Episod 31

38 5 0
                                    

" Amboi.... Sedapnya bau..... Kau masak apa Bang Imran ? ", kedengaran suara Pak Afi menerjah dapur.

" Cis ", Imran mencebik kerana Pak Afi masih berdegil ingin memanggilnya begitu.

Dengan perlahan dulang yang dibawa Imran diletakkan di atas meja.

" Wahhh, dah lama tak makan kuih ni ", segera Pak Afi mengambil tempat di tengah-tengah.

" Amboi amboi amboi.... Sedapnya duduk... Awak tolong saya bawa mangkuk kuah tu sekarang ", kedengaran suara arahan daripada Mak Nab yang sedang membawa mangkuk besar yang berisi pulut kuning.

" Eh eh Mak Nab, biar saya yang letakkan. Duduklah, dah tak ada apa yang nak diambil kan ? ", ujar Imran.

" Dah tak ada dahh ", balas Mak Nab sambil tersenyum.

Pak Afi pun berdiri mengambil mangkuk yang dimaksudkan.

" Wahhh mewahnya ! Ada kenduri ke ni, mak ? ", teruja Hadi melihat pelbagai makanan yang dihidang. Panas-panas pula tu.

" Tak lah, Hadi. Tengah buat tahlil untuk kau. Sebab jarang sangat balik jumpa mak ", Mak Nab menyakat.

Hadi membuka muka redha. Redha jelah dapat mak macam ni.

" Eh ni, mana anak-anak dengan bini kau ? ", soal pula Mak Nab.

" Ainina dengan cucu-cucu mak kat sini... ", suara lembut isteri Hadi kedengaran. Dua orang anaknya pun mengambil tempat di sebelah neneknya.

" Hai grandmother... ", sapa Asyraf dan Ayuni.

" Ehhh, apa panggil nenek macam tu ", tegur Hadi. Ainina telahpun mengambil tempat di sebelahnya.

Kedua-dua anaknya tersengih arnab.

" Hai nenek ! ", sapa mereka sekali lagi.

" Waalaikumsalam, cucu-cucuku ".

Asyraf dan Ayuni menahan malu. Sempat pula Hadi dan Ainina mentertawakan mereka.

Imran pula tersenyum melihat mereka. Jauh dari sudut hati, dia sangat rindu dengan bapaknya, adindanya, ayahnya dan ibunya semasa bermakan malam pada suatu masa dahulu. Hampir setiap hari mereka makan bersama-sama setiap pagi dan malam. Masih dia ingat lagi apa perkara yang selalu dibualkan Abdullah, iaitu ayahnya berkenaan kisahnya ketika bekerja. Bapaknya, Ismanto juga selalu menyampuk.

" Ai, termenung pasal siapa tu Bang Imran ooiii ", Pak Afi memotong line.

Imran sedikit terperanjat. Dah lama rupanya Hanafi ni sampai.

" Eh jap, mana adik kau, Hadi ? ", Pak Afi menyoal.

" Ermm, rasanya dia dah gerak dulu dari subuh. Ada hal mustahak lah tu ", Hadi menjawab. Kerana dia hanya sempat melihat kereta adiknya berlalu pergi semasa dia di jendela.

Pak Afi mengangguk.

" Hah Acap, baca doa.. ", arahnya pula.

Asyraf pun menurut tanpa mengeluh.

Seusai doa diaminkan, tiba-tiba Ayuni bertanya.

" Pak cik, kuih yang warna hijau namanya apa ? Tahi kambing ke ? ".

" Heh, apa cakap macam tu ", Mak Nab di sebelah menepuk bahu Ayuni. Buatnya budak itu terkedu sambil memandang Imran. Dengan rasa bersalah.

Imran yang memandang Ayuni tersenyum. Dia masih ingat lagi ketika dia pernah samakan kuih buatan Mawar dengan najis.






" Mawar, adakah itu najis kambing yang diwarnakan hijau ? ".

" Hoi ! ".

" Berani kau samakan makanan dengan najis! ".







550 TahunWhere stories live. Discover now