Episod 84 - H

17 0 0
                                    

HARI itu, Indra kembali bertugas sebagai tabib di istana. Walau dirinya masing berang dengan tindakan sultan yang menghukum tanpa asal usul periksa, dia harus bersabar. Indra cuba melupakan dendamnya terhadap sultan kerana semua itu juga berpunca daripada Hazril.

Kendatipun sultan pernah menganugerahinya dengan harta yang banyak, namun itu tidak dapat digantikan dengan nyawa Fannani. Indra sedikitpun tidak berasa senang apabila sedulang emas akan diberikan jika dia berjaya menyembuhkan penyakit anaknya. Semuanya kerana nilai Fannani lebih tinggi berbanding harta kurniaan baginda.

Sewaktu Indra baru masuk, Badrul muncul di muka pintu. Mereka pun bertegur sapa dan bersalaman.

"Aku minta maaf kerana tidak dapat menolong kalian.. " ucap Badrul.

"Tidak mengapa, Badrul. Kita semua hanyalah kerdil. Aku faham kau lebih mementingkan keluarga kau ".

"Tapi, itu menjadikan aku mementingkan diri sendiri, Indra. Sungguh aku dihuni rasa bersalah yang amat ".

Indra menepuk bahu Badrul.

"Yang lepas biarlah berlalu. Aku tahu kau bagai anggun gaya jalan bersimpang. Sudah tentu kau tidak dapat memikirkan apa-apa selain anak dan isteri kau".

Badrul pun mengangguk.

"Bagaimana pula dengan Udin? Sejak kejadian itu, dia sekalipun tidak bersua muka denganku. Barangkali dia sudah tidak mahu menegurku lagi".

Indra terdiam sejenak. Dia memahami apa yang dirasakan Udin.

"Fannani tu, ibarat jiwa kepada Udin. Sudah tentu kau pernah melihat betapa rapatnya mereka. Bagai lesung dengan antan lah katakan. Jarang sekali aku melihat mereka bersendirian. Tetapi, Allah lebih menyayangi Fannani. Udin masih bersedih hati. Bahkan dia juga sudah tidak rapat denganku. Dia lebih suka berkurung. Bagiku, mustahil orang sepertinya ingin lupakan kenangan indah bersama sahabat ".

Badrul mengangguk lagi. Dalam hati dia juga berasa sebak apabila teringat akan Udin yang memeluk kepala Fannani yang berlumuran darah. Kalau dia di tempat Udin, itulah perkara yang sama dilakukan.

"Indra, aku tahu hukuman Fannani itu tentu ada udang di sebalik batu. Aku tahu siapa yang rancang. Dan aku akan carikan bukti secepat mungkin".

"Bagaimana kau hendak carikan bukti? Pelakunya itu licik orangnya. Lebih baik kau berjaga-jaga, Badrul".

"Ya, aku sudah tahu caranya. Bersabarlah Indra. Kebenarannya akan dirungkai tidak lama lagi ".

Indra tersenyum kecil. Dia berharap Hazril akan mendapat balasannya. Setelah itu, Badrul pun minta diri. Indra pun mula masuk ke istana untuk menghadap sultan.

Saat dua lelaki itu telah membawa haluan masing-masing, muncullah Hazril di muka pintu istana. Badrul hanya membiarkan kelibat lelaki itu tanpa menoleh sedikitpun.

Hazril melihat Indra yang sedang menuju ke balairong. Pasti ada sesuatu yang hendak dititahkan oleh sultan. Dia mendengus geram. Fikirkannya kembali mengimbas semula semasa perbualannya dengan Sani semalam.

"Kemarin, Indra dan Mawar sudah berbaik. Barangkali hubungan mereka telah bersatu lagi" ujar Sani.

Hazril pun berhenti menghisap rokok daunnya. Wajahnya menujukkan tanda tidak percaya. Sudah terjadi pelbagai bala, masih berbaik pada akhirnya ?

"Tidak, ini tidak akan terjadi! Lambat-laun, mereka pasti akan bekerjasama dalam mencari dalang musibah mereka! Sudah tentu perbuatanku ini akan diketahui oleh Sultan! ".

"Kau harus berbuat sesuatu sebelum terlambat. Jangan-jangan, Indra sudah cuba berbaik-baik dengan Udin pula " balas Sani yang duduk di hadapannya.

550 TahunWhere stories live. Discover now