Episod 26

26 5 0
                                    

" Do you miss me, baby ? ".

Anak mata Kayla membutang. Tak.. tak mungkin secepat ini mamat tu datang...

" You tahu kan I tetap akan mencari you walau kat mana you ada. And know !

I'm back ! To be with you again.. ", Hazarol memberikan senyuman lagi sambil mendepakan tangan.

Sungguh, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa hancurnya tulang batin Kayla saat ini. Dia masih lagi diam terkaku. Menjadi tunggul di atas cahaya matahari. Darahnya berderau.

" Baby, kenapa you diam ? Terkejut tengok muka I yang hensem ni ? ", kata Hazarol lagi dengan senyuman yang sinis pula.

Tangan Kayla sudah mula menggeletar. Otaknya pula bergegar. Lajunya darah mengalir ke saraf otak...

Dalam hati Hazarol suka melihat Kayla begini. Lalu, sejambak bunga yang dipegangnya diberi kepada Kayla.

" Nah, bunga ! ", dengan selamba bunga itu terhempas ke muka Kayla. Buatnya, Kayla mengundur setapak untuk menjauhi sedikit.

" Heh, kelakarlah you ni ! Sama macam dulu. I rasa kalau campak kayu kat muka mesti you tak kisah kot ", kata Hazarol lagi sambil ketawa mengekek.

Bunga yang ditujukan kepada Kayla dirampasnya lalu mencampakkan bunga itu ke muka Hazarol pula. Buatnya, Hazarol terkedu di situ.

" Kau buat apa jadi penyebok kat sini ", setelah sekian lama akhirnya Kayla bersuara dengan nada yang dingin lagikan beku.

Hazarol yang terkedu tadi tidak membalas malah tersenyum sinis lagi. Memang itu antara senyuman kegemarannya.

" Kan I dah kata yang I nak dengan you lagi. Kita get back jom ? ", Hazarol sudah menghulurkan tangan. Bunga yang dicampak tadi dibiarkan sahaja.

" Hoi jantan, kau lupa ke lelaki haram pegang tangan perempuan ? Tak belajar agama ke dulu ? ", dengan beraninya Kayla berkata demikian. Meskipun perasaan takut menebal di dalam jiwa.

Kepala Hazarol mula mendidih kerana geram. Namun, dia perlu bersabar kerana Kayla. Dia pun menarik tangannya semula.

" Ok, I'm sorry sebab berkasar dengan you selama ni. I tahu ni salah I. And I janji I takkan buat lagi. Ok jom, kita get back as a sweet couple again.. ".

Kayla menyilang tangan di dada sambil membuat senyuman pahit.

" Macam tu aje kau minta maaf? Banyak kot dosa kau dengan aku. Tapi minta maaf ada 31 patah perkataan je. Padahal dosa kemain banyak ".

Hazarol hampir hilang kesabaran. Sudahlah dia itu panas baran. Ada juga terkeluar berita seorang perempuan mati dicekik oleh seorang lelaki yang tidak berperikemanusiaan. Lalu, lelaki durjana itu akan dikenakan hukuman campak ke dalam laut.

" Ok fine, I tahu dosa I banyak. Tapi yang hari tu bukan salah I okey ? Ini salah Belinda ! Dia yang beria-ria nak dekat I. I pun terpaksalah ikut ! ".

Senyuman pahit Kayla bertukar kepada senyuman sinis. Kalau ikutkan, hendak sahaja dia memijak-mijak perut lelaki itu biar pankreas hancur. Tak pun yang dekat celah kangkang tu hah. Biar hilang dia punya sistem peranakan.

" Kalau kau terpaksa, kenapa kau tak halang ? EH HELLO ~ Aku dah lama kenal kau ok ?! Macamlah aku tak tahu kau ni kalau kena paksa kau akan MEMBERONTAK, kau akan jadi MENGAMUK, and kau jadi MARAH !!! So, tolong jangan ingat I ni bodoh ye ? Aku ni, kenal-kenal sangat dengan perangai kau yang TAK SEMENGGAH ! ".

550 TahunUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum