Episod 29

22 4 0
                                    

PANGG !!!!!

Sebuah penampar hebat dihadiahkan kepada Faiq. Tertunduk lelaki yang setinggi 180 cm itu.

" Kenapa kau lambat datang ? Tak pasal-pasal lelaki tu dah seronok hina dia tadi ! ".

" Ma... maaf, Tuan. Masa otw follow dia tadi, minyak kereta saya dah habis. Jadi, saya pergi Petranas dulu ".

" Hish, apesal tak isi awal-awal ? ".

" Lupa ", Faiq tersengih.

Imran meluku kepala Faiq dengan kasar.

Terus sahaja Imran keluar dari bilik yang malap itu dengan kekecewaan. Hadi di sebelah Imran datang mendekati.

" Kau dah buat yang terbaik. Don't worry ".

Faiq tersenyum pahit dan mengangguk.

🕰 ♦ 🕰 ♦ 🕰

Kayla termenung. Termenung memandang kucing peliharaannya, Melly. Si kucing betina yang merupakan sejenis kucing Parsi. Bulunya gebu dan berwarna putih suci. Seperti warna kegemarannya.

Kayla merenung pula anak mata Melly yang berwarna biru langit itu. Dirinya masih terpesona dengan keindahan ciptaan Allah yang satu ini. Walaupun, sudah lebih seratus kali dia menatapnya, dia tetap tidak pernah jemu.

Kucing itu adalah pemberian daripada arwah ayahnya semasa Kayla berumur 17 tahun. Hadiah hari jadinya. Waktu itu Melly masih satu bulan. Kata ayahnya, dia terjumpa anak kucing di longkang. Dia pun ambil untuk dibawa.

Bila teringat yang pada hari itu hari ulang tahun Kayla, dia pun beri sahajalah kucing itu. Walaupun masa diberi anak kucing itu kotor dan busuk. Haruman bau longkang.

Tapi Kayla tidak kisah. Apa-apa sahaja yang diberi ayahnya dia tidak akan menolak. Dan kini Melly sudah berusia tujuh tahun. Dah besar panjang dah beliau.

" Melly, nak buat apa ye hari ni ? ", tanya Kayla sambil menggosok dagu Melly.

" Meow (manalah aku tahu) ", balas Melly sambil menguap.

Kayla menutup hidung. Bukan main kuat bau mulut kucing tu.

Kayla mencebik. Tiba-tiba, dia terdengar bunyi telefonnya. Ni tak lain tak bukan si Hazarol.

" Eh jap, bukan ke aku dah block nombor dia ? ", dengan segera Kayla memeriksa telefonnya.

" Lahh, Tuan Imran rupanya ", lega hati Kayla.

Tuan Imran

Esok jangan datang kerja

Datang lusa nanti

" Wait, what??? Boss aku ni dah kenapa? Hari tu bagi balik awal. Ni bagi cuti pulak. Entah-entah lepas ni bagi berhenti pulak ! ".

" Melly, what the hell of this ? ".

" Meow meow (manalah aku tahu, aku kan kucing) ".

" Ko ni kan, aku bagi Royal Conon kat itik karang baru tau ! ".

🕰 ♦ 🕰 ♦ 🕰

" KAU TIPU!!! ", jerkah Hazarol sambil menghentak kuat meja kaunter.

" B.. Betul e.. en.. encik. K.. Kay... Kayla tt.. ttakk d.. da.. tt.. tang h.. harr.. ri ni ! ", tergagap-gagap Nisa membalas. Dia bersandar pada dinding dan memeluk tubuh.

" AKU TAHU DIA MESTI MENYOROK KAT SINI !!! ", Hazarol mengherdik lagi. Sampai terangkat bahu Nisa.

Laju-laju Nisa menggeleng kepala.

550 TahunWhere stories live. Discover now