Episod 63 - H

14 0 0
                                    

Setelah pulang dari istana, Indra akhirnya tiba di rumah pada waktu Maghrib. Hari ini adalah hari keempat dia tidak bersama Mawar. Kendatipun berasa sunyi, sekurang-kurangnya Indra berasa senang kerana Mawar selamat di bawah jagaan Kak Tipah.

Dia pun pergi mengambil wudhu untuk menunaikan solat bersendirian memandangkan solat berjemaah di surau telah selesai. Selepas bersembahyang, dia berdoa agar kemelut ini segera diselesaikan kerana dia mahu Mawar berada di sisinya.

Setelah menyimpan sejadah, dia pun mengorak langkah ke luar bilik. Baru sahaja hendak menuju ke dapur, tiba-tiba pintu depan ditendang kuat.

BAMMMMM !!!!!!

Indra segera menoleh dan bersiap sedia untuk berlawan.

Rupa-rupanya Khun Khem, dengan penampilan yang kusut dan serabut. Dia pun menarik sesorang di kirinya dengan kasar. Apabila dilihat, dialah Mawar.

Alangkah terkejutnya Indra. Bagaimana lelaki itu mendapat Mawar?! Jantungnya berdetak kencang, dadanya turun naik, nafasnya tak tentu arah. Dengan wajah yang merah padam, dia menuding jari ke arah lelaki durjana itu.

"Kau rupanya.... Khun Khem.. Kau lepaskan isteri aku.. LEPAS ! ".

Khun Khem hanya ketawa jahat. Pisau pun diacukan ke leher Mawar. Buatnya makinlah Indra marah.

"KAU JANGAN CARI PASAL !!! ".

"Hahaha, kau bagi dia kepadaku dulu, baru aku lepaskan.. ".

"Kau jangan mengarut ! Dia tu aku punya ! ".

"Tapi aku suka dia ! Aku takkan lepaskan dia ! " katanya lagi seraya memeluk Mawar dari belakang dengan erat.

"Kau jangan nak peluk akulah syaitan ! " bentak Mawar seraya memijak-mijak kaki Khun Khem.

Namun Khun Khem berkeras dan ketawa lagi sehingga menaikkan kemarahan Indra.

Perlahan-lahan Indra mendekati tetapi, semakin dekat pisau itu mengelar Mawar.

"Kau dekat, dia tak selamat " ugut Khun Khem dengan wajah yang menyeringai.

Indra mendengus geram. Nampaknya lelaki ini sengaja mencabar keimanannya. Dia pun menarik nafas dalam-dalam untuk mencari ilham di saat yang genting ini. Sementara Mawar pun berkali-kali memijak dan menyiku tubuh lelaki yang sasa itu walaupun tidak berkesan.

"Cis, apa kau ni batu atau besi ! Eloklah aku sumpah kau jadi batu ! " herdik Mawar lagi dengan kuat. Niatnya ingin memecahkan gegendang telinga Khun Khem.

Malangnya Khun Khem pula yang mendekati wajahnya ke pipi Mawar. Mawar pun dengan berani meludahnya. Dia pun tersenyum bangga kerana membuatkan lelaki itu berpaling.

Namun sangkaannya meleset apabila lelaki itu tersenyum. Malah, dia juga menjilat air liurnya.

Mawar terus diserbu rasa jijik.

"Eiii jijik ! Kau ni angkuh terbawa, tampan tertinggal ! ".

"DIAM ! " jerkah Khun Khem. Dia sudah hilang sabar. Namun, nafsunya masih belum dipuas.

Apabila tangannya diangkat naik ingin memukul Mawar, Indra pun berlari dengan pantas lalu menarik Mawar dari cengkaman Khun Khem. Mawar pun terjatuh perlahan ke hadapan .

Indra dan Khun Khem pun bergelut. Indra dengan sedaya-upayanya cuba menahan dan mengelak serangan demi serangan. Sudahlah Khun Khem bermain dengan pisau.

Nasib menyebelahi Indra apabila tangannya berjaya menahan tangan Khun Khem yang hendak menikamnya. Dia pun menendang perutnya sehingga Khun Khem jatuh tergolek di tangga.

550 TahunDonde viven las historias. Descúbrelo ahora