Episod 18 - H

27 4 0
                                    

𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝟭𝟰𝟱𝟱

Kampung Manisan Jiwa, Melaka

" Indra ", panggil si kecil Mawar.

" Hmm ? ", balas Indra yang lagi menanam pokok bunga.

" Bapak kau masih tidak menemui rumah lagi kah? "

" Aku tidak tahulah Mawar. Siang malam bapakku ini asyik keluar saja. Barangkali pasti dia mencari rezeki ", kata Indra seraya menyiram pokok bunga.

" Ohh, baguslah begitu ".

" Mengapa kau berkata begitu? ".

" Jika bapakmu sudah kaya, bolehlah kau berambus dari sini ", kata Mawar dengan selamba seraya menerbangkan rambut.

" Cis, nak menghalau aku rupanya ", Indra terasa sebal di hati.

Namun kata-kata Indra hanya dibalas dengan angin yang lalu. Mawar telahpun masuk ke dalam rumah.

Indra pula mengutip semula alatan yang digunakan untuk menanam sebentar tadi.

Masuk hari ini sudah genap dua purnama Indra dan Ismanto menumpang di rumah keluarga Mawar. Abdullah dan Nila sedikitpun tidak berasa terganggu dengan kehadiran mereka. Cumanya Mawar yang menyampah akan kehadiran Indra. Entah apalah yang dibencinya itu. Indra sendiri tidak tahu.

Setiap hari selepas terbitnya fajar, Ismanto dan Abdullah selalu keluar mencari rezeki. Mereka bekerja sebagai tukang kayu dengan sebuah keluarga yang kaya raya. Di sana adalah juga keuntungan yang mereka dapat. Cukup untuk menyara kehidupan.

Abdullah ditugaskan menjual kraftangan kayu di Pasar Barakah. Sementara Ismanto pula menjadi tukang membina rumah berkayu. Kendatipun mereka berlainan tugas, mereka masih dapat pulang bersama-sama. Selalunya setiapkali mereka bekerja lebihan masa, mereka akan pulang ke rumah selepas menunaikan solat Isyak berjemaah di surau.

Ismanto kini dalam usaha untuk mencukupkan wang supaya dapat mengupah orang membina rumahnya kelak. Walaupun Abdullah menyuruh sahaja Ismanto tinggal di rumahnya sampai bila-bila, dia tetap berkeras untuk memiliki rumahnya sendiri.

Di kala matahari yang terik terpancar di atas kepala, beduk pun mula berbunyi kuat di seluruh kampung. Menandakan waktu zohor telahpun tiba.

" Mawar, Indra, lekas solat zohor! Selepas ini pergi mengaji pula ! ", jerit Nila dari dapur.

" Baik ibu ! ", balas Mawar dan Indra.

" Ish, sibuklah kau. Itu ibuku, bukan ibumu. Suka hati kau saja memanggil ibu ", marah Mawar seraya bercekak pinggang.

" Ibumu yang suruh aku memanggil begitu. Takkanlah aku hendak ingkar pula? ", balas Indra seraya mengangkat bahu.

" Cis ! ", Mawar segera berlalu pergi ke bilik air untuk mengambil wudhu.

" Hmm ? ", Indra memuncungkan bibir sambil mengangkat kening. Dia pun segera ke luar rumah untuk mengambil wudhu pada bekas air tempayan.

⏳ 🔸 ⏳ 🔸 ⏳

Selepas pulang dari mengaji di rumah tok guru mereka, Indra dan Mawar berjalan kaki untuk pulang ke rumah mereka. Pembetulan, rumah Mawar.

Meskipun mereka bergaduh, mereka tetap berjalan berdua bersama-sama. Cumanya masing-masing tidak bersuara. Sehinggalah Indra memandang Mawar di sebelah kanannya.

" Mawar ", sapa Indra.

Mawar senyap. Hanya memandang ke hadapan.

" Aku tahu kau masih marahkan tentang hari itu. Sekali lagi, aku minta maaf ya? Aku tak sengaja. Tidak tahu pula yang kayu berukir itu kepunyaan kau ", Indra menggaru kepalanya kerana rasa bersalah.

550 TahunWhere stories live. Discover now