Episod 39

20 5 0
                                    

Di dalam sebuah kampung yang damai, penduduknya masih liat untuk bangun bersahur. Ada juga di antara mereka yang berjuang untuk bangun, tetapi boleh tertidur semula. Salah satu daripada penduduk tersebut ialah Indra, yang masih tidur lena di alam mimpi.

Si isterinya pula sudah naik gila kerana dialah yang dari tadinya mengejutkan sang suami. Deruan angin sepoi-sepoi bahasa yang membelai Indra sememangnya menyukarkan kerja Mawar. Indra masih sedap-sedap pengsan di atas bantal.

" Kanda, bangunlah.. Kanda tidak mahu bersahur kah ? Lekas lah bangun ! Solat malam pun belum dibuat lagi ! ".

" Dinda.. Dinda pergilah dahulu... Mimpi kanda belum tamat sepenuhnya lagi.. ", balas Indra dalam termamai.

" Hish ! ", dengus Mawar.

Mawar sudah mati akal. Dirinya ligat berfikir bagaimana caranya mahu membangunkan lelaki ini daripada terus terlena. Apabila ilham muncul dalam benak fikiran, dia terlompat kecil.

Pantas sahaja dia melompat ke atas katil, mendekati suaminya perlahan-lahan. Jari-jemari yang mulus mula menari menghampiri ketiak Indra.

" Hah, rasakan ini ! ", dengan kasarnya Mawar menggeletek ketiak Indra di sebelah kiri dengan kedua-dua tangan.

Indra yang elok tidur mengiring terus segar-bugar apabila terasa bendasing yang bermain di badannya. Alangkah terkejutnya dia apabila dalangnya adalah isterinya sendiri.

" Dinda, hentikan ! Kanda gelilah ! ", Indra meronta-ronta hendak melepaskan diri.

Malangnya, Mawar buat tak endah. Dia terus-menerus menggeletek dengan sebanyak mungkin supaya supaya suaminya sedar diri bahawa ini adalah waktu sahur.

" Kanda tak bangun, dinda geletek sampai waktu berbuka ! ".

Mawar boleh sahaja melakukan sedemikian kerana dia sedang haid. Geletek sampai subuh esok pun tiada masalah.

" Ahhaha, dinda ! Tolonglah berhenti, ya ya.. Kanda mahu bangun ! Ahahaha! ", sungguh hanya Tuhan yang tahu betapa jari-jemari Mawar sememangnya menggelikan. Sampaikan Indra tidak mampu untuk bangun. Sudahlah dia tidak berbaju. Malam semalam sedikit berbahang, jadi dia hanya memakai kain pelikat sahaja.

Perbuatan Mawar berlanjutan sehinggalah Indra habis geli oleh geletek, habis rasa oleh biasa. Lama-kelamaan, dia terdiam sahaja dengan Mawar yang seronok kenakannya sebelum dia pula yang kenakan Mawar.

" Hah, tangkap ! ", Indra terus menerpa Mawar lalu mendorongnya baring ke atas katil.

Mawar sungguh terkejut dengan tindakan pantas Indra seperti kilat. Dia tidak dapat berbuat apa-apa. Dia kini terkaku di bawah Indra yang bertiangkan kedua-dua tangannya.

Indra memandang Mawar dengan pandangan tajam. Sepertinya bila-bila masa sahaja dia boleh membaham mangsa. Mawar pun sudah mula cuak. Kedua-dua tangan digenggam erat.

" Suka ya dinda ? ", kata Indra dengan muka mendatar.

Mawar teguk liur. Habislah dia kali ini !

Tidak lama itu, Indra mengukirkan senyuman yang senget.

Perlahan-lahan, Indra mendekatkan wajahnya dengan Mawar. Sambil memejamkan mata, bibirnya dimuncungkan sedikit.

Dengan lembutnya, bibirnya selamat mendarat di atas permukaan katil yang empuk. Apabila dia membuka mata, kelibat Mawar sudah tiada. Automatik dia terduduk ke arah belakang.

Dia menoleh kiri kanan. Bayang Mawar pun tiada. Dia melilau pula keadaan sekeliling. Biliknya tadi berkayu kini bertukar menjadi bilik berbatu. Katil yang serba ringkas tadi pula kini bertukar menjadi katil bersaiz king dan empuk.

550 TahunWhere stories live. Discover now