Episod 6

58 4 0
                                    

"Biar betik..... macam mana Encik Faiq hentikan pergaduhan diorang ?" tanya Kayla kehairanan.

Lelaki tadi atau namanya Faiq mengangguk dengan perlahan dan mengangkat bahu.

"Mesti susahkan nak leraikan diorang ? " tanya Kayla lagi

"Ye Kayla. Sampai dua-dua marah kat saya sebab masuk campur ", kata Faiq lalu melihat jam tangannya. Ternyata dah masuk pukul 10 pagi.

"Eh Kayla, daripada kita berbual panjang ni, lebih baik kita masuk kerja sekarang. Lagipun, awak lupa ke hari ni first time awak kerja ? Kang tak pasal-pasal kena marah dengan Encik Imran ", kata Faiq lagi.

Kayla yang terleka telah kembali ke alam realiti. Seronok dapat berbual sekejap tanpa menyedari dia juga sudah terlambat. Dahlah bersiap lambat, jalan sesak dan kemudian, sempat lagi dia berbual dengan dengan rakan kerja baharunya.

"Eh, haahlah ! Jom pergi sekarang !", tanpa menunggu, Kayla terus sahaja pergi dalam keadaan tergopoh-gapah. Faiq hanya menggeleng perlahan lalu mengikuti Kayla dari belakang.

Setelah beberapa meter berjalan, akhirnya mereka pun masuk ke dalam tempat kerja. Itu pun lalu dari belakang bangunan. Benda pertama yang mereka lihat adalah tandas. Sebelah kiri tandas lelaki, manakala di sebelah kanan pula tandas perempuan.

Kayla dan Faiq sama-sama menaiki tangga pada bahagian kanan di sebelah tandas perempuan. Bangunan The Im's Dream Holding tidak menggunakan lif pada bahagian belakang, hanya tangga sahaja yang digunakan. Mereka bersama-sama menuju ke tingkat kedua puluh iaitu di mana terletaknya bilik Imran.

Hari ini tugas Kayla yang pertama adalah menghadiri perbincangan bersama dengan Imran dan Faiq. Kenapa Faiq? Hal ini kerana Faiq merupakan pembantu Imran yang diperkenalkan oleh kerani Imran semalam. Faiqlah antara pekerja yang tersibuk menguruskan segala hal ehwal berkaitan syarikat ini bersama Imran.

Sesampainya mereka di tingkat dua, Kayla terlebih dahulu meletakkan segala barangannya di dalam bilik yang khas bagi arkitek. Manakala Faiq pula terus sahaja pergi ke bilik Imran untuk perbincangan.

🕰 ♦ 🕰 ♦ 🕰

Imran sedang khusyuk menulis sesuatu tentang rancangannya untuk mendekati Kayla. Dia menyenaraikan segala rancangannya di dalam jurnalnya satu persatu. Dia kini berfikir apakah perkara yang paling sesuai dibuat sebagai senarai yang ke-57. Ketika ilham mula munculkan diri, tiba-tiba pintu biliknya diketuk kuat.

TOK TOK !!! TOK TOK !!!

"Arghhhhh ilham aku ! Kenapalah masa macam ni tiba-tiba ada gangguan ? Punyalah otak aku struggle fikir pasal ni !" marah Imran dengan sederhana kuat kerana takut didengari.

"Masuklah pintu tu tak kunci pun !!!!" jerit Imran dengan separuh kuat sebagai tanda lepaskan kemarahan. Kemudian, muncullah seorang lelaki dalam lingkungan 30-an yang memakai kot biru beserta seluar, tali leher berbelang biru hitam, kasut kulit hitam, baju kemeja tak payah ceritalah....

"Apahal sekarang baru nak datang ? Gaduh dengan bini ke ape ni ? ", marah Imran lagi. Dia sememangnya tidak suka kalau pekerja-pekerjanya datang lambat tanpa sebab. Lebih sahaja dari tiga kali terus kena pecat.

"Maafkan saya Tuan Imran, jalan kat Ampang sesak tadi " kata Faiq sambil kepala tunduk ke bawah, tangan di sisi. Untuk kali ini, sudah dua kali dia datang lambat. Lepas sahaja tiga kali, tentu dipecat terus.

Imran hanya mengeluh sambil tangan bersilang di dada. "Lain kali jadilah macam aku sikit, datang pukul lapan...".

"Insyaallah Tuan..." balas si Faiq.

"Arkitek baharu kita tu dah sampai ke belum ? " tanya Imran.

Belum sempat Faiq menjawab, tiba-tiba pintu bilik Imran dirempuh kuat oleh seorang perempuan. Sampai jatuh terduduk dibuatnya. Manakala Imran dan Faiq hampir-hampir sahaja ingin melompat. Ingatkan binatang manalah tadi yang merempuh. Rupa-rupanya Kayla.

550 TahunWhere stories live. Discover now