Episod 75 - H

25 1 0
                                    

DI dalam sebuah kamar, kelihatan Indra memberi minum madu bersama serbuk kayu manis kepada seorang dayang. Dayang itu merupakan antara teman rapat Indah yang sedang duduk di atas katil. Indah di tepi sekadar memerhati.

"Minuman ini dapat menyembuhkan sakit perut dan kotoran dalam perut sehingga akarnya. In sha Allah, kamu akan sembuh kelak" ujar Indra kepada dayang itu.

"Terima kasih, tabib" dayang itu pun meneguk minuman yakni sebuah penawar.

"Terima kasih Indra kerana sudi menolong sahabat saya" ucap Indah pula.

"Sudah menjadi tugas saya menolong orang" Indra tersenyum kecil.

Selepas itu Indah pun mengajaknya untuk makan tengah hari di taman.

"Eh, bolehkah kita di sana? " Indra berasa walang.

"Boleh, lagipun sultan sendiri menyayangi Indra. Jadi, kita dibenarkan pergi di situ ".

"Err baiklah, tapi apa yang nak dimakan? ".

"Indra pergi sahaja ke sana. Nanti saya menyusul".

Indra pun terkebil-kebil melihat Indah beredar. Indra sejujurnya tidak mahu mengecewakan permintaan Indah sebagai balasan. Jadi dia turutkan sahaja. Tambahan pula, tempat itu terbuka. Bolehlah mengelakkan fitnah.

"Kita berdua sahajakah Indah? Tidak mahu mengajak yang lain? " soal Indra tatkala Indah tiba dengan dulang di tangan.

"Nanti sepupu saya akan ke mari untuk bersama" jawab Indah seraya menuang air teh.

"Indah ada sepupu di sini? ".

Indah menganguk seraya tersenyum.

"Err, berapa umur Indah? " tanya Indra untuk memecah kesunyian.

"Indah baru 16 tahun".

"Mudanya. Bagaimana Indah menjadi dayang di sini? ".

"Sepupu Indah yang membawa ke sini".

"Sepupu kamu seorang pembesar ya? ".

Indah pun sekadar mengangguk.

"Makanlah kuih-muih ini, Indra. Buatan Indah kalau tidak dirasa memang rugi".

"Oh baiklah. Saya cuba".

Indra pun menyuap kuih koci ke dalam mulut. Dia pun memuji air tangan Indah yang begitu enak. Dia pun mengambil lagi beberapa biji.

Tidak lama kemudian, datanglah seorang lelaki di hadapan mereka.

"Amboi Indah...layankan kumbang, lebah ke mari pun tidak nampak".

"Eh, abang Hazril ! " kata Indah teruja.

Hampir tersedak Indra mendengar nama itu. Apabila diangkat kepala, rupanya Hazrillah sepupu kepada Indah.

"Oh Indra.. Kau juga di sini. Sambunglah makan, kita makan sama-sama".

Hazril pun melabuhkan punggung di hadapan Indra. Indra hanya buat tak endah dan menjamu selera. Perasaan sebal cuba dikawal sebaik mungkin.

"Bagaimana kerja abang hari ini? ".

"Baik. Mudah benar urusan tadi".

Mereka berdua pun kekal berbual. Indra di situ menjadi tunggul. Dia malas hendak menyampuk. Entah kenapa perasaannya bergelora.

Lagi-lagi melihat diri Hazril yang berpura-pura baik. Apalah sangat hendak berbudi bahasa kalau raut wajah itu seperti menyindir.

"Kamu berdua sangatlah padan. Indra dan Indah. Nama pun secucuk ".

550 TahunWhere stories live. Discover now