Episod 60 - H

23 2 0
                                    

Hazril berjalan-jalan di halaman istana dengan hati yang tidak puas. Walaupun angin bertiup sepoi-sepoi, dia masih berasa marah. Apatah lagi Indra sudah mula menunjukkan belang.

"Nampaknya kau juga sudah mula menunjukkan kuku " ujarnya sendirian.

Kemudian, datangnya seorang lelaki berjalan di sisi Hazril. Hazril pun menoleh.

"Oh Khun Khem, ada apa yang kau hendak bicarakan? " soal Hazril kepada lelaki itu.

Lelaki itu merupakan antara wakil dari Siam yang membekalkan kayu jati di Melaka. Namanya Khemkaeng atau dikenali sebagai Khun Khem, antara orang kepercayaan raja di kerajaannya sendiri.

Khun Khem tersenyum, seperti melihat sesuatu yang baru.

"Siapakah gadis kecil molek yang kau berjumpa dengannya sebentar tadi? ".

Kening Hazril sedikit ternaik.

"Mengapa? Adakah kau tertarik dengannya? ".

Bersungguh Khun Khem mengangguk.

Hazril tersenyum sinis.

"Hmm, gadis kecil itu namanya Mawar. Usianya lebih muda daripada kita. Kalau kau mahu tahu, kulitnya mulus. Seputih salju ".

Tersenyum senget Khun Khem dibuatnya.

"Lagi, apa lagi yang kau tahu tentangnya? ".

"Keturunannya dikatakan berasal dari China. Sebab itu wajahnya bersinar-sinar" bohong Hazril. Walhal dia ingin mengambil kesempatan.

"Lagi? Adakah dia berbakat? ".

"Oh, itu sudah tentu ! Dia pandai memasak dan melukis. Suatu ketika dahulu, aku pernah melihat lukisannya. Sungguh cantik seperti gambaran sebenar ! " katanya lagi dengan mata yang bersinar. Ingin meyakinkan Khun Khem.

Khun Khem pun mengangguk-angguk mendengar perihal Mawar. Dia juga membayangkan betapa jelitanya wanita itu jika dipakaikan dengan pakaian tradisinya, chakkri atau chut thai.

"Tapi, dia sudah bernikah. Dengan tabib Indra" tambah Hazril lagi seraya tersenyum.

Namun Khun Khem hanya ketawa kecil.

"Kenapa kau kenapa? Seharusnya kau berasa kecewa" Hazril kehairanan.

"Itu adalah mudah bagiku.. ".

Hazril menunjukkan mimik muka yang begitu kagum. Dia faham apa yang dimaksudkan lelaki Siam ini.

"Jadi, adakah kau perlukan bantuanku? " soal Hazril.

⏳ 🔸 ⏳ 🔸 ⏳

Tatkala matahari masih berdiri pada waktu petang, lima orang wanita sedang bergebang di tepi pantai. Mereka duduk bertepian pantai di atas batu-batu yang besar.

"Apa kalian tahu, pasal Mak Temah yang jual lepat pisang? " soal Cempaka kepada rakan-rakannya.

"Tidak tahu, mengapa? " Ratna menyahut.

"Begini, hari itu aku dengar dia terjumpa mutiara ! ".

"Mutiara? Di mana dia jumpa? " soal Kasturi yang ingin tahu.

"Di sungai ! Berdekatan dengan kampung kita ! " bukan kepalang Cempaka berseloroh.

"Lalu, Mak Temah jadi kayakah? " soal pula Seroja.

"Tidak".

Kelima-lima wanita itu pun terdiam.

"Kenapa pula tidak kaya? Mutiara kan mahal nilainya ! " celah Mawar pula.

550 TahunWhere stories live. Discover now