Episod 35

30 5 0
                                    

" Omaigad, Tuan Imran ?! ", Kayla menekup mulut kerana terlalu terkejut. Apa dia buat kat sini ?

Kereta Honda itu pun berundur semula ke belakang. Setelah dimatikan enjin, keluarlah Imran dari keretanya untuk melihat kondisi Hazarol. Lelaki itu kini terbaring hanya dua meter.

Alang-alang pintu kereta Hazarol ternganga kerana hampir tercabut, Kayla pun mengambil kesempatan untuk keluar seperti lipas kudung. Dia juga pergi melihat Hazarol.

" Hidup lagi ke, Imran ? ", soalnya dengan hati yang berdebar kencang.

Imran tertoleh ke arah Kayla seketika sebelum meneliti Hazarol dengan jarak yang lebih dekat.

" Hidup lagi ni ", jawab Imran dengan ringkas dan padat.

" Tapi kuat kot awak langgar ! Sampai dah nak tercabut pintu dia! ".

Imran pun memusingkan badan untuk melihat kereta Hazarol pula. Nampaknya memang hampir tercabut pun. Kalau digerakkan sedikit mungkin boleh terpisah terus dari badan kereta.

" Takpe, sebenarnya tak kuat mana pun saya langgar. Kereta saya yang terlebih langgar sampai terlanggar pintu. Nanti pandai-pandai lah dia minta orang baikikan ", balas Imran dengan muka yang mendatar dan tenang.

Kayla pun perlahan-lahan mengangguk. Sudahlah tadi dia buntu, kemudian marah dan sekarang gelisah pula.

" Imran ", panggil Kayla perlahan.

Imran pun menoleh dengan kening yang terangkat.

" Terima kasih sebab sudi tolong. Kalau awak tak ada tak tahulah ke mana dia nak bawak saya tadi. Thank you so much ya ! ".

Imran tersenyum nipis.

" Most welcome. Tadi pun kebetulan saya keluar. Dan masa on the way balik dari sana, ternampak pula Hazarol. Tiba-tiba pula, mata tertangkap awak dalam kereta dia. Saya pun, langgar ajelah. Tak perlu turun dan bertumbuk ", balasnya dengan riak wajah yang selamba.

Mata Kayla terjegil. Macam tu pun boleh ?

" Tapi, bukan awak ada meeting ke tadi ? ".

" Faiq kan ade.. Dia tu boleh jadi klon saya ", Imran tersenyum bangga.

' Pergh, mentang-mentanglah boss ', kata Kayla dalam hati.

Imran sememangnya berasa tertekan pagi tadi. Kerana dia mendengar khabar daripada pembantu peribadinya dari IJO Shokuji yang mana Young Woo hendak mencuba lagi menjual restoran itu. Katanya Young Woo hendak menjual kepada kumpulan kongsi gelap. Imran pun apa lagi, dia segera ke sana untuk ' mengajar ' keturunan abang angkatnya cukup-cukup. Dan sekarang Imran sudah pulih daripada rasa tertekannya.

" Ermmmm.. Macam mana dengan babun ni, Imran ? ", soal Kayla sambil memandang Hazarol yang terkulai di situ.

" Dia okey je ni. Lagipun, lutut kiri je yang terhentak tadi. Awak tak payahlah risaulah ".

Kayla menjongketkan kening. Betul ke ni ? Kayla ni walaupun dia bencikan Hazarol sama tahap dengan syaitan, akan tetapi dia masih bersikap perikemanusiaan.

Imran pun menarik tangan Hazarol untuk memapahnya. Dia memapah lelaki itu sampai ke keretanya. Setelah Hazarol telah didudukkan, Imran menyingsing seluar slack lelaki itu.

" Alamak, nampaknya tepi lututnya berdarah. Kayla, boleh awak ambilkan med kit dalam kereta saya kat tempat duduk belakang ? ".

" Oh, boleh-boleh ", segera Kayla berlari ke sana. Tidak sampai enam saat, dia pun kembali.

" Thanks ", kata Imran sambil tersenyum.

Kayla pun membalasnya dengan senyuman. Tiba-tiba, dia tidak tahulah mengapa melihatkan Imran tersenyum tadi mengingatkan dia kepada orang itu.

550 TahunWhere stories live. Discover now