Episod 88

18 1 0
                                    

AIR mata jantan membasahi lagi dan lagi di pipi Imran. Dia lagi termenung melihat sebuah taman abadi yang tersusun cantik di hadapan. Sesekali matanya tertancap kepada seorang gadis yang berpakaian hitam sedang melawat pusara seseorang.

Imran menikmati lagi udara segar di tempat itu. Walaupun di situ bukanlah perkuburan Mawar atau sesiapa, Imran dengan ikhlas hati bersedekah bacaan al-Fatihah dan mendoakan kesejahteraan para jenazah di sana.

Pada waktu pagi yang masih redup, sinar matahari pun belum muncul. Imran masih menangisi pemergian permatanya dan Fannani. Peristiwa tragis itu masih segar dalam ingatan.

Imran ke situ bukanlah untuk mengimbas kembali sejarah lama dan juga menyeksa dirinya. Tetapi dia ingin beringat akan kematian yang boleh berlaku pada bila-bila masa.

Walaupun dia hidup abadi, tetapi dia tahu suatu hari ajalnya bakal tiba. Tidak akan ada yang abadi melainkan Allah SWT.

Setelah gadis itu puas menatap pusara sesorang, dia pun mengorak langkah untuk pergi. Sebaik sahaja kaki melangkah ke pagar, matanya terpandang pula kepada Imran yang sedang duduk di sebuah pondok. Berdekatan dengan kawasan perkuburan.

"Jom Imran. Kita pergi warung makan" ujar Kayla dengan wajah yang tersenyum kecil.

Imran pun menghentikan segala lamunannya.

"Jom".

Mereka berdua pun masuk ke dalam kereta Imran. Perjalanan kini menuju ke sebuah warung yang berdekatan dengan tanah perkuburan tadi.

Dalam perjalanan mereka ke sana, Kayla pun memecahkan kesunyian di pagi hari.

"Imran".

"Hm? " balas Imran sambil memandu. Matanya fokus memandang jalan yang kecil itu.

"Terima kasih tau sudi bawa saya ke kubur tadi".

"Eh, tak ada hal lah. Lagipun perkuburan tu kan berdekatan dengan warung tu".

Kayla pun mengangguk sambil tersenyum.

"Err Imran, awak serius ke nak breakfast kat warung? Kenapa tak dekat hotel? Kan ada restoran kat tingkat bawah" soal Kayla kehairanan.

Pagi itu Kayla dan Imran mahu berbincang mengenai konsep hotel itu yang perlu mengandungi tradisi Minangkabau. Disebabkan Kayla kurang pengetahuan berkaitan Minangkabau, Imran akan menjelaskan segalanya secara persendirian.

"Sebab di hotel tu ada ramai lagi arkitek seperti awak. Saya risau kalau mereka curi idea tu dan menawarkan harga yang lebih tinggi kepada klien kita untuk rampas projek tu. Jadi, dengan berbincang di warung biasa takkan ada siapa yang tahu. Yang tahu pun orang kampung je lah" jelas Imran.

"Ohh faham.. Teliti juga ya awak ni. Boleh detect lagi arkitek kat hotel tu " puji Kayla.

Imran sekadar tersenyum kecil.

"Saya dah biasa handle projek macam tu. Dulu pernah kena sekali. Lepas tu klien tak nak kerjasama dengan syarikat kita sebab ada syarikat lain yang beri idea yang lagi bernas ".

Kayla mengangguk lagi. Memang besar cabaran dalam menguruskan projek-projek begini.

Kereta Proton Persona Imran pun tiba di hadapan sebuah warung sederhana. Terdapat beberapa orang yang bersarapan di situ. Kayla mula takut kerana makcik-makcik bawang juga ada di situ. Risau dituduh berdating pula.

"Err Imran, boleh ke makan berdua-duaan ni? Risau je orang mengumpat pasal kita".

"Hmm.. Biar saya fikir" Imran hanya merenung orang-orang kampung yang sedang makan nasi lemak dan roti canai.

550 TahunHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin