Episod 14

44 5 0
                                    

Suasana pagi ini terlalu segar bugar dan indah bak mutiara. Burung-burung mula berkicauan merdu dan terbang sana-sini mencari rezeki bersama sahabat mereka. Kanvas langit berbentang luas dengan lukisan awan-awan biru dan matahari yang mula bangkit memantau siang.

Inilah hari Ahad. Hari yang paling indah buat semua orang kerana hari ini merupakan hari minggu. Seluruh penduduk di negara ini akan menggunakan hari ini untuk berehat dan meluangkan masa dengan orang yang disayangi. Begitu juga Imran dan dua orang insan yang dianggap keluarga, iaitu Pak Afi dan Mak Nab.

 Begitu juga Imran dan dua orang insan yang dianggap keluarga, iaitu Pak Afi dan Mak Nab

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ruang Makan

Di ruang makan, kelihatan Pak Afi dan Mak Nab yang duduk bertentangan antara satu sama lain. Dengan makanan yang belum disuap, kedua-duanya ternganga melihat sesuatu. Sesuatu yang jarang dilihat mereka.

"Lain macam betul Tuan kita ni ", Pak Afi memukan percakapan.

"Haahlah awak. Ada sesuatu yang berlaku ke ? ", kata Mak Nab yang berasa kehairanan apabila melihat perilaku Imran hari ini.

Rupa-rupanya apa yang membuatkan mereka ternganga ialah melihat cara Imran yang makan tidak ubah kelembutan dan keceriaan seperti perempuan. Percaya atau tidak, Imran dah jadi perempuan hari ini. Tapi pakaian masih lagi lelaki. Hanya perilaku sahaja yang berubah.

"Bang Imran, kenapa hari ini lain macam ? Mana perginya sifat beku abang ni ? EH TAK, abang hilang ingatan ke lepas jatuh tangga semalam. Meh sini saya tengokkan ! ", kata Pak Afi lalu berdiri dan pergi memeriksa kepala Imran. Manalah tahu ada yang berlubang ke.

Imran segera menepis, "Ishhh apa kau nih ! Aku okay jelah ! ".

Pak Afi duduk semula, "Okay apanya dah jadi macam ni. Mana pergi sifat dingin kau tuh ? ". Bagi Pak Afi situasi sebegini layak melayan Imran seperti sahabat.

"Wahai Pak Afi, salah ke kawanmu ini nak jadi gembira ? ", tanya Imran dengan nada sedikit gedik bercampur menyampah.

"Apa yang digembirakan tuh Imran ooiii. Ceritalah kat kitorang ! ", kali ini Mak Nab pula menyampuk.

"Baiklah orang-orang tua, sila dengar dengan baik ", Imran sudah mula membuka sesi ceritanya. Jarang dengar Imran bercerita ini.

"Sampai hati kau panggil kami macam ni ", Pak Afi mencelah.

Imran mengabaikan Pak Afi lalu memulakan sesi, "Korang berdua nak tahu kenapa aku terjatuh tangga hari itu ? Mestilah tak tahu kan ? Aku mana pernah bagitahu.... ".

Pak Afi dan Mak Nab memandang antara satu sama lain lalu menggeleng kepala.

Imran pun menyambung lagi, "Itu sebab aku ada buat salah dengan arkitek baru aku. Dia tu perempuan... Kalau aku beritahu, korang jangan nak memaki ye... Sebab memang aku tak sengaja ".

Mak Nab cuba mentafsirkan apa maksud di sebalik ayat Imran tadi. Pak Afi pula menunggu kata-kata Imran.

Dengan sedikit perlahan, dia berkata, "Aku.... terpegang pipi dia. Sumpah aku tak sengaja ! Lama pulak tu ! ".

550 TahunWhere stories live. Discover now