Episod 69 - H

15 0 0
                                    

SETELAH seharian Indra belajar, akhirnya Pawang Ngah pun memutuskan untuk membunuh jin itu tepat pada tengah malam. Mereka akan melakukannya di dalam satu bilik bersama beberapa bahan untuk menghapuskannya.

"Mari Indra, aku mahu kau pegang dia dengan seerat-eratnya. Khuatir sekiranya dia lari ketika diruqyah kelak" pesan Pawang Ngah kepada Indra.

"Baik pak " akur Indra lalu menurut perintah.

"Dinda, tolong kuat ya? Untuk malam ini sahaja" pesan Indra seraya mengusap tangan Mawar yang duduk di hadapannya.

"Kalau jadi apa-apa pada dinda nanti dinda minta maaf ya? ".

"Dinda ! Tidak usahlah berkata demikian. Kita serahkan semua kepada Allah dahulu ".

Mawar pun sekadar mengangguk. Hatinya sangat berdebar-debar. Terfikirkan tentang kesakitan yang bakal menimpa dirinya.

Cik Kiah pula sedang membuat pagar di sekeliling bilik. Tujuannya bagi mengelakkan jin harimau itu lari ke mana-mana.

Setelah segalanya tersedia, maka usaha untuk membunuh jin itu pun bermula dan dijangka berakhir pada dua pertiga malam.

"Bismillahirrahmanirrahim, kita mulakan ruqyah dahulu" arah Pawang Ngah.

⏳ 🔸 ⏳ 🔸 ⏳

"ARGHHHHHH. Aku takkan pergi ! Aku suka perempuan ni ! " jerkah jin itu dengan suara yang garau. Dia cuba lari, tetapi ditahan oleh Indra dan Pawang Ngah.

"Kau tu jin ! Kau tak layak berada di tubuh manusia ! " herdik Pawang Ngah pula.

"Seharusnya kau patut sedar siapa diri kau wahai makhluk terkutuk ! " tempelak Indra pula seraya memegang bahu Mawar yang dirasuk jin.

Indra dan Pawang Ngah pun membaca ayat Kursi berkali-kali tanpa sedikitpun kesalahan tajwid. Bacaannya sangat lancar sehingga jin itu berada di ambang maut.

"ALLAHUAKBAR ! " laung Pawang Ngah lalu menepuk badan Mawar dengan begitu Mawar.

"Arghhh ! " akibatnya, Mawar tersembur darah. Sebahagian daripada darah itu terpecik pada wajah dan pakaian Indra.

Indra pun menatapnya dengan tajam kepada anak mata jin itu yang berwarna merah. Bermaksud, mata Mawar yang berwarna merah. Indra boleh lihat rupa jin itu setelah diajar oleh Pawang Ngah siang tadi.

Indra pun mengambil segenggam lada hitam lalu melemparkannya kepada jin itu.

"Arghhhhh !!!!! " jerit jin itu dengan semakin nyaring.

"Lemparkan sampai tiga kali, Indra ! " arah Pawang Ngah pula.

Indra pun menurut. Setelah sudah tiga kali, Pawang Ngah pun membaca beberapa doa seraya meletakkan tapak tangan kanan di atas kepala Mawar yang dilitupi kelubung.

"ARGHHHH, TIDAKKKKKK ! " jerit jin itu lagi sehinggalah dirinya hampir lenyap dari penglihatan Indra dan Pawang Ngah.

Akhirnya ia sudah lenyap dan Mawar pun berasa kepeningan. Tubuhnya menjadi lemah longlai setelah jin yang merasuk badannya itu sudah mati. Mawar yang berdiri tadi perlahan-lahan merebah. Namun Indra sempat mendakapnya dengan erat.

Indra pun memangku Mawar di atas riba lalu mengangkat wajah.

"Bagaimana Pak Ngah? Apa jin itu benar-benar sudah mati? ".

Pawang tidak menjawab sebaliknya melilau sekeliling dan merenung tepat ke tubuh kecil Mawar. Dia sedang mengesan keadaan jin itu menggunakan mata batinnya. Lalu dia menggangguk.

"Hm, jin itu memang dah mati. Selepas ini, penghantar jin ini bakal merasai penderitaannya ".

Indra mengangkat kening.

550 TahunWhere stories live. Discover now