Episod 10 - H

35 4 0
                                    

Lelaki tersebut merupakan orang Melayu. Rambut paras bahu, kain berwarna biru tua dililit di kepala, berkulit sawo matang dan hanya ada misai yang nipis.

Selain itu, dia memakai pakaian yang tidak berlengan warna biru cerah dan bajunya terbelah menampakkan badannya di tengah, dan berseluar panjang biru gelap, ada kain pelikat yang diikat di pinggang. Dia juga memakai capal berwarna coklat.

Indra terkaku memandang lelaki yang disebelahnya pula. Dia sangat kenal lelaki itu.

"B..bapak ??? "

Dengan selamba sahaja Indra menjatuhkan bungkusan tersebut lalu terus sahaja memeluk bapaknya. Bapaknya pula membalas pelukan Indra.

"Kemana kau pergi bapak... aku sangat takut tadi ! ", Indra menguatkan pelukannya seraya itu hampir terkeluar air matanya.

"Bapak juga risaukan kau Indra. Usah takut. Mujur bapak jumpa kamu ", Ismanto pun membalas.

"AYAH !!! ", tiba-tiba Mawar pula yang menjerit. Dia terpaksa mengesot badannya dek kaki masih terseliuh. Lelaki Melayu tadi ataupun ayahnya segera mendapatkan Mawar. Mereka turut berpelukan.

"Ayah, maafkan Mawar, ayah. Maafkan Mawar kerana tidak mengikut pesan ayah ", kata Mawar sambil menangis teresak-esak. Dia sungguh merindukan orang tuanya setelah beberapa hari terpisah.

"Ayah maafkan kau, Mawar. Jadikan ini sebagai pengajaran buatmu. Mujur sahaja ayah jumpa lelaki itu ".

Imbas kembali......

Semasa pertembungan di pasar tadi, Ismanto pun terpisah daripada dua orang kanak-kanak. Kepalanya melilau kiri kanan untuk mencari kelibat mereka. Malangnya, hampa kerana pusuan orang telah menghalangnya untuk mencari sebarang petunjuk.

Ismanto kini terpaksa keluar dari pusuan orang di pasar itu. Dia berpusing ke belakang dan terpaksa menyelit di celah orang ramai. Nasib sahaja badan Ismanto itu menyukarkan dia dari dilanggar orang. Sungguh, ruang pasar ini sangatlah terhad. Nampaknya, pasar ini perlu dibesarkan lagi.

Tatkala Ismanto sudahpun berada di suatu gerai, dia dilanggar seseorang. Orang itu yang sedang memegang sehelai kertas terlepas daripada pegangannya. Ismanto yang terperasan segera menangkap kertas itu. Alangkah terkejutnya dia melihat sesuatu di kertas tersebut.

Lelaki yang dilanggar bahunya itu mengaduh sakit. Lantas, dia melihat siapa gerangan yang melanggarnya tadi. Dia pun ternampaklah riak muka Ismanto dibelakangnya. Mukanya sangat terkejut memandang sesuatu lukisan. Ya, ada sebuah lukisan di atas kertas itu.

Lelaki itu membatalkan sahaja niat untuk marah. Kemudian, dia bertanya.

"Apa tuan hamba kenal seorang kanak-kanak dalam lukisan itu ? ".

Ismanto memandang ke arah lelaki itu perlahan-lahan. Tangannya masih memegang kertas itu.

"Syukur kepada Allah kerana aku terlanggar kau tadi... ".

Dahi lelaki itu berkerut, "Apa maksud tuan hamba ? ".

"Adakah nama kau Abdullah ? ", soal Ismanto.

"Ya, hamba Abdullah. Bagaimana tuan hamba mengenali namaku ? ".

"Kerana kaulah ayah kepada Mawar, bukan ? ".

Terjegil mata lelaki itu dibuatnya. Halkumnya bergerak sedikit ke kiri kanan.

Imbas kembali tamat.....

"Jadi itulah bagaimana ayah menjumpai kau . Kalau bukan kerana Ismanto, mungkin lama lagi ayah pertemukan kau. Syukur Alhamdulilah ", seraya itu Abdullah mengangkat kedua-dua tangannya.

550 TahunWhere stories live. Discover now