Episod 78 - H

20 1 0
                                    

KHABAR mengenai Mawar keguguran telah menggemparkan seluruh penduduk kampung. Ada yang tertanya apa puncanya terjadi, ada yang bersimpati dan ada juga yang tertanya-tanya siapakah orang yang menyebarkan khabar itu.

Tak lain tak bukan daripada Indah sendiri. Pengintip Hazril telah memantau secara tersembunyi lalu memberitahu kepada Indah. Indah pula berpura-pura tanya mengenai kebenaran itu semasa membeli barang di pasar. Akibatnya, pertanyaan itu semakin heboh diperkatakan orang ramai.

Walhal, cerita Indah yang berkhalwat dengan Indra kekal dirahsiakan. Kerana takut dihukum, Hazril akan menutup rahsia itu sehingga dunia kiamat.

Mawar mengalami kemurungan yang teruk. Sudah seminggu dia berkurung di rumah Mak Temah. Mujurlah Mak Temah menemui pada esok hari selepas kejadian. Ketika itu dia hendak berkebun.

Walaupun Mawar dapat diselamatkan, namun bayi dalam kandungannya sudah gugur akibat penangan dari batu dan dia dibiarkan terlalu lama.

"Mawar, makanlah nak. Nanti semakin sakit kamu nanti " pujuk Mak Temah.

"Saya tak ada selera Mak Temah.. " balasnya yang masih bersedih.

"Jangan bersedih, nak. Mungkin itu ketentuan Allah".

Mawar menggeleng-geleng. Dia berpaling ke jendela dengan memeluk lututnya.

Itulah yang terjadi setiap kali Mak Temah memujuknya untuk makan. Setidaknya, Mawar hanya makan sehari sekali, lalu meratap nasibnya lagi dan lagi.

"Mawar menangislah sebanyak mana yang mahu. Asalkan kamu makan ubat ini. Kamu tu sedang berpantang. Kalau semakin teruk, Mak Temah terpaksa panggil Indra".

"Tidak ! Saya tak nak berjumpa dengannya lagi ! " tempelak Mawar.

Dan itulah juga yang terjadi setiap kali Mak Temah menyebut nama suaminya. Dia akan menentang sekeras-kerasnya.

Nasib baiklah keberadaan Mawar dirahsiakan. Hanya Udin dan Fannani sahaja yang tahu selain Mak Temah. Mawar perlukan masa untuk bertenang dan berehat.

Indra pula menjadi tidak tentu hala. Semua penduduk kampung sudah dia bertanya, namun bayangan Mawar tiada siapapun yang lihat. Indra malah dibalas dengan hinaan kerana tidak menjaga isterinya dengan baik.

Dia menjadi tidak keruan. Sudah seminggu dia mencari. Dirinya juga agak serabut. Hendak makan pun tiada selera.

"Ya Allah, dimanakah isteriku? ".

Hari-hari juga dia berdoa agar dapat menemui Mawar. Setiap malam dia bangun untuk berqiamullail. Solat tahajud, solat hajat, solat taubat, solat tasbih semuanya dibuat tanpa jemu. Bersungguh-sungguh dia minta maaf dan berhajat ingin mencari isterinya yang tercinta.

Indra juga mencarinya di setiap tempat. Dalam masa itu juga Indra hanya bersendirian. Udin dan Fannani langsung tidak bertemu kerana Indra tahu Udin perlukan masa untuk bertenang. Hanya mengharapkan Tuhan untuk bantuan.

Sehinggalah pada suatu hari, doanya dimakbulkan.

Dia ternampak Mawar yang sedang termenung di beranda rumah Mak Temah. Mak Temah seorang balu dan dia sedang berkebun. Sedikitpun Indra tidak memarahi Mak Temah kerana merahsiakan keberadaan Mawar. Malah dia bersyukur kerana Mak Temah menjaganya.

Dia pun berlari sehingga tiba di hadapan rumah Mak Temah. Mawar yang termenung membulatkan mata apabila suaminya menemuinya. Cepat-cepat dia bingkas bangun lalu ingin menutup pintu.

Namun Indra lebih pantas. Dia sempat menahan kedua-dua tangan isterinya dengan lembut. Tidak mahu berkasar.

"Lepaskan dindalah, kanda ! ".

550 TahunWhere stories live. Discover now