Episod 82 - H

22 0 0
                                    

AHMAD Fannani Bin Ahmad Dahlan

Sebuah nama indah yang bermaksud seniman terpuji. Nama yang sangat sesuai dengan budi pekerti Fannani yang mahir dalam melukis, menulis puisi, menulis khat, dan sebagainya. Karya-karyanya sangat bermakna dan menambat hati ramai manusia.

Walaupun ditakdirkan bisu lantaran mengikut ibunya, namun dia bukanlah seorang yang tuli. Dia masih boleh mendengar. Ibu bapanya telah mendidik dengan baik sejak kecil. Dengan itu, menjadilah dia insan yang bertaqwa kepada Allah dan taat kepada ibu bapa.

Malangnya hari ini..

Keadilan tidak berpihak kepadanya..

Kematiannya agak tragis lantaran kesalahan yang dia tidak pernah terfikir pun untuk buat.

Pada detik yang bersejarah itu, nyawanya gugur akibat kepalanya yang terpisah dari badan. Maka, semakin kuatlah jeritan dan tangisan sahabat-sahabatnya.

Darah memancut-mancut keluar dari jasad Fannani yang baru sahaja kehilangan salah satu anggota terpenting. Kepalanya terpancul keluar dan jatuh tergolek-golek di hadapan mereka bertiga. Paling dekat dengan Udin.

Alangkah terkakunya mereka melihat mata Fannani yang tertutup rapat. Wajahnya kelihatan bersedih. Terdapat sisa-sisa air mata yang mengalir. Banyak darah yang tertumpah di hadapan mereka. Luluh hati melihat sahabat yang baru sahaja pergi meninggalkan dunia durjana.

Udin mengambil kepala Fannani dengan hati yang patah seribu. Dia menangis tanpa suara. Dengan tangan yang terketar-ketar dia memeluk kepalanya yang sudah terpisah dari badan. Dipeluknya dengan erat. Indra dan Mawar sudah longlai melihat ini. Mereka menggenggam tanah dengan erat. Kuatnya tamparan ini sehingga tidak sanggup lagi melihat Fannani.

Mengapa orang baik sentiasa dianiaya ? Sedangkan orang jahat bersenang lenang.
Mengapa orang bersopan-santun jarang ditemui ? Sedangkan orang biadap bermaharajalela.

Mereka bertiga menangis teresak-esak. Air mata laju bercucuran membasahi pipi mereka. Mereka bertiga bagaikan berada di dalam dunia sendiri. Orang ramai juga terkilan, melihat apa yang berlaku. Namun, dari jauh keramaian orang, ada seorang lelaki yang tersenyum suka melihat adegan ini. Siapa lagi kalau bukan Hazril.

Dia yang melihat, mengukirkan senyuman sinis seraya bersilang tangan. Datangnya Sani di sebelah, menyertai hukuman yang baru selesai.

" Lambatnya kau, Sani. Kepala sudah tergolek-golek, baru kau muncul ".

"Engkau sendiri yang menyuruhku menguruskan mayat Indah. Sekarang mayat itu sudah aku bakar" balas Sani.

"Hmm.. Kau memang bagus. Akanku beri apa kau mahu" ujar Hazril seraya melihat penderitaan tiga sahabat itu.

Sani juga turut melihat. Hatinya juga puas menatap mereka bertiga.

"Selepas ini, apa rancangan kau, Hazril? ".

Hazril terdiam sejenak untuk mengingati semula rancangan jahatnya.

"Selepas ini aku ingin membunuh Udin.. Kemudian, Mawar.. ".

Sani mengangkat kening. Sudah gila bunuh tuannya itu.

"Apa kau mahu membuat pembunuhan yang lebih menyakitkan Indra? ".

"Ya, tepat sekali ".

⏳ 🔸 ⏳ 🔸 ⏳

PANGGG !!!!!

Ini kali kedua Indra ditampar Udin. Indra hanya terkaku dengan mata terbeliak. Bercucuran air mata membasahi wajah.

"Mulai hari ini, kau bukan sebahagian dari hidupku lagi ! " jerkah Udin yang merah padam wajahnya. Air matanya kelihatan kering di pipi.

550 TahunWhere stories live. Discover now