Episod 5

69 8 0
                                    

Di pagi yang cerah, Kayla kelihatan kelam-kabut memasukkan segala barangannya ke dalam kereta Myvi berwarna putih miliknya. Kemudian, dia tergesa-gesa pula mengunci pintu pagar lalu masuk ke dalam kereta dan mula menghidupkan enjin. Keretanya memang sudah diparking dari luar jadi, dia tidak perlu bersusah payah untuk mengeluarkannnya dahulu baru kunci pintu pagar.

Kayla kini bergerak ke destinasi yang dia ingin pergi. Jarak dari rumahnya dengan tempat tersebut sangatlah jauh. Jadi, sebab itu dia kelihatan kelam-kabut tadi.

Nasibnya menjadi malang apabila laluannya ke tempat tersebut sesak dan ramai kereta yang mengeluarkan bunyi hon mereka. Kayla menjadi tidak keruan kerana takut dia akan dimarah apabila lewat. Dia memang perlu cepat !

"Hishhh, memangnya kenapa sekarang baru nak sesak bagai. Kenapa tak sesak dari awal pagi terus !! " marah Kayla sendirian sambil menghentak-hentak stereng keretanya. Sekali-sekala terkeluar bunyi hon.

Lebih malangnya lagi apabila kemarahan Kayla langsung tidak menyedarkan kesesakan supaya berambus dari sini ! Sebaliknya, kesesakan itu umpama hendak menaikkan lagi amarah Kayla. Maka, kesesakan tersebut terus berlalu sehingga hampir 20 minit.

Pada ketika itu, lagu sedih yang dimainkan dari radio memang membuatkan Kayla tersangguk-sangguk untuk tidur. Lantas, apabila dia perasan kereta di hadapannya sudah mula bergerak, dia pun maju ke hadapan.

Dengan berkat sabar, akhirnya kesesakan pun beransur pergi. Kayla pun dapat memandu dengan sedikit tenang. Manakala separuh ketenangannya lagi diambil dari kerisauannya kerana lewat. Sudahlah hari ini hari pertama dia bekerja, tetapi sudah mencipta rekod buruk.

Semakin keretanya bergerak ke hadapan, semakin dia nampak punca segala kesesakan berlaku. Lalu, dia pun hanya beristighfar lalu dia membuka cermin tingkap dan menjerit, "Lain kali jangan bergaduh !!! Nanti jadi single macam aku !!! ".

Punyalah Kayla ingat ada kemalangan ke apa kat depan tadi. Rupa-rupanya ada sepasang kekasih yang rancak bergaduh kat tengah-tengah jalan. Entah apalah yang digaduhkan oleh mereka. Si perempuan salahkan lelaki, si lelaki salahkan perempuan. Masing-masing tidak mahu mengalah sehingga ada seseorang yang meleraikan pergaduhan mereka.

"Disebabkan diorang, orang lain yang terkena. Diorang ingat boss aku ni terima ke alasan ada pasangan kekasih bergaduh kat tengah jalan ? Kalau akulah yang duduk depan sekali, aku langgar je diorang tuh ! ".

Akan tetapi, masa sudahpun berlalu. Tidak ada gunanya Kayla nak marah-marah dan memaki-hamun lagi kepada pasangan tersebut. Tiba-tiba, melihatkan pasangan tadi, teringat pula kisah yang menyakitkan hatinya dahulu.

🕰 ♦ 🕰 ♦ 🕰

Akhirnya, setelah beberapa minit memandu, Kayla pun sampai ke tempat kerjanya. Oleh kerana dirinya telah lambat, Kayla terpaksa berpusing satu bangunan tempat kerja untuk mencari tempat parking.

8 minit kemudian dia pun sudah jumpa. Itupun belakang bangunan sebelah. Dia pun mengambil segala barangan iaitu kotak kerjanya dan beg tangan untuk keluar dari kereta. Selepas keretanya dikunci, dia pun berjalan dengan berhati-hati kerana selain membawa kotak yang berat, dia juga memakai skirt plesket labuh berwarna hitam dipadankan juga blaus putih dan tudung bawal berwarna peach.

Dalam perjalanan ke tempat kerja, tiba-tiba kasut tumit tingginya terpijak lubang kecil daripada jalan berturap menyebabkan dia hilang keseimbangan lalu jatuh ke belakang.

Nasib yang berpihak padanya apabila ada tangan yang memegang lengan bajunya bahagian kanan. Lalu, menariknya ke depan dengan perlahan.

Kayla yang bernasib baik itu segera menunduk hormat kepada orang yang menolong tadi. Kemudian, dia berterima kasih kepada orang tersebut dan memandangnya.

Kedua-duanya membuntang mata dengan luas. Umpama dah lama tak jumpa ! Adakah orang yang menolong dia adalah bekas kekasihnya ?

"Kayla ? " terbuntang mata lelaki itu.

Kayla terpaku. Dia kini dalam keadaan menunduk. Kedua-dua tangannya yang memegang kotak kerja semakin lemah. Entah kenapa sepertinya dia merasa ada perasaan lain yang wujud terhadap lelaki itu. Tetapi, yang pasti bukan perasaan cinta.

"Kayla, apa awak baik-baik saja ? " tanya lelaki itu tadi.

Kerana daya tahan otot kedua-dua lengannya lemah, kotak tersebut pun jatuh dengan kuat menghempas permukaan jalan.

GEDEBUK !!!!!

"EH, KAYLA !!! " jerit lelaki tadi apabila dia sendiri pun terkejut melihat kotak Kayla terjatuh. Dia pun segera menolong Kayla mengutip beberapa helaian kertas yang terjatuh dari kotak tersebut.

Selepas itu, lelaki itu pun memegang kotak Kayla. Manakala Kayla pula mula berdiri dan tertunduk malu. Sungguh dia sangat malu pada saat ini. Malu kerana memalukan diri sendiri. Apatah lagi malu di hadapan lelaki yang dia baru kenal semalam.

Lelaki itu mula menyedari kelakuan Kayla. Sungguh dia sangat berasa lega apabila dapat menolong Kayla dari terjatuh. Sekarang, dia cuba untuk menenangkan Kayla yang sepertinya berasa malu dengannya.

"Kayla, tak perlu berasa malu dengan saya. Jangan risau, pasal awak dah nak terjatuh tadi saya takkan cerita dekat sesiapa " kata lelaki itu dengan tenang. Manakala Kayla dengan perlahan-lahan memandang ke arah wajah lelaki itu. Sangat rupawan bagai lelaki sejati.

Kemudian, lelaki tersebut menyerahkan semula kotak itu kepada Kayla. Kayla pula mengambil dengan tangannya yang cuba menahan dari menggigil. Lalu, dia memberi senyuman yang ikhlas kepada lelaki itu.

"Terima kasih encik" kata Kayla dengan sopan.

"Sama-sama, lain kali saya nak report dekat JPJ sebab biarkan jalan berturap macam ni. Disebabkan jalan macam nilah kemalangan selalu berlaku " balas lelaki itu dengan tegas. Nada tegas ditekankan kepada jalan yang berlubang kecil.

Kayla pula membesarkan matanya. Sungguh prihatin lelaki ini terhadap persekitaran. Kan bagus kalau ada 10 orang di Malaysia yang bersifat seperti lelaki itu. Cakap pasal kemalangan, tiba-tiba dia teringat peristiwa tadi.

"Daripada encik nak report pasal jalan berlubang ni, baik report pasal kesesakan lalu lintas " kata Kayla yang sepertinya ingin berbual dengan lelaki itu.

"Kesesakan ? Rasanya benda tu dari dulu lagi tak dapat dibendung. Kenapa ? Awak terjebak dalam benda tu ke ?".

Kayla yang ditanya mula tersengih sendiri. Dia sudah lupa bahawa dia perlu ke kerja. Sebaliknya, dia meneruskan perbualan.

"Haah encik. Tadikan.... masa on the way nak ke kerja, tiba-tiba ada jammed. Punyalah saya fikir ada kemalangan ke, ada polis ke apa.....Rupa-rupanya...." Kayla sengaja menggantungkan ayat.

"Rupa-rupanya ???"

"Ada pasangan kekasih bergaduh. Punyalah lama. 20 minit tu ! " balas Kayla dengan penuh rancak.

"Dekat jalan mana ya ?? " tanya lelaki itu.

"Rasanya Jalan Tun Razak kat Ampang. Yang simpang nak belok kiri tu jalan nak pergi Intermark Mall " jawab Kayla dengan jelas.

"Oh, jalan tu ke ? Saya pun lalu kat situ jugak ".

"Oh, jadi encik pun terjebak sama dalam kesesakan ni ? " tanya Kayla dengan serius.

"Haah, saya ada kat barisan kedua ".

Mata Kayla membesar dan berkata, "Encik nampak tak siapa yang leraikan pergaduhan pasangan tu ? Sebab masa lalu tadi macam ada sebuah lagi kereta kat tepi jalan. Rasanya macam dia tadi yang tolong ".

"Ooohh... yang tu " balas lelaki itu.

Kayla mula berasa saspens, "Encik.... tahu ke ? ".

Lelaki itu membalas dengan ringkas, "Saya sendiri ".

Mata Kayla semakin terbuntang luas, "Encik Faiq sendiri ????? ".

550 TahunWhere stories live. Discover now