Episod 8 - H

43 4 0
                                    

Tahun 1455

Melaka

Tiga hari tiga malam sudah berlalu, kini tibalah masanya Ismanto dan Indra menyambung merantau lagi demi mencari rumah tetap mereka.

Seusai sahaja menjamu selera bersama beberapa ubi kentang dan air masak, Ismanto dan anaknya pun mengemas segala barangan untuk meneruskan perjalanan mereka.

Tatkala dua beranak ini sudahpun berada di halaman rumah, Kasim memanggil mereka.

"Ismanto, hamba ada satu permintaan ".

"Apa dia wahai saudara ? ".

"Tolong bawa Mawar kembali pada pangkuan ibu bapanya. Tempat mereka tidak berapa jauh. Di penghujung kampungku ini ada sebuah pasar. Pasar Barakah namanya. Tuan hamba hanya perlu ke sana mencari penjual kayu, Abdullah namanya. Dia itulah bapa kepada Mawar. ", jelas Kasim panjang lebar.

Ismanto kemudian memandang si Mawar yang tangannya dipimpin Kasim. Mawar memandangnya dengan pandangan simpati. Barangkali dia hendak pulang setelah beberapa hari terpisah dari orang tuanya.

Ismanto pun membalas, "Jikalau itu yang tuan hamba mahu, hamba akan turuti. Tetapi tuan hamba mesti membawa kami dahulu ke pasar tersebut. Kerana aku khawatir akan tersesat ".

"Baiklah, hamba akan bawa ke sana. Mak, Kasim pergi dulu ya. Mak jangan lupa jaga diri ", seraya itu Kasim pun menyalam tangan emaknya yang berada di sebelah kirinya.

Si emak pun membalas, "Kau juga Kasim. Jangan langgar anak orang lagi selepas ini ".

Indra yang berada di belakang bapaknya tersenyum menahan ketawa. Manakala Mawar pula memandang Indra dengan pandangan maut. Baginya, Indra seolah-oleh menyindir dirinya yang dilanggar kuda Kasim tempoh hari.

Apabila Indra terjeling Mawar dan melihat air mukanya, terus Indra terdiam dan menunduk ke bawah. Ada rasa bersalah di situ.

Setelah segalanya selesai, maka Kasim pun mempelawa Ismanto, Indra dan Mawar menaiki kereta kudanya. Ismanto di belah kiri, Indra di kanan dan Mawar di tengah jika dilihat di hadapan kereta kuda.

Sebelum bertolak, Kasim sempat melambaikan tangan kepada ibunya yang sudahpun terpacak di hadapan rumah.

⏳ 🔸 ⏳ 🔸 ⏳

Selepas beberapa kali menikmati pemandangan indah dalam sebuah kampung yang luas, mereka berempat akhirnya sampailah juga ke Pasar Barakah. Sebuah pasar yang termasyhur di kampung tersebut.

Pasar ini bukanlah sebarang pasar. Panjang pasar ini umpama sebatang sungai yang panjang sehingga ke pantai. Gerai-gerai bertaburan di sana sini. Suasananya amatlah riuh-rendah. Suara para pedagang dan pembeli masing-masing dilontar kuat tanpa henti.

Keluasan pasar ini sungguh luas dan begitu padat dengan banjiran manusia dari pelbagai agama dan bangsa. Ini sangat menyukarkan mereka untuk mencari di manakah terletaknya gerai Penjual Kayu Abdullah.

Pada kala itu, Kasim sudahpun meninggalkan mereka bertiga di hadapan Pasar Barakah. Sebelum meninggalkan, Ismanto sempat mengucapkan terima kasih dan berharap agar bertemu lagi. Lalu, dia memimpin tangan Indra di kiri dan Mawar di kanan supaya mereka tidak terpisah semasa melawan arus banjiran manusia di pasar tersebut.

 Lalu, dia memimpin tangan Indra di kiri dan Mawar di kanan supaya mereka tidak terpisah semasa melawan arus banjiran manusia di pasar tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Lebih kurang macam ni rupa pasarnya)

Tatkala mereka bertiga sudahpun di hadapan puluhan manusia, maka bermulalah cabaran mereka merentasi setiap himpitan manusia di pasar tersebut demi membawa Mawar pulang ke pangkuan ibu bapanya.

Himpitan demi himpitan semakin
mencabar Ismanto dan dua kanak-kanak di bawah jagaannya untuk berjalan. Sampaikan Ismanto yang tubuhnya sedikit gempal hilang keseimbangan badan dan hampir menindih Indra. Nasib sahaja Ismanto sempat menahan.

Mawar yang tangannya sentiasa dipimpin Ismanto tidak leka dari terlepas turut terkena tempiasnya dek tubuhnya yang kecil dan rendah. Selain itu, dia juga sukar untuk melihat hadapan kerana terhalang dari badan -badan manusia dan bergantung di bawah pimpinan Ismanto.

Nasib mereka menjadi baik apabila terhenti di sebuah gerai nasi lemak. Ismanto membeli tiga bungkus nasi lemak sebagai bekalan mereka untuk selepas ini memandangkan ubi kentang yang direbus tidak membuat mereka kenyang fajar tadi. Setelah itu, perjalanan pun diteruskan.

Sedang Ismanto berusaha untuk mencari petunjuk bagi gerai yang diperkatakan Kasim, tiba-tiba berlakunya satu pertembungan dari arah utara menyebabkan mereka terpisah. Lebih malangnya lagi Ismanto tidak sempat memimpin tangan Indra dan Mawar di bahagian kanannya.

Rupa-rupanya, pertembungan itu berpunca daripada kedatangan Bentara dan dua orang pembantunya atas utusan sultan. Masing-masih menaiki kuda dan orang ramai terpaksa mengundur. Sebab itulah mengapa pertembungan ini berlaku.

Kini, tinggallah Indra dan Mawar terkebil-kebil di kalangan orang ramai. Mereka tiada arah tuju. Lebih teruk apabila para manusia menolak sana sini untuk berundur bagi menjaga jarak antara salah satu pembesar Melaka bersama orang suruhannya.

Indra sangat buntu dan Mawar semakin takut dengan kekarasan manusia menolak sana sini. Indra dapat melihat raut wajah mula yang berasa takut. Dia pun memegang tangan kiri Mawar dan berkata.

"Usah risau, Mawar. Mari kita keluar dari sini bersama-sama".

Melur mengangguk tanda setuju. Dengan lafaz Bismillah, perlahan-lahan Indra dan Mawar melangkah keluar dari pusuan orang ramai dari arah timur kerana itulah satu-satunya arah yang sedikit lenggang.

Sekali lagi Indra dan Mawar dicabar oleh pelbagai himpitan manusia. Tangan Mawar dipegang kuat, takut terlepas. Alhamdulilah, dengan saiz badan mereka yang kecil, mereka dapat menyelinap di sebalik badan manusia sehinggalah mereka dapat keluar dari kesesakan itu.

Indra dan Mawar menghirup udara puas-puas. Sungguh, kesesakan tadi membuatkan mereka kehilangan nafas. Mereka memandang ke hadapan mereka.

Terdapat sebuah hutan, yang sunyi dan sepi. Jauh dari hirup-pikuk manusia. Di belakang mereka adalah pasar tadi.

"Untungnya matahari masih di sini, apa yang kita mahu buat ? ", soal Mawar setelah lama membisu.

"Aku pun tidak tahulah Mawar, aku harus mencari bapakku. Tapi, kita harus ke pasar semula ".

Mata Mawar membuntang luas, "Jangan kau berani masuk ke kawasan itu lagi ! Aku khuatir kita akan dirikik (dipijak) pula sama orang ".

Indra mengeluh dan menggaru kepalanya. Dia kelihatan gabrah (tak tentu arah) kerana khawatir tidak akan ditemui bapaknya sampai larut malam. Dia juga khuatir tiada tempat tinggal kelak.

Tiba-tiba, satu bunyi gemuruh dari panahan petir yang kuat. Itu mengejutkan Indra dan Mawar. Tanpa persedian, hujan terus sahaja menurun membasahi tanah Melaka. Hatta, bertempian larilah semua orang mencari tempat berteduh. Manakala sebilangan lagi lari pulang ke rumah masing-masing. Suasana ini sangat huru-hara bagai tiada hari esok.

Indra dan Mawar juga tidak lepas dari berlari. Mereka terus sahaja berlari ke arah kiri kerana tiada masa untuk memilih arah.

Dalam keadaan berlari, Indra masih sempat berkata, "Hujan semakin lebat, ke mana kita mahu pergi ! ".

"Ahhh sudah ! Pergilah ke mana sahaja ! Yang pasti kita harus berteduh ! " balas Mawar dengan suara yang agak lantang. Mereka pun meneruskan larian mereka.

Sedang puas berlari dengan laju, tiba-tiba kaki Mawar tersadung akibat terlanggar sebuah batu sederhana besar yang bentuknya memanjang. Mawar jatuh menyembah tanah dan nasi lemak yang dibungkus daun pokok pisang di tangannya habis jatuh dan terburai segala isinya.

"Mawar !!!!! " Indra menjerit kerisauan !

550 TahunWhere stories live. Discover now