Episod 25

28 4 0
                                    

Sebuah lukisan cantik yang berlatarkan pemandangan laut malam yang membiru dan kelihatan tenang.

Di atas kirinya ada bulan purnama yang bersinar. Di tengah lautan itu terdapat sebuah kapal layar. Dan di bawah kanan lukisan, terdapat sebuah puisi yang ditulis dalam tulisan jawi. Dan tulisan itu berwarna putih.

کنۏس ڤڠمباراءن مالم

دمي بولن يڠ برسينر،
دمي کاڤل يڠ برلاير،
دان دمي لاءوت يڠ قرار.

ر يحتكنله ديريمو سبنتر،
مسکيڤون ݢونوڠ سوده منداتر،
مسکيڤون اءير مولا برڤوتر،
مسکيڤون جوݢ داتڠڽ باداي يڠ بسر،
کلق کاو اکن منداڤت سولوسي يڠ بنر.

( Kanvas Pengembaraan Malam )

Demi bulan yang bersinar,
Demi kapal yang berlayar,
Dan demi laut yang karar.

Rehatkanlah dirimu sebentar,
Meskipun gunung sudah mendatar,
Meskipun air mula berputar,
Meskipun juga datangnya badai yang besar,
Kelak kau akan mendapat solusi yang benar.)

Tersenyum Kayla membaca puisi yang ringkas, tetapi pastinya penuh dengan makna.

Tapi malangnya satu pun Kayla tidak faham apa maksud puisi itu.

" Apa function Imran bagi aku lukisan ni? Macam tiba-tiba aje ".

Lukisan yang dibingkaikan dengan kayu yang berukir corak motif bunga ditilik Kayla. Kayla menyentuh permukaan lukisan yang dilindungi kaca. Pasti lukisan ini mahal.

Sewaktu dia memusingkan badan lukisan itu, terdapat lagi sebuah tulisan di hujungnya.

Maksud puisi : Sebesar manapun ujian yang mendatang, kita haruslah berehat buat seketika untuk tenangkan diri supaya kita dapat berfikir cara untuk selesaikannya dengan lebih bijak. So Kayla, I know you have a big problem until you become stressed and nervous. I think you need to rest :)

Made with love,
Imran.

' What the--- '

Alangkah baiknya majikannya. Dia tahu Kayla dalam masalah.

" Macam mana tak tahunya ko pergi termaki kat dia tadi ", Kayla memarahi dirinya sendiri kerana tidak dapat mengawal perasaan.

" Aku dah cuba control muka kot. Macam mana dia boleh tahu eh aku macam ni? ", dia berfikir sejenak.

Namun satu pun dia tidak dapat fikirkan. Dia kembali menatap lukisan itu semula.

" Btw, cantik juga lukisan ni. Tuan Imran beli kat mana ya agak-agak? Siap letak puisi lagi. Mesti mahal ni ", Kayla menyentuh lagi permukaan lukisan laut malam itu.

Cantik. Sungguh cantik. Lukisan itu memang nampak seperti pemandangan yang sebenar. Langsung tiada cacat cela. Semuanya sempurna !

Lantas, dia pun mengangkat lukisan yang setinggi dengan lututnya. Dia sekarang berada di dalam bilik. Dia berfikir hendak letak di mana lukisan itu.

" Hah, kalau letak kat dinding sini ok kot. Berdepan dengan katil. Nanti sebelum tidur boleh tengok lukisan ni lagi ", kata Kayla sambil mengambil double tap yang kuat untuk dilekatkan di setiap penjuru lukisan. Lalu dia pun melekatkannya pada dinding yang bersebelahan dengan pintu keluar.

550 TahunOnde as histórias ganham vida. Descobre agora