Episod 12

28 4 0
                                    

Kayla menekup muka dengan kedua-dua tangannya. Untuk menghalang Imran melihat wajahnya yang sembam itu. Padahal sudah terlambat kerana Imran lebih cepat daripadanya.

Imran sangat terkedu melihat wajah Kayla yang basah akibat linangan air mata. Imran sempat melihat mata dan pipi Kayla yang kemerahan dek perasaan sedih. Kini, Imran memberhentikan keretanya terlebih dahulu pada bahu jalan.

"Kk.. Kayla.... lagu tadi ke yang buat awak menangis ? ". Imran meneka barangkali itu punca Kayla bersedih. Dia baru sahaja cuba untuk menenangkannya.

Dengan muka masih ditutup dan tangisan yang tersedu-sedu, Kayla cuba menganggukkan kepalanya. Dia masih malu untuk menghadap Imran dengan wajah yang baginya hodoh saat ini.

Imran terpempan. Tiba-tiba dia menjadi lemah. Mula berasa bersalah melihat wajah serupa Mawar menangis kerana bersedih. Pasti ada kisah lama yang menerjah mindanya ketika mendengar lagu tadi.

Dengan sekuat usaha menggunakan jiwa lelaki melayu sejati, dia mengambil tiga helai tisu dari kotak tisu yang sudah lama disedia. Kemudian, dia menyerahkan tisu tersebut kepada Kayla.

"Saya takkan ketawakan muka awak Kayla. Nah, ambil tisu ni dulu.. ".

Perlahan-lahan Kayla mendongak kepala ke arah Imran. Dengan riak muka yang sukar ditafsirkan, Imran meneguk air liur dan kelihatan halkumnya bergerak.

"Maafkan dinda, kanda... Sebab tinggalkan kanda dulu... Sungguh, dinda sangat menyesal... ".

Terus sahaja kepala Imran berpusing memandang Kayla. Wajahnya sangat menunjukkan ketidakpercayaan. Matanya membulat dan terjegil. Membuat pandangan yang sukar dipercaya !

"Siapa kau ... ", tanya Imran dengan perlahan. Walaupun dia keliru, dia tetap cuba bertanya.

"Ini dinda, kanda... Mawar Kasuma binti Abdullah. Isterimu yang sah... ", jawab Kayla.

Kini, badan Imran automatik melekat pada dinding kereta. Matanya masih lagi terjegil. Memandang Kayla dari atas bawah. Riak muka Kayla menunjukkan tanda merayu memohon kemaafan. Kedua-dua tangannya pula diletakkan ke dada.

"M..Mm...M..Ma... Mawar... ? ", kata Imran dengan pandangan yang masih tidak percaya. Anak mata Kayla yang ditusuk oleh matanya direnung sedalam-dalam. Sungguh, dia tak percaya. Dia tak tipu ! Dia memang Melur !

Tanpa dipinta, Imran memegang pipi kiri Kayla.

🕰 ♦ 🕰 ♦ 🕰

Pada waktu malam yang bertemankan bulan dan bintang, Imran baru sahaja selesai menunaikan solat sunat selepas solat isyak. Dia kini duduk bersendirian di atas sebuah kerusi yang di hadapan meja, di dalam bilik peribadinya.

Imran menongkat dagu dengan tangan kiri. Di hadapannya sebuah tingkap yang membentangkan pemandangan langit malam. Tangan kanannya pula menggosok pipi kanan dengan perlahan. Agak kemerahan pipinya setelah apa yang terjadi pada tengahari tadi.

Imbas kembali...

Setelah Imran yakin yang dia ialah Mawar, Imran terus memegang pipi kirinya dengan lembut. Dia menyeka air matanya dengan menggunakan ibu jari. Kemudian, dia memejamkan mata dan berkata.

"Dinda... dinda tidak perlu bermaafan. Bukan salah dinda yang meninggal. Ini ketentuan Allah, dinda... Kanda tak pernah salahkan takdir ini... termasuk juga dinda.... ".

Imran pun menunduk kepalanya ke bawah. Terasa sebak di dada. Permata yang dirindui akhirnya muncul depan mata. Setelah beratus-ratus tahun menanggung rindu akhirnya dibalas juga dengan kemunculan Mawar dalam diri Kayla.

"Tetapi, kalau bukan peristiwa hari itu, tentu dinda tidak akan menyesali perbuatan dinda. Pertemuan terakhir kita sangat tragis bukan ? Ampunkan dinda kerana membuat kanda berasa bersalah. Sungguh, ini semua salah dinda. Terlalu mengikut kata hati, hingga memakan tempoh hubungan kita ", seraya itu air mata semakin mengalir. Umpama air terjun.

550 TahunWhere stories live. Discover now