Episod 72 - H

16 0 0
                                    

SEPERTI biasa Indra sentiasa berniaga di hari minggu. Pada masa itu, Mak Temah datang ke gerainya untuk menerima rawatan. Katanya sakit kepala.

"Nanti Mak Temah sapu minyak biji jintan hitam ini di dahi, belakang telinga dan bahagian belakang leher. In sha Allah, pulihlah masalah sakit itu. Nah, di dalam bekas kecil ini ada minyak yang saya maksudkan. Hati-hati bila bawa ya? ".

"Terima kasih, berapa bayarannya? ".

"Seikhlas hati, Mak Temah ".

Selepas beberapa keping syiling perak diberi, Mak Temah pun beredar.

Kemudian, datangnya seorang gadis yang berpakaian seperti dayang istana.

"Eh, kamu ni Indah kan? ".

Indah mengangguk lalu tersenyum. Gadis kecil itu berdiri di hadapan gerai Indra.

"Hari ini saya sakit. Bolehkah saya mahu dapatkan madu daripada tuan? ".

"Tak usahlah panggil tuan. Panggil Indra sahaja. Terima kasihlah tolong saya dari tuduhan itu".

"Tak mengapa Indra. Saya ikhlas menolong".

"Ini bekas kaca ini dalamnya ada madu. Kecil sahaja bekas ini tetapi kalau selalu makan, In sha Allah pulih kembali".

"Terima kasih Indra. Nah, 10 keping syiling emas saya bagi".

"Alhamdulillah, saya jual ya? ".

"Saya beli" balas Indah seraya tersenyum.

Selepas Indah berlalu pergi, Pak Tan pula yang ke mari.

"Assalamualaikum, aiyaa sibuk nampak".

"Waalaikumussalam, baru 15 orang yang mahu dirawat".

Alangkah terperanjatnya Pak Tan. Gaya percakapan seperti baru seorang pesakit yang ke mari. Tidak lama itu, Pak Tan bertanyakan tentang perkembangan Indra yang sedang belajar membuat teh hijau.

"Haihhh.. Sudah 10 kali saya buat Pak Tan. Malangnya tidak sama seperti Pak Tan " Indra mengeluh.

"Apa yang tidak samanya? " Pak Tan kehairanan.

"Sekejap rasa pahit, sekejap rasa masam, sekejap rasa masin, sekejapnya pula rasa kelat. Paling tidak pun rasa tawar sahaja yang mampu setakat ini ".

Pak Tan pun ketawa mengekek.

"Teruskan belajar Indra. Lagipun senang sahaja untuk membuatnya. Tentu kau ada termasukkan bahan herba kau ".

Indra pun menggaru kepala. Mungkin betul kata Pak Tan.

"Gadis kecil yang baru pergi tadi itu siapa, Indra? " soal Pak Tan yang ingin menukar tajuk.

"Itu orang yang nak dirawatlah Pak Tan. Indah namanya. Dia tu dayang istana. Orang yang tolong saya tu lah ".

"Oh Indah. Nama seindah rupa. Budi pekertinya elok seperti bidadari " puji Pak Tan.

"Amboi Pak Tan. Bukan kepalanya memberi pujian " balas Indra yang senyum mengejek.

"Pak Tan sepertinya pernah melihat Indah. Kalau tidak salah, dia pernah tolong Pak Tan itu hari".

"Tolong apa, Pak Tan? " Indra ingin tahu.

"Dia tolong Pak Tan dari terjatuh dari itu gaung. Indah itu baik budaknya. Senang hati Pak Tan kenal itu hati budinya ".

⏳ 🔸 ⏳ 🔸 ⏳

SETELAH tamat masa berniaga, Indra pun pulang semula ke rumahnya. Disuruh kudanya untuk mempercepatkan langkah. Kerana hati melonjak-lonjak tidak sabar berjumpa dengan isteri.

550 TahunWhere stories live. Discover now