Episod 3 - H

79 10 0
                                    

Keesokan harinya, budak perempuan itu sudah sembuh sedikit dan Indra pula telah selamat dari tersedak semalam. Mujur ayahnya segera menepuk belakang badan Indra dan memberi minuman air masak. Alhamdulillah, kedua-duanya telah pulih.

Di pagi yang cerah, burung berkicauan meriah dan suasana yang indah, kelihatan seorang budak perempuan sedang mencangkung di atas tanah sambil tangannya memegang sesuatu.

Indra yang baru sahaja selesai sarapan sengaja keluar ke halaman rumah untuk menghirup udara segar. Selepas itu, dia melihat budak yang baru sedar dari pengsannya semalam. Budak itu hanya diam seribu bahasa sejak semalam. Apa budak itu bisu ? Untuk menjawab persoalaannya, Indra pun turut mencangkung secara tiba-tiba di sebelah budak itu.

Apa yang Indra nampak adalah budak itu lagi khusyuk menulis sesuatu atas tanah dengan menggunakan ranting. Sedari dari tadinya lagi, budak itu masih tidak memandang Indra. 'Adakah aku hantu?' tanya si hati Indra. Dia kemudian menegur.

"Dari semalam sejak kau sadar dari lena kau masih tidak mengeluarkan suara. Makan pun sedikit, tidur pun tak lena, mandi tak basah. Apa kau ada masalah ya?", buat pertama kalinya, Indra menegur budak perempuan itu.

Dia berhenti menulis, memandang Indra dan kemudian berkata, "Waalaikumussalam, apa yang kau nak? ".

GULP ! Indra tersentak kerana dia tidak memberi salam dahulu. Kemudian, sebagai pembetulan dia berkata lagi, "Assalamualaikum, namaku Indra. Maaf kerana tidak beri salam". Indra tersengih.

Budak perempuan itu mencebik. 'Kacau betul hamba Allah yang seorang ni !'. "Waalaikumusalam Indra. Kan elok kalau begitu ", jawab budak itu dengan lembut tapi dalam hati menyumpah si Indra kerana mengacaunya. Selain itu, dia berasa marah kerana kedua-dua tapak kaki Indra memijak pada ayat yang ditulisnya tadi. Sungguh dia mahu memijak-mijak si Indra ni !!

Indra yang mendengar suara lembut budak itu hanya tersenyum. 'Manis rupanya dia ni'. "Siapa namamu, boleh aku tahu ?", tanya Indra lagi.

Si budak itu hanya menahan sabar dan kemudian dia berkata, "Umurku lima ! ".

Indra pula mengerut dahi, 'Apa dia dengar atau tidak ? Kan aku tanya namanya ?'. Lalu, dia menegur, "Aku tanya namamu. Bukan umurmu ".

Otak hampir meletus, muka semerah api, ranting kayu yang dipegang hampir patah. Lalu, dia campakkan sahaja ranting kayu dan berdiri. Kemudian, dia mendekati Indra dan menjerit kuat, "ARGHHHH NAMA AKU MAWARRR !!!!! JANGAN GANGGU AKU !!!! ARGHHHHHHHHH !!!!!!!"

Gegendang telinganya mula pecah.

"ENCIK ! ENCIK IMRAN !! ENCIK IMRAN OK TAKK !!!!!", tiba-tiba gegendang telinganya menjadi semakin hancur apabila dijerit oleh suara perempuan.

Tersentak Imran apabila dijerit sebegitu. Kini dia berdiri di hadapan seorang perempuan yang dari menegurnya.

'Eh, aku bermimpi ke tadi ?'

"Encik Imran ok ke tidak ? Dah nak dekat 10 minit encik berdiri kat sini ", balas wanita tadi.

Imran yang tadi baru lepas mengelamun tentang Mawar, kini dihadapannya dia melihat Mawar lagi. Adakah ini Mawar atau khayalan?

"Aa..aa.. Bb..berra.. pa.. lama saya berdiri kat sini ? ",dengan ucapan yang tergagap, Imran masih melihat gadis di hadapannya. Dari atas sampai bawah, rupanya saling tak tumpah seperti Mawar. Sangat mirip !

Gadis itu yang masih bingung dengan tingkah laku Imran, mengulang semula ayatnya tadi, "10 minit, encik...".

"O..o..o.. yye.. kkee, m..ma...aff...lahh pasal tadi.. " , Imran tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kemudian, dia kembali ke tempat duduknya semula. "Cik Mikayla, silalah duduk".

Gadis itu atau Mikayla duduk dihadapan meja Imran dengan sopan.

Dengan tangannya yang menggigil, dia tetap menggagahkan diri untuk menyerahkan kertas borang tadi. "Isi borang ni sebagai kontrak kerja awak ".

Mikayla pun akur lalu mengambil borang tersebut. Dia menyemak satu-persatu kandungan borang dan mengisinya dengan lengkap. Kemudian, borang diserahkan semula kepada Imran.

Setelah itu, sesi pengenalan pun bermula, "Cik Mikayla, izinkan saya tanya sesuatu", tanya Imran.

"Tanyalah encik", jawab Mikayla dengan sopan.

"Awak ada berapa pengalaman jadi arkitek ni ?".

"Baru dua tahun, encik".

"Kat mana tempat awak kerja sebelum ni?".

"The Luxury Holding".

"Ouhhh...", Imran mengangguk faham. Otaknya ligat mencari lagi apa yang hendak ditanya kepada Mikayla. Kemudian, dia memandang Mikayla lagi walaupun dah banyak kali dia pandang.

"Selain dari Mikayla, panggilan apa lagi yang boleh dipanggil ?".

Si gadis itu pula menjawab, "Nak panggil Kayla pun boleh encik ".

"Ouhh Kayla... baiklah. Awak boleh mula kerja hari ni. Tapi, sebelum tu....", Imran sengaja menggantungkan ayat.

Dahi Kayla mula berkerut dan dia berkata, "Apa dia encik ?".

"Hari ni saya nak awak berkenalan dulu dengan tempat ni. Bila awak keluar je dari bilik saya, akan ada seorang perempuan yang lebih kurang baya awak dan dia adalah salah satu kerani saya. Nanti, dia yang bawa awak sekeliling tempat ni dan akan beri awak tunjuk ajar bila dah mula kerja nanti, faham ? ".

Kayla yang mendengar penjelasan Imran mengangguk faham. 'Baik betul boss baru aku ni' bisik hatinya sendiri. Dia kemudian bangun dari tempat duduknya lalu menunduk hormat ke arah Imran.

"Kayla, saya harap awak boleh bagi kerjasama dengan syarikat ni sebab syarikat ni sangat perlukan artikek macam awak. Selamat bekerja, Kayla ", kata Imran sambil tersenyum nipis ke arah Kayla.

Sungguh gembira diri Kayla kerana diucap begitu. Kemudian, dia membalas, "Terima kasih encik. Saya harap encik dapat terima kekurangan saya nanti ". Kayla membalas senyumannya kepada Imran lalu keluar dari biliknya.

Selepas sahaja Kayla keluar dari pejabatnya, Imran bersandar pada kerusinya sambil tangan bersilang di dada. Lalu, dia dengan perlahan dia berkata, "Sama-sama, aku akan terima segala kekurangan kau tidak kira teruk mana pun kau nanti ".

"Kerana kau adalah milikku, Mawar Kasuma".

Imran tersenyum nipis. Di dalam mindanya masih tidak percaya apa yang dilihatnya beberapa minit tadi.

550 TahunWhere stories live. Discover now