Episod 86

26 1 0
                                    

Seminggu selepas peristiwa Indra di gua tanpa nama......

PANDANGAN Indra tidak pernah jemu menatap pusara isterinya di hadapan. Mawar telahpun dikebumikan bersebelahan kubur Fannani. Hatinya masih sedih terkenangkan saat-saat terakhir bersama Mawar. Semuanya begitu pantas. Indra masih tidak menerima !

Jin harimau yang pernah bertarung dengannya sudah tidak ditemui sehingga kini. Indra tertanya-tanya siapakah pemilik jin harimau itu? Adakah orang yang sama seperti Indra bayangkan? Kalau benar orang itu sangat kejam! Sampai bila-bila Indra tidak akan memaafkannya.

Tiba-tiba, muncul seorang pemuda yang duduk bersebelahan dengan Indra. Apabila berpaling, Indra begitu terkejut kerana orang itulah yang sudah lama hilang sejak mereka berbalah di hadapan kubur Fannani tempoh hari.

Indra menatap Udin yang mendatar wajahnya. Lama. Terlalu lama. Sampailah Udin tidak dapat mengawal perasaan. Akhirnya dia menarik Indra untuk berpelukan. Juga lama. Mereka terasa sebak.

"Aku minta maaf, Udin... " tutur Indra perlahan.

Udin pun menolak tubuhnya untuk meleraikan pelukan.

"Kau tidak bersalah, Indra. Segala kebenaran sudah ku tahu.. " balas Udin.

Indra pula mengerutkan dahi.

"Aku ke rumah arwah Fannani tempoh hari. Aku terjumpa sebuah kotak putih yang mengandungi beberapa pucuk surat. Fannani sudah memberitahu segala-galanya dalam surat itu. Sejak itu, aku berkurung di bilik. Aku mahu bermuhasabah diri. Aku bersalah kerana menyalahkan kau. Sehinggalah suatu hari, Mawar mengirimkan surat kepadaku melalui Safura. Katanya dia mahu aku berdamai dengan kau. Dan aku sudah bersedia, Indra".

Indra hanya mampu terdiam. Udin pun menyambung perbicaraan.

"Malangnya, setibanya aku di rumah kau, aku ternampak kau sedang memangkunya yang berlumuran darah. Aku sangat terkejut lalu aku masuk ke dalam semak-samun. Aku hanya mampu memerhatikan kalian... Luluh hatiku melihat arwah yang sungguh lemah. Aku terus bersedih lagi.. Sekarang, baru aku hari ini aku bersedia berjumpa dengan kau. Aku minta maaf.... " Udin tertunduk. Akhirnya, air matanya gugur membasahi wajah.

Begitu juga Indra. Peristiwa itu takkan dilupakan. Tetapi, dia sudah lama memaafkan Udin. Dia tahu Udin tak berniat memusuhinya. Namun pemergian Mawar masih belum diterima seadanya.

"Sudah lama aku maafkan kau, Udin. Kau tetap sahabat aku walau apa pun berlaku. Kita sudah berjanji untuk ke syurga.. Janji tetap janji. Aku tetap bertahan sampai bila-bila" balas Indra.

Udin tersenyum.

"Terima kasih, Indra. Mulai hari ini, kita mulakan hidup baru. Hanya kita berdua yang tinggal".

Indra tersenyum. Tetapi dia sudah berniat untuk tinggalkan Melaka. Siapa tahu setiap tempat yang dia pergi dapat lupakan kesedihannya?

⏳ 🔸 ⏳ 🔸 ⏳

MALAM itu, Indra menyimpan segala harta bernilainya ke dalam sebuah kotak kayu yang besar dan berat. Barang peribadi Mawar seperti selendang putih yang berbau bunga mawar juga tersimpan. Malah Indra juga menyimpan congkak, Mawandra, sekuntum bunga mawar yang masih segar dan lain-lain.

Separuh harta pusaka arwah bapaknya juga Indra simpan. Separuhnya lagi dan harta Indra akan digunakan sepanjang pengembaraannya. Dia berjanji akan pulang ke Tanah Melayu pada suatu hari nanti.

Kuda-kuda Indra, Adiwarna dan Adiratna diberikan kepada Kak Tipah dan sekeluarga. Khabarnya anak-anak Kak Tipah mula menyukai kuda dan ingin berkuda. Ayam-ayam ternakan Indra pula diberikan kepada Mak Temah dan Pak Mat. Kerana mereka adalah miskin jadi ayam-ayam itu boleh dijadikan sumber rezeki.

550 TahunWhere stories live. Discover now