Episod 62 - H

42 0 0
                                    

Keesokan hari, Indra begitu terkejut apabila mendapati keadaan rumahnya yang berselerak. Perabot tunggang langgang, pasu bunga pun ada yang pecah. Dan yang paling membuatkan darah Indra berderau adalah kesan darah di hadapan kamarnya. Wajah Mawar segera menjelma.

"Dinda!!!! ".

Indra pun melilau di dalam bilik. Bayang isteri langsung tidak kelihatan. Biliknya juga bersepah. Seperti ada pergelutan yang berlaku.

"Dinda ?! " Indra mencari lagi di setiap bilik. Dapur juga diperiksa di segenap ruang. Di mana-mana pun dicari sana-sini. Namun, batang hidung pun masih tidak ditemui. Jantung Indra berdetak kencang.

"Mungkin dia ada di luar ! " kata Indra lagi lalu mengorak langkah ke luar rumah.

Apabila dia sampai di anjung rumah, terlihat Udin terpacak bersama kuda di hadapannya rumahnya. Namun, apa yang paling ketara adalah wajah Udin yang menunjukkan rasa geram.

Indra pun memberanikan diri untuk tegur.

"Assalamualaikum, Udin? Apa kau tahu di mana keberadaan isteriku ? ".

Udin pun hanya memandang wajahnya dengan amarah yang sedaya upaya ditahan-tahan.

"Waalaikumussalam. Kau ikut aku sekarang".

Tanpa mendengar pertanyaan Indra, Udin pun naik kudanya semula. Indra pula pula segera menutup pintu dan mendapatkan kudanya. Dia terkebil-kebil melihat perubahan Udin. Akan tetapi, kerisauannya terhadap Mawar masih membara di dada.

⏳ 🔸 ⏳ 🔸 ⏳

Tirai bilik laju dibuka. Rupa-rupanya Mawar bersembunyi di dalam rumah Kak Tipah. Dia menangis teresak-esak dengan selimut yang menutup dirinya. Kak Tipah berada di sebelah menenangkan Mawar.

Dia bangun mendekati Indra dengan wajah yang lega.

"Nasib baiklah kau pulang. Sudah berapa lama kami menanti kepulanganmu, Indra. Risau Kak Tipah dibuatnya ! " ujarnya seraya mengurut dada.

Indra pun mulalah berasa bersalah. Udin di belakang sekadar menjelingnya.

"Maafkan saya, kak. Saya tertidur di kamar dalam istana. Letih sangat menguruskan orang-orang sakit. Sampai terjaga subuh tadi ".

Kak Tipah pun mengangguk-angguk.

"Yelah, akak faham. Pergi pujuk isteri kau, Indra. Dari tadi dia tak mahu makan".

Indra pun dengan pantas duduk di sebelah Mawar lalu mendakapnya dengan erat. Mawar pun memeluknya kuat dengan linangan air mata yang mencurah-curah. Matanya dari semalam tidak henti-henti mengalir.

"Maafkan kanda, dinda... Maafkan kanda.. Maafkan kanda... Kanda tidak sempat selamatkan dinda.... Maafkan kanda kerana terlalu sibuk.. " ucap Indra seraya menahan tangisan. Dia mengusap badan Mawar dengan selembut-lembutnya.

Mawar yang masih menangis, cuba untuk menjawab.

"Dinda sudah dinodai.. Maruah dinda sudah tergadai... Dinda sudah koto---".

"Shhhhh..." celah Indra yang hendak menenangkan hati isteri.

"Dinda jangan cakap begitu. Dinda masih suci di hati kanda. Jangan berkata demikian... ".

Dalam hati, Indra tertanya-tanya apa yang terjadi sampai Mawar menjadi ketakutan sebegini.

Dia pun meleraikan pelukan dan mengusap-usap tangannya untuk dihangatkan. Kemudian, dia menoleh semula ke arah Kak Tipah.

"Kak, boleh akak ceritakan apa yang terjadi? ".

"Sebenarnya begini, ada lelaki Siam yang datang nak goda isteri kamu. Mawar pun apa lagi, dia lawanlah. Tapi, baru sahaja membuka pintu, lelaki itu tarik dan... cuba memperkosa Mawar ".

550 TahunWhere stories live. Discover now