sawah padi yang luas di sana. Hanya barisan tanaman bunga menjadi penghalang. Sungguh indah pemandangan sebegini. Sudah semestinya homestay ini bakal menjadi tarikan setiap pendatang di kampung ini.

Kayla masih lagi meneliti pemandangan tersebut sehingga tenggelam dalam lamunan. Alangkah indahnya ciptaan Allah ini. Direnungnya puas-puas sehingga tidak sedar ada seorang lelaki yang juga merenungnya di sebelah kanannya.

"Kamu ni betul-betul suka ke dengan tempat macam ni ? ", tegur Pak Haji, iaitu merupakan tuan punya tanah di kawasan ini.

Terangkat bahu Kayla dibuatnya. Pemandangan indah yang dilihatnya tadi kini bertukar menjadi wajah seorang lelaki 50-an. Dia memakai kopiah berwarna putih, baju t-shirt lusuh juga warnanya sama, memakai kain pelikat dan berselipar jepun berwarna coklat yang hampir terputus talinya.

"Err.. haah Pak Haji. Pemandangan kat sini memang sebiji dengan kampung nenek saya ", jawab Kayla tersipu malu. Dia tersengih lalu berpaling muka ke kiri kerana malu. Malu kerana apa entah.

550 TahunWhere stories live. Discover now