Episod 9 - H

40 4 0
                                    

Indra berpatah balik semula apabila mendengar sesuatu yang jatuh. Alangkah terkejutnya dia melihat Mawar jatuh ke tanah dan dia memanggil Mawar. Dia juga turut terkejut melihat bungkusan nasi lemak Mawar habis tumpah dan sudahpun terkena basahan air hujan.

"Mawar.... ayuh. Bangun pelan-pelan....", kata Indra sambil membantu Mawar berdiri semula. Alangkah terkejutnya dia sekali lagi apabila Mawar tiada kudrat untuk berjalan normal.

"Arghhhh kaki kanan aku ! " jerit Mawar kesakitan. Indra lekas memapah Mawar di sebelah kirinya.

"Nampaknya kaki kanan kau terseliuh, Mawar. Sebentar, cuba kau menahan dahulu ".

Indra mengambil daun pokok pisang yang agak besar saiznya. Lantas, dia kembali semula kepada Mawar dan memayunginya yang sudahpun kebasahan. Mereka pun perlahan-lahan berjalan mencari sebarang tempat untuk berteduh.

Hujan semakin lebat. Pengunjung di Pasar Barakah sudah berkurangan. Mereka kini terpaksa berteduh di mana-mana gerai. Titisan hujan yang semakin lebat juga menyebabkan kegiatan perdagangan terjeda. Para pedagang terpaksa menunggu hujan reda bersama beberapa manusia yang menumpang di gerai mereka yang tidak besar mana.

Dengan berlindungkan daun pokok pisang yang lebar, Indra dan Mawar masih terkena sedikit tempias dari kebasahan hujan. Indra memapah Mawar dengan berhati-hati sambil ralit mencari tempat berteduh.

Tidak lama kemudian, alangkah bersyukurnya Indra apabila mendapati dia terlihat sebuah pondok kecil beratapkan nipah yang jauh sedikit dari pasar tadi. Dia melajukan sedikit langkah supaya cepat sampai.

Sesampainya di sana, Indra membantu Mawar untuk naik masuk ke dalam pondok memandangkan badan Mawar yang rendah menyukarkan dia untuk panjat naik ke atas. Dengan berhati-hati, Indra mendukung Mawar kendatipun saiz badan lebih kurang sama. Tetapi, itu tidak menjadi suatu masalah bagi Indra. Dia kemudiannya pun naik masuk ke dalam pondok. Selipar mereka juga turut dibawa naik.

Mawar dengan perlahan mengesot badannya untuk masuk lagi ke dalam. Dia yang memakai baju kurung coklat cair dan berkelubung putih sememangnya tidak mampu melindunginya dari kesejukan. Indra yang baru sahaja mengatur barangannya memerhati kelakuan Mawar. Dia sekali lagi berasa risau.

Indra mengeluarkan sesuatu dari bungkusan barangannya. Dicarinya barang itu dan mengeluarkannya. Ternyata barang itu adalah sehelai selimut yang sedikit tebal.

Selimutnya itu ditampal dari pelbagai bentuk corak batik yang dipotong segi tiga kecil lalu dicantum menjadi sehelai kain yang besar. Indra sangat menyayangi selimut itu dan selalu menggunakannya di kala malam munculkan diri.

 Indra sangat menyayangi selimut itu dan selalu menggunakannya di kala malam munculkan diri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selimut kain perca


Setelah mengeluarkan selimut itu, Indra lekas berdiri dan membaluti belakang Mawar dengan selimut kesayangannya. Dia membantu Mawar menyelubungi selimutnya agar Mawar tidak kesejukan lagi. Lantas, dia pun duduk ke tempat asalnya semula yang berhadapan dengan Mawar.

550 TahunWhere stories live. Discover now