Episod 52 - H

27 2 0
                                    

Pada waktu Asar yang begitu karar, Indra baru sahaja menapakkan kaki kanan di atas tangga pertama. Dipandangnya kiri kanan, mencari di mana isterinya berada. Namun hampa kerana isterinya mungkin berada dalam rumah. Barangkali sedang melakukan kerja-kerja rumah.

" Assalamualaikum dinda, kanda pulang ni ! ".

" Waalaikumsalam ! ", kedengaran suara Mawar menyahut dari dalam rumah.

Tiba-tiba, Indra terdengar bunyi dentuman guruh. Segera dia mendongak. Nampaknya hujan bakal turun.

Tanpa berfikir panjang, tempayan besar di sebelah tangga dicurahkan ke rumput yang hijau segar. Maka, berebut-rebutlah air tempayan keluar dari tempat kurungan memandikan rumput-rumput itu.

" Rasanya tidak apa aku membuang sahaja air dalam tempayan ini. Lagipun, hujan lebat akan turun. Pasti air yang ditadah nanti lebih banyak daripada sebelumnya ", kata Indra dengan senang hati.

" Eh, kenapa kanda buang air tempayan ??? ", pantas sahaja Mawar turun ke tanah. Membulat matanya melihatkan semua bekalan air habis dicurah Indra.

" Dinda, hujan kan mahu turun. Kanda rasa macam rugi sahaja jika tidak mendapat air yang baru ", balas Indra.

Terus sahaja Mawar mendongak ke langit. Hampir terkeluar biji matanya apabila langit yang mendung tadi sudah cerah semula. Segera dia memandang Indra dengan pandangan tajam.

" Kanda ni, macam anjing dengan bayang-bayang. Kan air yang disedia ada masih boleh digunakan lagi ! Mengapa harus menadah yang baru ? ".

Alangkah jahilnya Indra saat ini. Dahi yang licin ditepuknya kuat. Aduh, bodohnya seorang Indra Sujiwa !

" Astaghfirullah, maafkan kanda, dinda. Kanda terlupa terkadang dentuman guruh bukan bermakna hujan akan turun. Ahh, ini semua salah kanda ! Maafkan kanda kerana tidak berfikir sebelum membuat ! ", pinta Indra dengan rasa bersalah yang teramat.

Mawar menggeleng kepala.

" Kanda, dinda tidak begitu peduli pun dengan air tempayan itu. Kerana dinda tidak selalu gunakannya. Tapi yang guna tu kanda ! Sekiranya air tempayan itu tiada, bagaimana kanda mahu membasuh kaki sebelum menjejaki kaki ke dalam rumah ? ".

Kini, Indra menggaru-garu kepalanya pula.

" Aduh, singkatnya pemikiran kanda ".

" Inilah namanya 'mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan '. Kan sia-sia itu namanya. Sia-sia sahaja kanda membuang semua air tu, malah hujan tidak jadi turun pula ".

" Habis tu, mahu buat apa ? ", soal Indra yang sudah tidak tahu hendak buat apa.

" Buat apa lagi, tunggulah sampai hujan turun. Sudahlah kanda, mari naik ke atas. Dinda sudah siapkan makanan. Marilah ", Mawar menghulurkan tangan kanannya.

" Baiklah dinda, kanda janji tidak akan lakukan lagi ", Indra pun mengambut tangan isterinya. Hatta, mereka pun sama-sama masuk ke dalam rumah yang serba sederhana.

⏳ 🔸 ⏳ 🔸 ⏳

" Nah, makanlah kanda. Dinda sudah buatkan asam pedas untuk kanda. Makanlah ", ujar Mawar seraya menghulur semangkuk kuah itu ke hadapan suaminya.

" Wahhh, nampak lazat ni. Kecur liur kanda dibuatnya ", Indra tersengih. Dia pun mencuci tangan ke dalam sebuah mangkuk.

Usai membaca doa, Indra pun merasai hidangan daripada air tangan isterinya. Buat seketika, dia memejamkan mata.

" Sungguh, masakan ini amatlah enak ! Masakan dari istana pun alahlah dengan dinda ! Kalau hari-hari kanda makan, boleh berisi badan kanda nanti ! ", puji yang melambung tinggi dan bertubi-tubi Indra memberi kepada isterinya.

550 TahunWhere stories live. Discover now